Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Mempertingkatkan Taraf Komputer


Veteran

Status: Offline
Posts: 69
Date:
Mempertingkatkan Taraf Komputer


Sebelum Menjalankan Kerja-kerja Peningkatan Taraf Komputer

Sebelum anda menjalankan kerja-kerja peningkatan taraf komputer lama anda, perlu lah anda membuat lakaran dan taksiran berkenaan jenis barangan yang hendak anda pertingkat kan atau menganti kan nya. Satelah membuat perhitungan dan taksiran, fikirkan sama ada menjalankan kerja penigkatan ada lah lebeh menjimat kan jika di banding kan dengan membeli sebuah komputer sudah di pakai atau pun lebih baik jika anda menjua kan sahaja barangan komputer lama anda itu kepada pembeli barangan sudah di pakai dan membeli komputer baru dengan menambah kan wang peruntukan asal yang telah anda siapkan untuk tujuan kerja peningkatan komputer anda.

Ini semua bergantung dengan tujuan dan jenis kerja penginkatan yang bakal anda jalan kan itu. Jika terdapat terlalu banyak barangan yang hendak di tukar ganti kan maka sudah tentu lah membeli atau memasang komputer pentium 4 yang baru jauh lebeh murah dari kerja penigkatan komputer lama anda itu. Apa bila anda semua ingin mempertinkat kan taraf komputer, anda harus memikirkan sama ada papan induk komputer lama anda itu masih dapat menyokong barangan atau komponen-komponen baru yang hendakan anda pasangkan? Kebanyakan papan induk yang terdapat pada komputer jenis lama tidak boleh menyokong kegunaan USB. Kebanyakan dari barangan -barangan komputer terkini mengunakan sambungan USB atau pun FIreWire 1394. Jadi barangan yang pertama yang mesti di-tukar ganti kan ialah papan induk.

Mengantikan Papan Induk Komputer (Motherboard)

Apa bila membeli papan induk, pastikan ianya jenis ATX boleh di gunakan dengan Intel Pentium 4. Anda harus mengambil kira tentang keperluan lain saperti papan induk baru ini di lengkapi dengan LAN bagi tujuan penyambungan ke internet, papan induk baru ini mesti mempunya keupayaan menyokong USB 2.0 dan FireWire 1394. Lebih bijak lagi jika anda memileh papan induk yang lengkap dengan pasang siap Audio chip (chip bunyi) ianya mesti mempunyai selot AGP (Accelerated Graphic Processor). Kesemua papan induk terkini tidak lagi mengunakan Memori (RAM) EDO, ianya mesti mengunakan SDRAM atau pun DDRAM. Kebanyakan dari komputer jenis lama yang berusia lebih dari sapuloh tahun mengunakan EDO RAM. Jika komputer anda datang dari jenis tersebut, maka anda mestilah membeli SDRAM atau pun DDRAM bagi tujuan kerja penigkatan taraf komputer anda ini.

Peti Aluminum Komputer jenis ATX (Aluminum ATX Case)

Saterus nya anda terpaksa juga menganti kan peti aluminum komputer anda dengan jenis ATX baru, sebab ini akan memudah kan kerja memasang papan induk, kabel dan alat-alat komponen yang lain. Apa bila memileh dan membeli peti komputer pasti kan ianya jenis ATX dan sesuai untuk di pasang bersama papan induk baru yang anda beli itu. Peti (case) komputer ATX ini juga perlu di lengkapi dengan Power Supply ATX tidak kurang dari 400 watt. Anda harus ambil kira tentang barangan-barangan tambahan yang mungkin anda pasang kan kepada komputer baru anda ini. Barangan yang saya maksud kan itu saperti alat DVD-RW, Hard Disk Drive yang mempunyai ruang lebeh besar dan kelajuan lebeh pantas, kesumua nya ini memerlukan bekalan kuasa elekterik yang banyak. Kebanyakan peti komputer terkini di lengkapi dengan bekalan kuasa khas untuk kegunaan Pentium 4. Ada juga penjual yang memberi kan kipas penyejuk CPU secara percuma, jika tidak anda perlu membeli nya.

Menukar Ganti Alat Pengerak Cakra Keras (Hard Disk Drive)

Biasa nya pada keselurohan bila penguna memikirkan untuk menjalan kan kerja peningkatan taraf komputer, alat komponen yang terpenting selain dari papan induk dan casing ialah hard disk drive. Kebanyakan penguna memasukan atau memuat kan segala infomasi, maklumat, perisian-perisian permainan komputer, program-program tertentu, dan berbagai jenis muatan lain. Kesemua nya di masukan dan di simpan ke dalam Hard Disk Drive C, yang mana pada suatu masa nanti menjadi terlalu sarat dan penuh dengan muatan. Oleh kerana ini lah yang menyebab kan para penguna ingin kan hard disk drive komputer di tambah atau pun di tukar ganti kan dengan ruang yang lebeh besar serta kelajuan yang lebeh pantas lagi.

Apabila memileh dan membeli hard disk drive, pastikan ianya hard disk jenis IDE, mempunyai ruang yang tidak kurang dari 120GB dan berkelajuan tidak kurang dari 7200 rpm. Jika anda ingin menguna kan hanya satu hard disk drive, maka anda mesti menukar kan jumper (sarung pelumpat) untuk menentukan yang ianya di pileh sebagai master dan bukan nya slave. pemilehan Master Slave terdapat pada hard disk drive berbeza-beza di antara satu jenama dengan yang lain jadi anda harus ambil perhatian ini sebelum ia nya di pasang kan ke dalam komputer. Pastikan yang hard disk baru yang anda beli sudah di formasi kan (format) kebanyakan kedai menjual hard disk drive menyediakan perkhidmatan formatting secara percuma. Hard disk drive yang belum di format tidak boleh di guna kan.

Peningkatan Taraf dengan Komputer Baru

Harga komputer yang pada suatu masa dahulu melambung tinggi sekarang ini sudah turun ke paras yang agak rendah dan mampu di beli oleh kebanyak kan penguna, sama ada secara bayaran tunai atau pun bayaran ansuran. Anda harus ingat komputer berharga rendah tidak dapat menyediakan barangan atau komponen yang anda perlukan, sama ada dari segi barangan nya mahu pun dari segi jenama dan specifikasi teknikal nya. Walau bagaiman pun anda boleh lah menambah barangan yang di perlukan di masa-masa akan datang jika perlu. Kebanyakan barangan komputer selain dari papan induk, memori dan hard disk drive terkini boleh di pasang di bahagian luar komputer (external device) dengan cara plug and play (pasang dan guna) Barangan- barangan ini kesemua nya mengunakan penyambung USB dan FireWire jada agak amat mudah bagi penguna untuk memasang atau menyambungkan nya. Ada juga barangan pasang dan guna ini memerlukan driver (perisian pemandu nya) tampa driver ia nya tidak dapat berfungsi sebagaimana yang di harapkan. Perisian Driver bagi barangan tertentu boleh di perolehi dari internet melalui lelamah syarikat pembuat barangan tersebut. Biasanya bila anda membeli barangan komputer yang memerlukan driver, maka anda akan di bekal kan barangan tersebut lengkap dengan cakra padat yang mengandungi driver bagi barangan tersebut.

Sebelum komputer baru anda dapat di gunaka, ada banyak perkara yang mesti anda jalankan, diantara nya ialah persiapan BIOS atau juga di panggil dengan nama CMOS setup. Untuk keterangan lanjut berhubung dengan BIOS setup sila rujuk Bab Program Persiapan BIOS (Panduan Memasang sendiri Komputer Pentium 4) Untuk ke layar Menu Persiapan BIOS anda perlu menekan butang kekunci "Delete" semasa komputer sedang di hidupkan (booting-up process) satelah menekan butang kekunci tersebut, tunggu sebentar dan awasi layar peti pengawasan komputer, anda akan di persembahkan dengan Menu BIOS dan anda boleh lah membuat perubahan dan kerja-kerja persiapan BIOS.

Memasang Perisian Sistem Operasi Windows XP

Satelah segala-gala nya berjalan dengan lancar, boleh lah anda pasangkan perisisan Ssistem Operasi Windows XP. Perisian Asas ini perlu di pasangkan terlebeh dahulu sebelum anda boleh memasang perisian-perisian Program yang lain-lain kedalam komputer anda. (Sila rujuk ke Bab panduan "Memasang Windows XP") Saya nasihatkan kepada anda sebelum anda menjalankan kerja-kerja peningkatan taraf komputer, anda perlu membaca dan memahami benar-benar tentang cara-cara dan selok belok memasang barangan komputer sama ada barangan kerasnya mahu pun perisian nya. Sebaik-baik nya anda mencetak kesemua panduan untuk di jadikan kertas rujukan dan panduan bertulis. Satelh anda memahami cara sabenarnya baru lah anda menjalankan kerja-kerja peningkatan taraf komputer keperluan anda.

Jika anda mahu memasang perisian Sistem Operasi Windows XP dengan mengunakan cakra-padat (CD-ROM) maka semasa membuat Persiapan BIOS, pastikan yang Booting Sequence komputer anda bermula dengan alat pengerak cakra-padat (CD-ROM Drive) di pileh sebagai peralatan yang pertama kemudian berikutan dengan hard disk drive dan kemudian nya Floppy Drive. Jika tidak anda akan mengalami kesukaran. Komputer tidak dapat mengesan alat cakra-padat yang mengandungi perisian sistem operasi tersebut.

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 82
Date:

tapi yang penting..... kite kena tau kenapa kite nak upgrade komputer kite...


kalau sebab nak main game rasenye baik beli yang baru je...... kalau tak nak satu set beli je CPU tu.... tak yah monitor dengan benda lain... hehehe...


tapi bagi yang nak upgrade pasal nak mudahkan keje tu elok wat mane yang termampu ditampung oleh PC kite....


sebab banyak benda nak tau psl pc ni.....


satu benda saya nak ingatkan kalau pegang perkakasan dalam isi perut CPU tu.... SILA PASTIKAN ELEKTRIK STATIK DITANGAN ANDA TELAH DINEUTRALKAN TERLEBIH DAHULU....


bukan ape.... selalunya sebab tangan kite ni lah PC menjadi biol sebab main redah je....


ok kengkwn selamat mengupgrade PC



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard