Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Selamat Menyambut Ramadhan


Senior

Status: Offline
Posts: 368
Date:
Selamat Menyambut Ramadhan


Selamat Menyambut Ramadhan
      Buat saudara-saudaraku - selamat berpuasa..

      Ramadhan hampir menjelang dan persiapan hendaklah diadakan dengan
      memahami cara beramal di bulan Ramadhan mengikut sunnah dan
jangan
      menjalani ibadah Ramadhan mengikut adat kerana Rasullah pernah
      bersabda didalam hadisnya :

      Barang siapa menghidupkan sunnahKu ketika rosak umat-Ku maka
baginya
      mendapat pahala seratus syahid. Oleh itu berhati-hatilah
melakukan
      amal supaya mempunyai nilai yang tinggi dan mendapat kesan yang
baik
      disepanjang bulan Ramadhan dan dibawah ini dicatatkan
amalan-amalan
      mengikut sunnah.

      CHECK LIST AMALAN DI BULAN RAMADHAN

      1. Mengucapkan tahniah (Selamat datang Ramadhan atau Selamat
      menyambut Ramadhan.

      2. Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat
untuk
      hari-hari.

      3. Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau.

      4. Solat Tarawikh 20 rakaat.

      5. Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.

      6. Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya
      dikejutkan bangun tepat jam 4.00 pagi.

      7. Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk Qiamullail ringan
      (Solat Tahjud, Solat Taubat dan Solat Hajat)

      8. Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur.

      9. Jam 5.00 pagi/5.15 pagi makan sahur.

      10.Jangan tidur sesudah sahur.

      11.Solat Subuh berjemaah di Masjid.

      12.Tadarus pendek.

      13.Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq.

      14.Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.

      15.Jam 11.00 pagi tunaikan Solat Dhuha.

      16.Lakukan Solat Kafarah Baul 2 rakaat. Rakaat pertama selepas
      Fatihah baca Surah Al Kautsar 7 kali dan rakaat kedua selepas
Fatihah
      baca Surah Ikhlas 7 kali.

      17.Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu Qailulah (ganti
jaga
      satu jam diwaktu sahur)

      18.Solat Zuhur berjemaah.

      19.Tadarus pendek.

      20.Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka petang.

      21.Solat Asar berjemaah di Masjid.

      22.Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau
menonton
      TV yang melibatkan kemaksiatan. Sebaik-baiknya digunakan untuk
      mengikuti majlis-majlis ilmu atau berdoa kerana waktu itu amat
      mustajab.

      23. Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas
oleh
      api atau dengan buah kurma atau buah tempatan.

      24.Segera Solat Maghrib di Masjid.

      25.Makan malam bersama keluarga.

      26.Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat Isyak dan
Tarawikh
      secara berjemaah.

      KELEBIHAN-KELEBIHAN YANG LAIN

      1. Menghadiri majlis ilmu setiap langkah di beri pahala ibadah
sunah
      setahun.

      2. Mengekali berjemaah diberi balasan dengan disediakan sebuah
bandar
      khas di Syurga.

      3. Membuat hubungan baik kepda kedua ibu bapa, Allah pandang
dengan
      penuh kasih sayang.

      4. Isteri taat kepada suami diberi pahala seperti pahala Asiah
dan
      Mariam.

      5. Sesiapa yang menyampaikan hajat saudaranya disampaikan 1000
      hajatnya di akhirat.


      Mengurangkan berat badan di dalam menjalani ibadah Ramadhan

      1. Sebelum puasa timbang badan

      2. Kawal berbuka puasa

      3. Pastikan semakin lama menunaikan ibadah puasa akan semakin
kurang
      berat badan

      4. Elakan daripada makan berlebihan


      RANCANG PENINGKATAN IBADAH RAMADHAN

      1. Sepuluh hari yang pertama adakan muhasabah amalan.

      2. Sepuluh hari yang kedua, pastikan keimanan bertambah kuat dan
      selaraskan dengan sempena Nuzul Quran.

      3. Sepuluh hari yang ketiga kuatkan azam untuk beramal di malam
Al
      Qadr :

      i. Dengan melakukan Solat Maghrib,Isyak dan Tarawikh berjemaah.

      ii. Atau ditambah dengan Solat Subuh berjemaah

      iii. Duduk dengan air sembahyang dan baca Al-Quran, Ayat Kursi,
Surah
      Al Baqarah terakhir (Amanarrasul), Surah Az-zalzalah, Suraah Al
      Kafirun, Surah al Ikhlas dan Surah Yasin.

      iv. Bagi kaum ibu yang uzur, baca zikir.

      v. Bangun pukul 1.00 pagi tunaikan Solat Sunat Wuduk, Solat
Hajat,
      Solat Tasbih, Solat Taubat, Solat Istikarah.

      vi. Jika sedang beramal, badan terasa sejuk dan terharu maka
inilah
      tanda-tanda mendapat Lailatul Qadar.

      SELAMAT TINGGAL RAMADHAN

      i. Pastikan Tarawikh terakhir

      ii. Ucapkan Selamat Tinggal Ramadhan dengan penuh terharu dan
berdoa
      semoga dipertemukan sekali lagi dengan Ramadhan yang akan datang.Selamat Menyambut Ramadhan



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 156
Date:
Renungan Ramadhan


Padah Mercun: Mangsa pertama




SAKIT: Ahmad Fuad terlantar di Hospital Alor Star
kerana cedera di mata akibat terkena percikan bunga
api ketika bermain bersama rakan-rakannya di
Lorong Kenangan, Tongkang Yard, Alor Star kelmarin.

ALOR STAR: Seorang murid Tahun Tiga Sekolah Kebangsaan Seberang Perak Baru di sini cedera di mata kiri terkena percikan bunga api, malam kelmarin, dipercayai mangsa pertama bermain mercun dan bunga api pada musim perayaan ini.












AdRevolver



AdRevolver


Ahmad Fuad Ahmad Saad, 9, menjalani pembedahan dua jam bermula jam 10.30 pagi di Hospital Alor Star (HAS) semalam dan keadaannya dilaporkan stabil.

Murid dari Lorong Kenangan, Tongkang Yard itu dikatakan terkena percikan bunga api ketika bermain bersama dua rakannya selepas bertadarus al-Quran di masjid berdekatan, kira-kira jam 12 malam kelmarin.

Bapa mangsa, Ahmad Saad Mohamad, 46, berkata beliau mengesyaki sesuatu apabila anaknya pulang ke rumah dengan menutup mata kirinya.

"Apabila saya tarik tangannya, saya nampak mata kirinya berdarah. Saya terus membawanya ke unit kecemasan Hospital Alor Star," katanya semalam.

Ibu mangsa, Hairunisa Nahood Ghani, 39, berkata kejadian itu di luar jangkaan kerana anaknya pendiam.

Kedua-dua ibu bapanya tidak mahu membuat laporan polis mengenai kejadian itu.




__________________
Zee


Senior

Status: Offline
Posts: 467
Date:
RE: Selamat Menyambut Ramadhan


Astarfirullahalazim...ni la budak2 sekarang..main mercun tak tentu arah..moga2 Ahmad Fuad sembuh dgn segera..kita di bulan ramadan ni jgn la buat maksiat atau kejahatan..lebih baik kita beramal soleh dan menimba ilmu sebanyak yang mungkin..ini lah masa kita..sama2 kita membuat kerja amal di bulan yg mulia ini..selamat menyambut bulan ramadan daripada saya kepada semua saudara saudari.."Bersama kita teguh,Berpecah kita roboh"..

__________________
ManusiA DianugerahKan Akal Dan FikiRaN
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard