Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: pemasangan ....


Veteran

Status: Offline
Posts: 69
Date:
pemasangan ....


PENGENALAN
Selepas Sistem Pengoperasian dimasukkan ke dalam sesebuah komputer, perkakasan yang telah dipasang perlu dikonfigurasikan.
Pemacu Perkakasan merupakan aturcara untuk menggerakkan sesuatu perkakasan komputer.
Dalam proses memasukkan Pemacu Perkakasan mempunyai 2 cara di mana;
KAEDAH 1 : Pemasangan Secara Automatik (Autorun)
KAEDAH 2 : Pemasangan Secara Manual

Tutorial ini memaparkan contoh kaedah pemasangan Pemacu Perkakasan langkah demi langkah bagi Kad Paparan umum, Kad Bunyi umum, Modem jenis 56M dan Pencetak jenis Canon LBP-1000.

KAEDAH 1 (SECARA AUTOMATIK)
Selepas pemasangan Sistem Pengoperasian 'Windows 98 SE' komputer perlu dipasangkan pula Pemacu Perkakasan 'Driver'. Pemacu Perkakasan biasanya dibekalkan dalam bentuk cakera padat ataupun cakera liut.
Pada masa sekarang, Pemacu Perkakasan dibekalkan dalam bentuk cakera padat yang diberikan bersama-sama perkakasan.

Cara ini mudah dan senang, dimana
1. kita perlu memasukkan cakera padat kedalam pemacu cakera padat 'CD-Rom' .
2. Ikut arahan-arahan yang akan diberikan.

CACATAN;
Sekiranya anda tidak mempunyai Cakera Pemacu Perkakasan 'Disk Driver' atau hilang, anda boleh muat turun 'Download' daripada laman web dan pastikan Pemacu Perkakasan yang dimuat turun adalah jenis yang sama dengan perkakasan yang hendak dipasang.

http://myschoolnet.ppk.kpm.my/tutor_it/inst_drv/download.htm Klik untuk muat turun Pemacu Aturcara (Driver)

Peringatan;
1. Kaedah ini mudah dan selamat tetapi pastikan jenis Pemacu Perkakasan adalah jenis yang sama dengan perkakasan yang dipasang.

2. Pastikan anda menggunakan kaedah 1 terlebih dahulu sebelum anda menggunakan kaedah 2 kerana ia telah konfigurasikan. Kaedah 2 biasanya Pemasangan Pemacu Perkakasan mempunyai masalah untuk dimasukkan secara automatik.

KAEDAH 2
Kaedah ini perlu diikuti langkah demi langkah.















Sila Klik





1. Dalam tutorial ini, contoh pemasangan Pemacu Perkakasan untuk perkakasan asas iaitu Kad Paparan, Kad Bunyi dan Modem.

2. Klik butang 'Start', pilih 'Setting'.

3. Kemudian pilih 'Control Panel'

4. Jika pemasangan Pemacu Aturcara untuk Pencetak pilih 'Printer'

5. Sila klik pada butang 'Start' di bawah dan untuk mengulangi contoh sila klik pada butang 'Start' dua kali.
sila klik

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard