Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Jemputan ke Majlis Sanjungan Kasih Bersama Insan Tersayang


Ahli Baru

Status: Offline
Posts: 2
Date:
Jemputan ke Majlis Sanjungan Kasih Bersama Insan Tersayang


Assalamualaikum,

Kepada semua saudara seperjuangan,

PEKIDA Cawangan Bandar Teknologi Kajang mengundang kehadiran saudara sekalian ke Majlis Keluarga yang bertemakan Sanjungan Kasih Bersama Insan Tersayang bagi meraikan Warga Tua Rumah Seri Kenangan.

Majlis tersebut akan diadakan seperti berikut;

Hari : Sabtu
Tarikh : 1hb. Oktober 2005
Waktu : 8.30 malam – 11.30 malam
Tempat : Restoran MEGA, Seksyen 2, Taman Mega, Bandar Teknologi Kajang

Majlis ini adalah hasil anjuran bersama Persatuan Peniaga Dan Penjaja Kecil Melayu Cawangan Bandaraya Shah Alam Zon Kajang dan juga Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) Bandar Teknologi Kajang.

Semoga kehadiran saudara sekalian dapat memeriahkan lagi majlis ini.

Wassalam,

Yang Benar.

Khairunizan Azizan
Setiausaha PEKIDA BTK
hp: 012 2266770

__________________
0122266770


Senior

Status: Offline
Posts: 281
Date:

Tahniah in advance atas kejayaan menganjurkan majlis yang bermakna ini. Insyaallah kita turun ramai ramai....

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 492
Date:



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 79
Date:

tahniah utk penganjur. saya dah tengok gambar-gambar tu... kembang rasa hati.

__________________
Selamat Hari Raya Aidiladha dari cucu ADAM


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:

Setinggi tinggi tahniah buat kanda Nod, khairunizam dan semua urusetia di atas kejayaan program yang amat bernilai itu. Salam tahniah dari YB Dato' presiden dan aYahanda Dato Hj Ab Malek Ranting juga.


Kami mohon maaf kerana tidak dapat duduk lama dalam majlis itu kerana terpaksa menghadiri beberapa majlis lain lagi.


Salam.



__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Ahli Baru

Status: Offline
Posts: 4
Date:

Assalamualaikum...


saya wakil dr jemaah Pekida Bandar Teknologi mengucapkan jutaan terima kasih pada sekelian jemaah yg hadir bersama2 menjayakan majlis kami... semoga kita mendapat hikmah disebalik majlis itu...


p/s : para jemaah2 yg melalui pekan kajang, silalah singgah menjenguk kami di restoran mega... sekian, wassalam...


 mkml...



__________________


Ahli Baru

Status: Offline
Posts: 2
Date:


Semoga majlis sebegini dapat dijadikan acara tahunan dengan lebih banyak pihak dapat bersama-sama melibatkan diri bagi memeriahkan lagi suasana dan memantapkan lagi aturcara majlis.


saya mencadangkan agar majlis sebegini dianjurkan oleh Pekida Pusat dan pasti ianya akan lebih meriah disamping dapat menaikan imej Pekida di mata umum....


salam



__________________
0122266770


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:

Khairunizan78 wrote:


Semoga majlis sebegini dapat dijadikan acara tahunan dengan lebih banyak pihak dapat bersama-sama melibatkan diri bagi memeriahkan lagi suasana dan memantapkan lagi aturcara majlis. saya mencadangkan agar majlis sebegini dianjurkan oleh Pekida Pusat dan pasti ianya akan lebih meriah disamping dapat menaikan imej Pekida di mata umum.... salam


 


satu cadangan yang sangat baik. Akan kanda bawa ke pengetahuan majlis pengurusan pusat dan dinda dan kanda Not nanti akan di jemput sebagai ajk program tu...


amacam setuju tak...?


 



__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard