Saudara Pengarang, BARU-baru ini seawal jam 7.00 pagi, saya ke Stesen Komuter KTM Kajang untuk menjemput mertua yang baru tiba dari Kelantan.
Saya menunggu di dalam stesen kerana hanya di sekitar kawasan itu sahaja yang disediakan kerusi menunggu.
Di situ apa yang saya lihat amat memeranjatkan. Di hadapan tandas awam Stesen KTM tersebut, saya ternampak tiga pelajar berpakaian sekolah lengkap membeli rokok daripada penjaga tandas awam yang juga menjaja sambilan.
Perbuatan penjaga tandas awam itu nampak bersahaja, seolah-olah tidak menjadi suatu kesalahan menjual rokok kepada pelajar sekolah.
Kemungkinan juga perkara sedemikian sudah menjadi kebiasaan berlaku di situ. Dengan RM1 boleh dapat dua batang rokok.
Perkara yang sama juga pernah saya lihat di Pangkalan Kereta Sewa di hadapan Stesen Komuter Kajang (dalam kawasan KTM).
Penjaja yang berkemungkinan tidak berlesen itu dengan sewenang-wenangnya mengaut keuntungan dengan menjual rokok batang kepada pelajar-pelajar sekolah.
Kerajaan bersusah payah membelanjakan wang rakyat untuk menjalankan kempen antimerokok.
Oleh itu saya beranggapan perbuatan penjaja di dalam kawasan KTM tersebut sebagai perbuatan khianat. Besarlah harapan saya agar pihak pengurusan KTM dapat memantau penjualan rokok secara batang kepada pelajar sekolah di Stesen Komuter Kajang tidak dibiarkan terus berleluasa. - ANUAR, Kajang, Selangor.
ni bukan apa,bro tongkat yg juai tu pikiaq untung saja,kalau dia pikiaq bleh ka dak dia tak kan juai aih,ni la yg dikatakan duit punya pasai,janji dapat untung...........
Budak sekolah hisap rokok............itu bukan hal yg menghairankan....semua dah biasa nampak,biasa perhatikan,biasa pandang,biasa lihat...............kan????tapi ada yg menegur??jawabnya tak la...sebab apa tak tegur???sebab apa tak nasihat???.jawabnya mudah..........BUdak2 tu tak boleh kena tegur!! sebab diorang kan hebat....dah kenal langit tinggi mana rendah mana..kan???sapa yg patut kena tegur kalo kita org luar tak leh......Mak bapak la........pasai apa mak bapak diorang tak tegur????pasal kalo mak bapak diorang tegur kena 'di tiaw' nya balik.............jadi????jadi..........................biaq pi mampuih la depa....pi melingkup la.......lama2 dah terhantuk..tergadah la dia nanti..wallahualam..
p/s..hehehe..hamba teremosi sikit pasal adik lelaki hamba juga bakal menjadi penentang hamba nanti......budak2 sekarang...............alahaiii............
__________________
Mencari pangkaL akar, menemu hujung. Kita seperti roda......Berpusing saling mengambil tempat semula putaran.