Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: USM di tangga ke-111 terbaik


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:
USM di tangga ke-111 terbaik


USM di tangga ke-111 terbaik

NIBONG TEBAL 24 Sept. - Usaha Universiti Sains Malaysia (USM) melahirkan siswazah berkualiti dalam bidang sains dan kejuruteraan mendapat pengiktirafan global apabila menduduki tangga ke-111 terbaik di dunia.


Ketua Menteri Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, kejayaan menduduki senarai 200 universiti terbaik di dunia membuktikan bahawa USM bukan bertaraf `jaguh kampung'.


Sebaliknya, menurut beliau, sejak 10 tahun lepas, USM telah berjaya meningkatkan mutu kecemerlangannya sehingga dikenali oleh masyarakat antarabangsa.


``USM bukan sahaja cemerlang dalam negara sendiri bahkan bersama-sama Universiti Malaya (UM) menduduki senarai 200 universiti terbaik dunia,'' katanya.


Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Festival Aeroangkasa dan Sehari Bersama Warisan anjuran Kampus Kejuruteraan USM di sini hari ini.


Menurut Tsu Koon, keperluan untuk melahirkan jurutera muda negara amat mendesak kerana sejak 20 tahun lepas, Malaysia mencapai kemajuan pesat melalui proses pemodenan, perindustrian dan perbandaran.


Katanya, di Pulau Pinang khususnya, sektor industri muncul sebagai bidang yang amat dinamik, bagaimanapun banyak cabaran yang perlu dihadapi terutama persaingan sengit dari negara lain yang juga rancak membangun se-perti China, India, Vietnam, Thai-land dan Indonesia.


Oleh itu, jelasnya, amat penting ilmu pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi ditingkatkan di kalangan generasi muda kerana hanya dengan kemahiran itu negara akan terus berdaya saing di pasaran global.



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard