Tahun 2005 merupakan satu tahun di mana banyak perkara yang menakjubkan akan berlaku. Semuanya ini mendorong kepada tanda-tanda hari kiamat akan berlaku dalam jangka masa yang tidak lama lagi.
Penulis sempat membaca sebuah buku yang bertajuk Huru Hara Akhir Zaman- Penjelasan Terakhir Untuk Umat Islam?karangan Amin Muhammad Jamaluddin dari Universiti Al- Azhar Mesir.
Penulis buku itu telah menulis bahawa pada tahun ini, umat manusia akan menghadapi konflik yang besar yang berpunca daripada kematian Raja Fahd yang memerintah Arab Saudi sekarang (Bab Tanda-Tanda Di Bulan Ramadhan m/s 119). Malapetaka yang mulai merebak itu akan disusuli dengan dengan peristiwa-peristiwa yang menakjubkan pada bulan Ramadhan tahun ini.
Antaranya ialah bulan akan mengalami gerhana dalam bulan Ramadhan, binatang berekor yang mendekati bumi akan muncul dengan membawa bencana alam, manusia akan mendengar suara dahsyat yang menakutkan yang diiringi dengan bencana besar dari langit pada malam Jumaat pertengahan Ramadhan (20 Oktober 2005) dan matahari juga akan turut mengalami gerhana pada siang hari di bulan Ramadhan (hari yang berlainan daripada gehana bulan tetapi dalam bulan yang sama).
Terdapat sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Jaafar Sadiq yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa yang disebutkan di atas. Terjemahan isi kandungan hadith tersebut ialah:
Kehadiran Imam Mahdi di kalangan umat manusia dibuktikan dengan berlakunya gerhana bulan dan matahari dalam satu bulan yang suci, yang tidak pernah terjadi sebelumnya sejak kelahiran Nabi Muhammad S.A.W?(Ikmal al Din m/s 361).
Imam Mahdi adalah imam terakhir umat Islam sebelum kiamat berlaku di mana beliau akan memimpin umat Islam mengalahkan musuh Islam. Selepas itu dunia akan aman di bawah pemerintahannya. Penulis pernah terbaca bahawa Nabi Isa yang diangkat ke langit oleh Allah sebelum ini akan turun ke dunia pada ketika ini dan menjadi mamum dalam solat yang diimamkan oleh Imam Mahdi.
NASA telah menjangkakan bahawa gerhana matahari seperti yang disebutkan sebelum ini akan berlaku pada hari Isnin 3 Oktober 2005. manakala gerhana bulan pula akan berlaku pada hari Isnin 17 Oktober 2005 (sila rujuk pada tajuk Annular Solar Eclipse of 2005 October 3 dan 2005 Oct 17: Partial Lunar Eclipse dalam laman web NASA).
Terdapat sebuah lagi hadith yang telah diriwayatkan oleh Nuaim bin Hammad dari sanad Katsir bin Murrah tentang yang menyuruh manusia membuat persiapan sebelum berlakunya peristiwa seperti di atas. Ianya adalah seperti berikut:
Petanda kejadian-kejadian besar di bulan Ramadhan adalah satu tanda di langit, sesudahnya terjadi perselisihan antara manusia, maka jika engkau menjumpainya, maka perbanyakkanlah persediaan makanan semahumu?
Di samping membuat persiapan dari segi logistik yang menjadi keperluan asasi manusia, kita juga perlu membuat persedian rohani seperti menghafal 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir surah al Kahfi untuk menghindari daripada fitnah dajjal dan membaca doa perlindungan fitnah dajjal selepas tahiyyat akhir dalam solat sebelum salam.
Penulis juga berharap agar pembaca dapat menyampaikan peringatan ini kepada sahabat handai agar bersedia menghadapi situasi seperti tersebut di samping menambahkan taqwa dan amal kita. Penulis menyerahkan kepada Allah tentang kebenaran peristiwa ini kerana Allah Maha Mengetahui atas sesuatu yang akan berlaku.