Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Gadis tambah nilai


Veteran

Status: Offline
Posts: 71
Date:
Gadis tambah nilai


Oleh Nazarali Saeril


PETALING JAYA: Sekumpulan gadis dikenali sebagai `Gadis Tambah Nilai’ sanggup menyerahkan tubuh kepada mana-mana lelaki dengan syarat membelikan mereka kad prabayar bernilai RM30.



 


Urus niaga terbabit yang dijalankan melalui perhubungan telefon bimbit hanya mengambil masa kurang seminit sebelum masing-masing bersetuju dengan tempat pertemuan.


Harian Metro memperolehi maklumat mengenai kegiatan itu daripada seorang lelaki yang pernah berurusan dengan gadis itu, baru-baru ini.


Menurut Azman Ghani, 30, gadis terbabit dikatakan tidak segan menawarkan perkhidmatan mereka kepada sesiapa saja pada bila-bila masa asalkan dibelikan kad pra bayar berkenaan.


Azman yang berpeluang mengenali seorang daripada mereka pada mulanya mengatakan dia memperolehi nombor telefon bimbit gadis itu daripada rakan yang turut pernah menemui seorang daripada mereka.


“Sebelum ini, saya pernah mendengar tawaran serah tubuh dengan kad pra bayar dilakukan sekumpulan gadis sejak awal tahun ini.


“Pada mulanya saya tidak percaya sehinggalah seorang rakan menyerahkan nombor telefon bimbit gadis itu untuk dihubungi,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.


Azman yang berasal dari Subang Jaya, berkata, rakannya itu juga mendapat nombor telefon gadis berkenaan daripada rakan lain.


Dia yang menjalankan perniagaan sendiri kemudiannya cuba menghubungi gadis terbabit dan pada mulanya, dia enggan melayan dengan alasan sibuk keluar dengan lelaki lain.


“Saya menghubungi gadis dikenali dengan nama Alin itu pada waktu malam beberapa hari lalu dan mengajaknya keluar untuk melepak.


“Alin dengan selamba menjawab, biasalah...reload RM30 baru boleh keluar dengan I. Jangan lambat, ramai lagi nak keluar dengan I...,” katanya.


Azman yang baru bercakap dengan Alin tidak sampai satu minit terkejut kerana faham dengan maksud itu terus bersetuju dengan syarat berkenaan.


Bagaimanapun, Azman meminta Alin memberikannya tempoh untuk keluar mencari kad pra bayar.


“Saya bertanyakan kepadanya apa akan berlaku jika saya membelikannya kad pra bayar tetapi dia tidak muncul untuk bertemu saya.


“Dia menjawab, Ini Alin la...siapa tidak kenal Alin. Alin tak pernah tipu, kalau nak, reload RM30, jangan banyak cakap...,” katanya.


Azman bersetuju dan meminta dimaklumkan lokasi di mana mereka patut bertemu dan akan sampai dalam tempoh kurang satu jam.


Alin mengatakan mereka boleh bertemu di Seri Gombak kerana mendakwa dia tinggal di sana.


“Saya bagaimanapun tidak mengikut kehendaknya kerana hanya menghubungi Alin semata-mata ingin tahu berkaitan kebenaran cerita yang dimaklumkan oleh kenalan.


“Selepas kira-kira satu jam, Alin menghantar Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada saya bertanyakan sama ada sudah membelikannya kad pra bayar dan bila mahu menjemputnya,” katanya.


Alin turut menghantar beberapa SMS lagi kepada Azman menerangkan keperluan


untuk menambah nilai kad pra bayarnya atau dia akan membatalkan pertemuan berkenaan.


Bagaimanapun, sehingga kini, Azman tidak membalas SMS terbabit.


Menurutnya, berdasarkan gaya percakapan, Alin mungkin berusia belasan tahun dan berpengalaman melakukan perkara sama terhadap lelaki lain.


Sementara itu, Penyelaras Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Nordin, berkata perbuatan gadis berkenaan menjual maruah diri dengan hanya meminta tambahan nilai kad pra bayar tidak boleh diterima akal.


“Satu masa dulu, wujud golongan bohsia yang boleh menyerahkan maruah mereka dengan hanya disogok sepinggan mi.


“Kini, ia kembali semula tetapi dengan taktik baru. Sesungguhnya gejala sosial terbabit amat membimbangkan dan gadis berkenaan boleh dikategorikan sebagai pelacur,” katanya, ketika dihubungi, di sini, malam tadi.


Menurut Noor Nirwandy, perbuatan terkutuk itu perlu dibanteras sebelum menular menjadi barah di kalangan gadis lain yang terperangkap dengan keindahan sementara waktu berkenaan.


Perkara itu secara tidak langsung menjejaskan maruah bangsa Melayu keseluruhannya selain menyebabkan pihak lain memandang gadis Melayu sebagai kurang bermaruah.


“PPIM menyeru gadis yang terbabit supaya memikirkan semula kegiatan dilakukan. Jangan sekadar mahukan tambahan nilai kad pra bayar, maruah diri digadai,” katanya.



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 14
Date:

ni tipu ni

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 546
Date:

napo lak tipu.. bubble tahu cerita sebenar ko? bubble terlibat ko?

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 14
Date:

terlibat. jugak...satu geng...geng 369 hehe

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 59
Date:

ape punyer pmpn la....... bangsa kita jagak kn...... ade jgak pmpn mcm ni kn........ tkejot jgak dengor....... klu dapt "skolah" kn dorg blik best jgak tu.........

__________________
lamoon


Guru

Status: Offline
Posts: 546
Date:

junaidah 365

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 286
Date:

LAPORAN TU DARI AKHBAR HARIAN METRO TARIKH 30 SEPTEMBER LALU...KALAU NAK TAHU SAHIHNYA CERITA TU TANYA PADA WARTAWAN YG MENULIS LAPORAN..SIASAT SENDIRI JIKA MAHU......DAH MEMANG MASALAH SOSIAL DIKALANGAN KITA ANAK MELAYU NI DAH AZAB SANGAT..BUBBLE NI MACAM NAK BACK UP JE..HEHEEEEHHEHEH..SORII.....

__________________
Mencari pangkaL akar, menemu hujung. Kita seperti roda......Berpusing saling mengambil tempat semula putaran.


Senior

Status: Offline
Posts: 281
Date:

Kami Ambil berat masalah ini dan kami pasti ianya benar kerana di antara isi sms yang kami periksa dari gadis gadis runtuh akhlak yang r&d selamatkan ialah berupa gejala ini .... "saya dah reloadkan rm30 ... kenapa tak kontak?..."


atas sebab itulah kami masukkan berita ini di sini untuk renungan dan tindakan semua pihak.



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 546
Date:

dah ada bukti dari suluh30, maknanya sahih la ni

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

Haikal wrote:


dah ada bukti dari suluh30, maknanya sahih la ni


        Memang sahih...pompuan mcm ni dia nak reload RM30 ja...pompuan mcm ni bukan dia tak nak letakkan harga yang tinggi mungkin sbb dia dah gilakan seks...maknanya walaupun  dibayar dgn murah,asalkan pompuan mcmni akan merasa yg lain pula...Sekadar pendapat...Dah teruk ni... 



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 82
Date:

memang betul kate tongkat30 tue...


memang tak berbaloi... aper yg diaorg dapat...


bende camni kene bendung dr skang...


 


 



__________________
Kalo nak idup, buatlah yg terbaik...


Guru

Status: Offline
Posts: 546
Date:

sambil menyelam minum air... duit pon dapat,sedap pon dapat...


manusia-manusia... tak takut AIDS HIV agaknya...



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 520
Date:


Haikal wrote:


sambil menyelam minum air... duit pon dapat,sedap pon dapat... manusia-manusia... tak takut AIDS HIV agaknya...


HEHEHEHE AGAKNYER LAH



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 161
Date:

:)


 



__________________
/// ANGAH /// Kulim ///


Senior

Status: Offline
Posts: 286
Date:

Aduhhh...............kalo top up boleh sampai Rm 1 nanti.............agak2nya...ada gadis yg nak reload Rm 1 pun boleh jalan kot..hehehheeee



__________________
Mencari pangkaL akar, menemu hujung. Kita seperti roda......Berpusing saling mengambil tempat semula putaran.


Senior

Status: Offline
Posts: 193
Date:

DUNIA OHHHHHHHHHHHHHHHH DUNIA.......


SELAMAT BERPUASA



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 133
Date:

lepas ni apa la pulak...

__________________


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:

sang simba wrote:


Aduhhh...............kalo top up boleh sampai Rm 1 nanti.............agak2nya...ada gadis yg nak reload Rm 1 pun boleh jalan kot..hehehheeee


 


Kanda bersama Ayahanda Hj Malek telah terlibat aktif dalam menangani gejala sosial sejak 1995 lagi, sering menjadi jemputan wawancara TV dan keluar di dada akhbar, menjadi jemputan institusi pengajian tinggi dan jabatan kerajaan dalam menangani gejala sosial ini.


Tahun 1999 lagi kami telah melihat fenomina gadis sunti pantai timur yang berulang alik ke KL dengan kapal terbang untuk urusan keseronokan yang di taja. Di sekolah sendiri dengan bebas bohsia sekolah rendah dan menengah bawah menawarkan 20 sen atas dan seringgit bawah... :))) harap semua faham maksudnya.


So apa yg dinda utarakan tidak menjadi mustahil sama sekali, kerana hasil kajian kami dalam program mencegah gejala sosial ini ialah, anak gadis kita sekarang sudah tidak meletakkan harga lagi pada service yg diberikan, yg penting si dagis sendiri dapat merasakan kesedapannya... demi memuaskan hawa nafsu kebinatangannya ...


Nasihat ayah ibu, rakan taulan dan guru di persetankan begitu sahaja... inilah tugas berat kita. Jika kita masih asyik mengutuk sana dan sini, berjam jam di depan komputer berforum sahaja... tidak akan kemana perjuangan kita. umat tetap begitu, semakin hari semakin rosak.


salam.



__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Veteran

Status: Offline
Posts: 26
Date:

assalamualaikum...


sesekali bertanya di dalam hati... bilakah perkara mcm ni akan setel...


terfikir sejenak...


xkan selesai selagi manusia itu belum selesai dgn tuhannya...



__________________
anak^seluang berenang lalu...


Senior

Status: Offline
Posts: 286
Date:

Tima kasih atas informasi Kanda Mas..........hmmm.......agak2nya mana nak cari 'gadis melayu' sejati yg Mawi duk nyanyi2 tu....susahh dah kot........


Siapa bilang gadis melayu tak menawan....tak menarik hati..tiada memikat............


err..siapa nak bilang haaaa....???


 



__________________
Mencari pangkaL akar, menemu hujung. Kita seperti roda......Berpusing saling mengambil tempat semula putaran.


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

nak reload camner...................


kad dah x'pired



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 425
Date:




Alin mengatakan mereka boleh bertemu di Seri Gombak kerana mendakwa dia tinggal di sana.


PERGH...BIAR BETIK MINAH NI DUK KT SERI GOMBAK? TEMPAT AKU NI...XPERNAH PLAK DGR CITER PASAL NIE...UHUHUUHUH...GILA BETUL !

__________________
|||BATU|||


Senior

Status: Offline
Posts: 286
Date:

ha....dah masuk kawasan saudara elie tu............dah boleh bertindak saudara elie kita ni.............silap la sapa kaco kawasan saudara elie kita ni..........

__________________
Mencari pangkaL akar, menemu hujung. Kita seperti roda......Berpusing saling mengambil tempat semula putaran.


Senior

Status: Offline
Posts: 435
Date:

askum to all,


nasib baik tadak adik pompuan....kerna tak dpt nak bayangkan kalo terjadi kat family sendiri benda mcm nih....betapa berasapnya telinga aku dan berderau nya darah kemarahan dari lubuk hati ku....dan bersedia utk beri roti jari



__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

sang simba wrote:


ha....dah masuk kawasan saudara elie tu............dah boleh bertindak saudara elie kita ni.............silap la sapa kaco kawasan saudara elie kita ni..........

       apa lagi saudara elie...beli kad top up RM30 banyak2...pastu jalan kan kewajipan...tapi jgn salah jalan pula...

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 425
Date:


sang simba wrote:

ha....dah masuk kawasan saudara elie tu............dah boleh bertindak saudara elie kita ni.............silap la sapa kaco kawasan saudara elie kita ni..........



hehehe..nak bertindsak cmner..muka pun x kenai..kang silap2 tanye..makan penampo plak ...hehehhe

__________________
|||BATU|||


Senior

Status: Offline
Posts: 425
Date:


tongkat30 wrote:

sang simba wrote:
ha....dah masuk kawasan saudara elie tu............dah boleh bertindak saudara elie kita ni.............silap la sapa kaco kawasan saudara elie kita ni..........
       apa lagi saudara elie...beli kad top up RM30 banyak2...pastu jalan kan kewajipan...tapi jgn salah jalan pula...




heheh..tu yg saya risau tu...takut-takut salah jalan plak..heheh..saya paling takut dgn perempuan...'makhluk' tuhan yg mampu menggegarkan dunia! hehehe

__________________
|||BATU|||


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

elie wrote:


hehehe..nak bertindsak cmner..muka pun x kenai..kang silap2 tanye..makan penampo plak ...hehehhe

      

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 133
Date:

elie wrote:


heheh..tu yg saya risau tu...takut-takut salah jalan plak..heheh..saya paling takut dgn perempuan...'makhluk' tuhan yg mampu menggegarkan dunia! hehehe

hah betol tu...

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 286
Date:

Pompuan bukan boleh menggegar dunia je............jantung pun boleh gugur silap2.......hehehhe

__________________
Mencari pangkaL akar, menemu hujung. Kita seperti roda......Berpusing saling mengambil tempat semula putaran.
1 2  >  Last»  | Page of 2  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard