Time : 2.30 pagi Loc : my lovely village, Lawin Selatan
Listen : dr kekasih kpd kekasih – sifu M. Nasir
anak^seluang membuka bicara…
Aku termenung seketika, di luar ujan renyai – renyai masih menimpa atap zink umah ku. Ye… rumahku, syurga kehidupan ku. Aku membesar d sini, dgn penuh catatan lengkap sebuah kisah anak^seluang. Dingin sekali cuaca mlm ni… aku berbaju tebal pn masih terasa dingin nya. Jam tepat 2.30 pagi. Sunyi aman dan tenang suasana ketika ini. Semua isi perut kampungku pasti sudah lama di buai mimpi indah. Aku mengelamun sebentar d temani sebatng rokok dan secawan teh panas.
Aku menghela nafas panjang. Aahhh… sukarnya hidup. Satu persatu catatan perjalanan hidupku tercorak perlahan – lahan di kotak ingatan ku. 23 tahun… satu perjalanan masa yg panjang. Aku berfikir sendirian, siapakah aku ini. Hanya insan kerdil yg menumpang kasih pd yg esa utk tumpang berteduh barang seminit dua di atas mukabumi ini. Terasa diri makin kerdil pabila memikirkan perkara2 tersebut.
Siapakah aku. Heh.. malu utk aku berkata2. hanya seorang hamba kecil yg sering membuat kerosakan tanpa memikirkan balasan yg bakal d trima. Hanyut dlm indahnye kehidupan ciptaan manusia. Aku cukup jauh hanyut, umpama sebuah sampan kecil d laut china selatan, terumbang ambing dibuai ombak mengganas.
Aku merenung lagi. Melihat kpd jerih perit seorang bapak dan ibu tua yg membesarkan aku. Dr keringat dan air mata. Sanggup bergolok bergadai demi kesenangan hidup anak nya. Tanpa mengharapkan balasan, cukuplah sekadar anaknya menjadi manusia berguna. Tp, apa balasan ku kepada mereka. Hanya tahu menghancurkan harapan mereka, mempermain – mainkn perasan mereka. Aaahhh…kejamnya aku.
Aku mengelamun lagi. Membiarkan diri d kocak kenangan silam. Aku insan istimewa kejadian tuhan. Tp apa yg ku lakukan dgn keistimewaan kurnian tuhan. Tiada rasa terima kasih, syukur atau sebagainya, tp hanya lakonan utk menyedapkn mata org yg memandang. Cukup pandai aku memainkan watak bak seorang pelakon besar gayanya. Cukup teruja pabila ada yg memuji. Itukah yg aku cari selama in??. Tepuk dada tanya selera…
Alangkah berdosanya diri ini. Hukum tuhan aku permudahkn. Hanya memohon bila kesusahan, meninggalkan bila dlm kesenangan. Siapkah aku ini utk berbuat demikian. Hebat sgtkah aku ??? Cukupkah amalan aku d muka bumi utk termasuk dlm golongan umat Muhammad ??? Jgn bermimpilah anak^seluang…
Aku sebak dlm kenangan. Ya Allah… apa semua ni ya tuhanku. Kenapa aku d takdirkan begini… Heh… mudahnya kau salahkan org lain anak^seluang. Tidak tahu kah engkau, tuhan tidak akan mengubah nasib seseorg itu, jika dia sendiri tiada usaha utk berubah. Aku tau, bahkn dh lama tau… tp sekadar tau tapi tiada usaha utk melaksana. Allah dh izinkan, tp aku sendiri yg jd penghalang…
Cukuplah pembohongan yg kau cipta sendiri anak^seluang. Kau tidak ditipu org lain, tp kau sendiri yg menipu dirimu. Bila lg kau nk berubah… aaahh, bila lg yer???
Tuhan itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia tidak akan membiarkn hambanya terkapai – kapai lemas dlm lautan nafsu. Dia maha pengatur, dan setiap yg d aturnya adalah yg terbaik. Ramadhan dtg lagi, tanpa pernah ingkar kepada ketentuan pencipta. Aku senyum tanpa sedar, heh… ini peluang aku. 30 hari bukan waktu yg lama, tp cukup utk mencari cintanya… aku tak boleh lepaskan peluang ini. Membersihkan hati, menyucikan diri… bukan tugas mudah tp aku perlu cuba. Tak salah kalau mencuba, moga2 hasilnya berlipat kali ganda. Hehehe… jgn hanya tau bercakap anak^seluang. Bermonolog tidak sesukar melaksana. Pelaksanaan perlu ada ketegasan, perlu ada disiplin, perlu ada kesungguhan…
Buang yang keruh ambil yg jernih. Sifat mazmumah perlu d ganti dgn mahmudah. Aku perlu bermula skrg, tanpa bertangguh lg. Masa tidak pernah mennggu org2 yg leka. Hidup perlu diteruskn. Jalan harus kedepan. ‘Don’t look back, because you know what u might see’. Kau perlu bangun anak^seluang. Jadikan Ramadhan ini sbg pemangkin, utk mengharungi hari depan dgn penuh yakin…
Aku membulatkn tekad. Cinta yg aku cr lebih besar ertinya dr cinta dunia. Biarlah aku terasa sunyi dek kerana tiadanya cinta dunia, asalkan aku memperoleh cintanya… benarlah kata org, cinta bukan boleh d beli dgn wang ringgit tp dgn hati dan perasaan…
Aku yakin dan pasrah, tawakal dan berikhtiar… moga cintaku menjadi kenyataan…
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL – MUBARAK 1424 HIJRAH…
HATI GEMBIRA RAMADHAN DATANG KEMBALI..SEMOGA DIBULAN TERSEBUT KITA DAPAT MENEMBUS KEMBALI PEJUANGAN KITA YANG MASIH KURANG...KERANA KITA TAK PASTI ADAKAH DI LAIN TAHUN KITA MASIH BULEH BERNAFAS LAGI...AMIN................SELAMAT BERPUASA....
SELAMAT BERPUASA DI BULAN POSA NI........KECAPLAH SEGALA HIKMAH YG ALLAH LIMPAHKAN KEPADA KITA SEMUA DI BULAN YG PENUH RAHMAT NI......LAKUKAN IBADAH POSA NI DGN PENUH INSAF KERANA DAPAT RASA CAMNA ORG YG TAK DPT MAKAN DI LUAR SANA.......SALAM PERJUANGAN................
__________________
Mencari pangkaL akar, menemu hujung. Kita seperti roda......Berpusing saling mengambil tempat semula putaran.