Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Renungkan
Zee


Senior

Status: Offline
Posts: 467
Date:
Renungkan


Tahun 2005 tahun yang menggemparkan



Tahun 2005 merupakan satu tahun di mana banyak perkara
yang menakjubkan akan berlaku. Semuanya ini mendorong
kepada tanda-tanda hari kiamat akan berlaku dalam
jangka masa yang tidak lama lagi.


Penulis sempat membaca sebuah buku yang bertajuk Huru
Hara Akhir Zaman- Penjelasan Terakhir Untuk Umat
Islam?karangan Amin Muhammad Jamaluddin dari
Universiti Al- Azhar Mesir.


Penulis buku itu telah menulis bahawa pada tahun ini,
umat manusia akan menghadapi konflik yang besar yang
berpunca daripada kematian Raja Fahd yang memerintah
Arab Saudi sekarang (Bab Tanda-Tanda Di Bulan Ramadhan
m/s 119). Malapetaka yang mulai merebak itu akan
disusuli dengan dengan peristiwa-peristiwa yang
menakjubkan pada bulan Ramadhan tahun ini.


Antaranya ialah bulan akan mengalami gerhana dalam
bulan Ramadhan, binatang berekor yang mendekati bumi
akan muncul dengan membawa bencana alam, manusia akan
mendengar suara dahsyat yang menakutkan yang diiringi
dengan bencana besar dari langit pada malam Jumaat
pertengahan Ramadhan (20 Oktober 2005) dan matahari
juga akan turut mengalami gerhana pada siang hari di
bulan Ramadhan (hari yang berlainan daripada gehana
bulan tetapi dalam bulan yang sama).


Terdapat sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh
Imam Jaafar Sadiq yang berkaitan dengan
peristiwa-peristiwa yang disebutkan di atas.
Terjemahan isi kandungan hadith tersebut ialah:


Kehadiran Imam Mahdi di kalangan umat manusia
dibuktikan dengan berlakunya gerhana bulan dan
matahari dalam satu bulan yang suci, yang tidak pernah
terjadi sebelumnya sejak kelahiran Nabi Muhammad
S.A.W?(Ikmal al Din m/s 361).


Imam Mahdi adalah imam terakhir umat Islam sebelum
kiamat berlaku di mana beliau akan memimpin umat Islam
mengalahkan musuh Islam. Selepas itu dunia akan aman
di bawah pemerintahannya. Penulis pernah terbaca
bahawa Nabi Isa yang diangkat ke langit oleh Allah
sebelum ini akan turun ke dunia pada ketika ini dan
menjadi mamum dalam solat yang diimamkan oleh Imam
Mahdi.


NASA telah menjangkakan bahawa gerhana matahari
seperti yang disebutkan sebelum ini akan berlaku pada
hari Isnin 3 Oktober 2005. manakala gerhana bulan pula
akan berlaku pada hari Isnin 17 Oktober 2005 (sila
rujuk pada tajuk Annular Solar Eclipse of 2005 October
3 dan 2005 Oct 17: Partial Lunar Eclipse dalam laman
web NASA).


Terdapat sebuah lagi hadith yang telah diriwayatkan
oleh Nuaim bin Hammad dari sanad Katsir bin Murrah
tentang yang menyuruh manusia membuat persiapan
sebelum berlakunya peristiwa seperti di atas. Ianya
adalah seperti berikut:


Petanda kejadian-kejadian besar di bulan Ramadhan
adalah satu tanda di langit, sesudahnya terjadi
perselisihan antara manusia, maka jika engkau
menjumpainya, maka perbanyakkanlah persediaan makanan
semahumu?


Di samping membuat persiapan dari segi logistik yang
menjadi keperluan asasi manusia, kita juga perlu
membuat persedian rohani seperti menghafal 10 ayat
pertama dan 10 ayat terakhir surah al Kahfi untuk
menghindari daripada fitnah dajjal dan membaca doa
perlindungan fitnah dajjal selepas tahiyyat akhir
dalam solat sebelum salam.


Penulis juga berharap agar pembaca dapat menyampaikan
peringatan ini kepada sahabat handai agar bersedia
menghadapi situasi seperti tersebut di samping
menambahkan taqwa dan amal kita. Penulis menyerahkan
kepada Allah tentang kebenaran peristiwa ini kerana
Allah Maha Mengetahui atas sesuatu yang akan berlaku.



__________________
ManusiA DianugerahKan Akal Dan FikiRaN


Senior

Status: Offline
Posts: 193
Date:

TERIMA KASIH ATAS RENUNGAN YG DIBERI.....

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard