PERSIDANGAN Perwakilan Tahunan Kongres India Muslim ke-30 di Kuala Lumpur Ahad lalu menerima sebulat suara lapan resolusi yang kemudiannya disampaikan kepada Perdana Menteri.
Usul-usul itu menyentuh pelbagai masalah yang masih membelenggu masyarakat India Muslim di negara ini, daripada soal sosioekonomi hinggalah kepada perwakilan mereka dalam sistem politik.
Tetapi usul pertama persidangan itu menjadi bahan berita dan mencetuskan satu perbincangan yang menarik tentang kedudukan masyarakat India Muslim - permohonan kelompok minoriti itu supaya diberikan taraf Melayu mengikut takrifan Perlembagaan Persekutuan atau setidak-tidaknya taraf bumiputera.
Dalam wawancara di pejabatnya di Seremban, Timbalan Presiden Kimma, Syed Ibrahim Kader menjelaskan bahawa usul kontroversi itu telah disalahtafsirkan oleh sesetengah pihak.
``Kami bukannya mahu menjadi Melayu. Kami cuma mahu diberikan taraf sebagai orang Melayu atau setidak-tidaknya terimalah kami sebagai bumiputera,'' katanya kepada wartawan NOOR AZAM SHAIRI dan SITI MARIAM MD. ZAIN.
Permintaan Kimma supaya diberikan taraf Melayu itu bukan saja tidak begitu dipersetujui oleh pakar-pakar sejarah tetapi ia juga tidak diterima oleh beberapa persatuan India Muslim yang lain.
Presiden Persekutuan Pertubuhan India Muslim Malaysia (Permim), Dr. Syed Ibrahim Mohd. Ismail misalnya melihat isu itu telah dibesar-besarkan dan kemudiannya menjadi kontroversi kerana ia menyentuh soal taraf Melayu.
``Memadai kalau masyarakat India Muslim meminta status bumiputera,'' katanya yang bersetuju dengan usul alternatif Kimma itu.
Nama mereka mungkin sama tetapi kedua-dua pemimpin masyarakat India Muslim itu mempunyai pendapat yang sedikit berbeza. Tetapi dalam dua wawancara berasingan itu kedua-kedua mereka menjelaskan kedudukan masyarakat India Muslim di negara ini dan kenapa status bumiputera itu penting kepada mereka.
Lepas ni tak boleh la panggil ali mamak.Kena panggil ali melayu la lepas ni.Kalu nak order teh tarik tak bole lah panggil"MAMAK KASI TEH TARIK SATU".Kena panggil "MAT.MINTAK TEH TARIK SATU"ki...ki...ki...
Lepas ni tak boleh la panggil ali mamak.Kena panggil ali melayu la lepas ni.
Kalu nak order teh tarik tak bole lah panggil "MAMAK KASI TEH TARIK SATU". Kena panggil "MELAYUUUU...!!!. MINTAK TEH TARIK SATU" ki...ki...ki...
assalamualaikum .. tumpang lalu bole saya mencelahhh...
saya ader pendapat nak diutarakan mengenai topik nih... pada saya tak patut kaum india muslim nak mintak taraf bumiputra atau nak jadik melayu ... itu pendapat saya.
kenapa saya berkata begitu ???
asalnyer dia bangsa india agama hindu... pas tu masuk islam .. so jadik la india muslim...
ok ... elok le tuhh .... agama islam bangsa india..
ape akan jadik kalau dia minta title melayu/bumi ...
akan datang tak der lah bangsa india kat malaysia nih ... india dah jadik melayu ..
ok ok.... bayangkan kalau cina masuk islam pastu kita panggil maualaf....
dia lak minta title bumi .... so akan datang dah sume bumi .....
kat amaricaorg2 italy masuk sana diberi taraf italian amarican ... samalak ngan african amarican... kalu org india masuk sini diberi taraf malaysian india... bukan nyer melayu atau bumi...
renungkan ler... saya bukan sifat perkauman.... tapi kalu melayu tak bela taraf bumi ..main senang jer bagi kat org lain biarpun dia islam ... tak guna lah umno ....