Assalamualaikum ... 2 askar tembak mati penduduk dibunuh, selatan Thai tegang
Daripada: YULPISMAN ASLI
PENDUDUK wanita Kampung Tanjung Lima menghalang jalan raya utama ke kampung mereka selepas menjadikan dua askar Thailand sebagai tebusan di Narathiwat, semalam. - AFP.
NARATHIWAT 21 Sept. - Pergolakan di selatan Thailand semakin meruncing apabila dua anggota tentera mati ditikam di Kampung Tanjung Lima di sini hari ini ketika dalam `tahanan' penduduk kampung, setelah mereka dipercayai menembak mati tiga penduduk kampung.
Kedua-dua tentera itu mati setelah 18 jam berada dalam `tahanan' akibat ditikam bertubi-tubi oleh empat lelaki yang menceroboh ke dalam masjid - tempat mereka ditahan.
Mayat kedua-dua pegawai terbabit, Sub-Leftenan Vinai Nabut dan Pegawai Rendah Khamthon Thongeiat dengan tangan masih diikat serta kesan tikaman pada dada dan kepala dibawa ke hospital wilayah.
Satu sumber dari Narathiwat memberitahu Utusan Malaysia, kejadian penahanan dua tentera itu bermula apabila dua lelaki yang memakai topeng dan menunggang motosikal melepaskan tembakan ke arah sekumpulan enam penduduk kampung yang sedang minum di sebuah kedai kopi di kampung berkenaan.
Akibat tembakan itu, tiga daripada mereka terbunuh manakala tiga lagi cedera, menyebabkan penduduk mengejar kedua-dua lelaki terlibat dan berjaya menahan mereka.
``Apabila kami menanggalkan topeng muka mereka, kami mendapati mereka adalah kedua-dua anggota tentera berkenaan,'' kata sumber itu.
Sebaik sahaja ditangkap, mereka dikurung di Masjid Kampung Tanjung Lima dengan dikawal ketat oleh hampir 2,000 penduduk kampung yang membentuk `perisai manusia'.
Bagaimanapun tentera Thailand melalui jurucakapnya, Mejar Jeneral Pongsak Tntharasuangsak berkata, kedua-dua mereka ditahan oleh penduduk kampung selepas kereta yang mereka naiki rosak ketika mengejar sekumpulan lelaki yang disyaki melepaskan tembakan berkenaan.
``Penduduk kampung kemudian mengepung kereta itu dan menahan kedua-dua anggota tentera terlibat,'' katanya kepada wartawan.
Menurut Pongsak, sebelum itu, usaha membebaskan kedua-dua anggota tentera gagal kerana penduduk kampung tidak mahu berunding dengan mereka, sebaliknya menuntut supaya kejadian itu diberi liputan oleh media Malaysia.
Penduduk berkenaan membuat tuntutan tersebut kerana selain tidak percaya dengan kredibiliti media Thailand, ia juga bertujuan untuk mendedahkan kepada masyarakat antarabangsa bahawa segala masalah yang berlaku di wilayah itu berpunca daripada mereka dianaktirikan.
Berikutan desakan tersebut, pihak tentera Thailand membawa enam wartawan Malaysia termasuk Utusan Malaysia ke kawasan terlibat kira-kira pukul 2.26 petang (3.26 petang waktu Malaysia) dengan menaiki helikopter dari Sungai Golok.
Bagaimanapun, ketika wartawan Malaysia tiba di tempat kejadian, kedua-dua anggota tentera itu telah dibunuh beberapa minit sebelum itu.
Peristiwa terbaru itu dijangka akan mencetuskan ketegangan yang tidak terkawal di selatan Thailand dan dijangka akan menegangkan lagi hubungan antara penduduk dan pihak tentera.
Ia juga dikhuatiri akan menyebabkan peristiwa Tak Bai dan Masjid Krisek yang menyaksikan lebih 200 penduduk Islam mati ditembak oleh pihak tentera berulang.
Sementara itu, Timbalan Komander Tentera Thailand Ke-4, Leftenan Jeneral Kwanshrat Klaharn berkata, kedua-dua tentera itu ditikam di bahagian dada dan meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira pukul 2 petang (pukul 3 petang waktu Malaysia) ketika rundingan sedang dijalankan bagi membebaskan mereka.
``Empat lelaki bertopeng menceroboh ke dalam masjid dan menikam kedua-dua anggota itu. Ketika ini kita telah mengepung kampung tersebut bagi mengesan mereka,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, jurucakap Keamanan Sempadan Wilayah Selatan Thailand, Kolonel Sonkuan Saeng ketika dihubungi di Narathiwat berkata, setakat ini pihak tentera belum mengetahui siapakah sebenarnya yang membunuh kedua-dua tentera itu.
``Kita masih menyiasat sama ada keempat-empat lelaki bertopeng tersebut mempunyai kaitan dengan puak pemisah dan gerakan memburu mereka sedangkan dijalankan,'' katanya.
Mengenai keadaan di Kampung Tanjung Lima, Sonkuan berkata, suasana di kampung itu sudah kembali aman di mana semua penduduk sudah dibenarkan kembali ke rumah masing-masing.
``Sebelum ini ketika rundingan untuk membebaskan kedua-dua tentera itu dijalankan mulai pukul 12 tengah malam tadi, wanita dan kanak-kanak tidak dibenarkan berada di situ,'' katanya.
p/s : ermm ... baru 2 orang askar rejim thai mati dah huru-hara, tapi kalau nyawa umat ISLAM disana mati berpuluh pun takde siapa yg peduli. Sekarang ni pHiz lihat rejim thailand ni dah macam rejim laknatullah israel je... kehausan darah umat ISLAM. 2 orang askar dia mati, gerenti lepas ni 20 orang nyawa umat ISLAM melayang ...
Kelihatannya seperti ada agenda nak memporak perandakan umat Islam di wilayah selatan Thai tu........agak2 nya sapa kepala besar yg berniat jahat tu ekk..kurang asamm...........
__________________
Mencari pangkaL akar, menemu hujung. Kita seperti roda......Berpusing saling mengambil tempat semula putaran.
saudara phiz....hamba ada terbaca satu email 'lawak' dari seorang yang tidak hamba kenali dan mungkin menjawab serba sedikit persoalan saudara itu.....email 'lawak' tu:-
George Bush sedang berbincang hebat dengan Tony Blair....tiba2 di datangi wartawan,
wartawan:apa yang anda bincangkan?
bush:kami bincangkan bagaimana untuk kami membunuh 20,000 umat Islam di Iraq dan seorang penjual basikal berbangsa Israel.
wartawan:kenapa akan ada seorang penjual basikal terkorban?
Tony:lihat..kan betul aku cakap Bush, sapa pedulikan 20,000 orang Islam yang mati?
Tony & Bush: hahahahahahahahahahah....
*sampai begitu sekali sandiwara dunia kini.....dijadikan bahan jenaka untuk sesetengah pihak...
saudara phiz....hamba ada terbaca satu email 'lawak' dari seorang yang tidak hamba kenali dan mungkin menjawab serba sedikit persoalan saudara itu.....email 'lawak' tu:- George Bush sedang berbincang hebat dengan Tony Blair....tiba2 di datangi wartawan, wartawan:apa yang anda bincangkan? bush:kami bincangkan bagaimana untuk kami membunuh 20,000 umat Islam di Iraq dan seorang penjual basikal berbangsa Israel. wartawan:kenapa akan ada seorang penjual basikal terkorban? Tony:lihat..kan betul aku cakap Bush, sapa pedulikan 20,000 orang Islam yang mati? Tony & Bush: hahahahahahahahahahah.... *sampai begitu sekali sandiwara dunia kini.....dijadikan bahan jenaka untuk sesetengah pihak...
kalau tak sedar jugak kita di sini tak tau laaa...
__________________
surah 26. Asy Syu'araa' 214
"Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat"