YARANG, Thailand 25 Sept. - Pasukan keselamatan Thailand meningkatkan usaha memburu mereka yang terlibat dalam pembunuhan dua anggota tentera Rabu lalu di wilayah selatan Thailand manakala senarai nama disyaki meningkat kepada 18 orang.
``Sekarang kami sedang menyediakan lima lagi waran tangkap ke atas mereka yang disyaki,'' kata Leftenan Jeneral Kwanchart Klaharn kepada para pemberita di sini hari ini.
Waran tangkap yang terbaru mengandungi beberapa nama wanita, meningkat kepada 18 orang, mereka yang dipercayai terlibat memukul dan menikam mati dua anggota tentera laut selepas menjadikan mereka sebagai tebusan selama 18 jam.
Beliau cuba menghilangkan kebimbangan penduduk tempatan yang mendakwa tentera akan bertindak ganas untuk membalas dendam.
``Saya ingin tegaskan perkara itu tidak betul dan saya meminta penduduk yang tidak bersalah balik ke kampung mereka dan jangan takut,'' tambahnya. - AFP
Mintak tolong Thaksin tolong kirakan dah berape ramai orang ISLAM sane mati kene bunuh tanpa sebab ... sama dia punye askar 2 orang mati pon nak kecoh ... ermm ... nampak sangat pihak mereka ni memang kejam, tak berhati perut. Cuba pikir sket camne nak kasi pusing si Thaksin ni.