Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Sebagai anak silalah baca!!!


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:
Sebagai anak silalah baca!!!








Ini adalah mengenai nilai kasih IBU:

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang
sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu
menghulurkan sekeping
kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu
segera
mengesatkan tangan di apron
menyambut
kertas
yang
dihulurkan oleh si anak lalu
membacanya.
Kos upah membantu ibu:
Tolong pergi kedai $4.00
Tolong jaga adik $4.00
Tolong buang sampah $1.00
Tolong kemas bilik $2.00
Tolong siram bunga $3.00
Tolong sapu sampah $3.00
Jumlah : S$17.00
Selesai membaca, si ibu
tersenyum memandang si anak
sambil
sesuatu
berlegar-legar si mindanya. Si ibu
mencapai
sebatang pen dan menulis sesuatu
di
belakang
kertas yang sama.
Kos mengandungkanmu selama 9
bulan - PERCUMA
Kos berjaga malam kerana
menjagamu - PERCUMA
Kos air mata yang menitis
keranamu - PERCUMA
Kos kerunsingan kerana
bimbangkanmu - PERCUMA
Kos menyediakan makan minum,
pakaian, dan keperluanmu -
PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai
Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang
setelah membaca apa yang
dituliskan
oleh
si ibu.
Si anak menatap wajah
ibu,memeluknya
dan
berkata,"Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian
si
anak
mengambil pen dan menulis'Telah
Dibayar
malah
terhutang ' pada mukasurat yang
ditulisnya.


__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 156
Date:

Padah Mercun: Mangsa pertama




SAKIT: Ahmad Fuad terlantar di Hospital Alor Star
kerana cedera di mata akibat terkena percikan bunga
api ketika bermain bersama rakan-rakannya di
Lorong Kenangan, Tongkang Yard, Alor Star kelmarin.

ALOR STAR: Seorang murid Tahun Tiga Sekolah Kebangsaan Seberang Perak Baru di sini cedera di mata kiri terkena percikan bunga api, malam kelmarin, dipercayai mangsa pertama bermain mercun dan bunga api pada musim perayaan ini.












AdRevolver



AdRevolver


Ahmad Fuad Ahmad Saad, 9, menjalani pembedahan dua jam bermula jam 10.30 pagi di Hospital Alor Star (HAS) semalam dan keadaannya dilaporkan stabil.

Murid dari Lorong Kenangan, Tongkang Yard itu dikatakan terkena percikan bunga api ketika bermain bersama dua rakannya selepas bertadarus al-Quran di masjid berdekatan, kira-kira jam 12 malam kelmarin.

Bapa mangsa, Ahmad Saad Mohamad, 46, berkata beliau mengesyaki sesuatu apabila anaknya pulang ke rumah dengan menutup mata kirinya.

"Apabila saya tarik tangannya, saya nampak mata kirinya berdarah. Saya terus membawanya ke unit kecemasan Hospital Alor Star," katanya semalam.

Ibu mangsa, Hairunisa Nahood Ghani, 39, berkata kejadian itu di luar jangkaan kerana anaknya pendiam.

Kedua-dua ibu bapanya tidak mahu membuat laporan polis mengenai kejadian itu.




__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard