Marilah bersama kita renungkan kata-kata ini. Semoga segala perlakuan kita semua akan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT pada setiap masa dan ketika.
* Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT. * Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat. * Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
* Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. * Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. * Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat. * Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat. * Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat. * Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
* Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. * Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
* Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat. * Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat. * Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat. * Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat. * Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat. * Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jer la minyak gamat.
* Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat. * Semua nak tunjuk kuat. * Bila berjudi, percaya unsur kurafat. * Tapi hidup pula yang melarat. * Tali kasut dah tak berikat. * Rambut pun jarang sikat.
* Yang perempuan, pakai mini sekerat. * Suka pakai baju ketat. * Suka sangat menunjukkan pusat. * Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat. * Pakai pulak yang singkat-singkat. * Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'. * Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat. * Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
* Duduk jauh berkirim surat. * Bila berjumpa, tangan berjabat. * Kemudian pakat lawan peluk siapa erat. * Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat. * Usah peduli agama dan adat. * Usah takut Allah dan malaikat. * Yang penting apa kita nak buat? * Kita 'bukti' lah kita buat. * Akhirnya perut kempis dah jadi bulat. * Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat. * Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat. * MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT * Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat. * Habis manusia telah tersesat. * Inilah dia fenomena masyarakat.
* Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat, * Marilah kita pakat mengingat, * Bahawa dunia hari ini makin singkat, * Esok atau lusa mungkin kiamat, * Sampai masa kita semua akan berangkat! . * Berangkat menuju ke negeri akhirat. * Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat. * Masa tu, sindri mau ingat.
* Umur mu banyak mana mu buat ibadat...? * Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...? * Harta benda anta, dari mana anta dapat...? * Ilmu anta, adakah anta manafaat...?
Semoga ia dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.