Menurut Sasterawan Negara Usman Awang (Allahyarham) menerusi puisinya:
Melayu itu orang yang bijaksana Nakalnya bersulam jenaka Budi bahasanya tidak terkira Kurang ajarnya tetap santun Jika menipu pun masih bersopan Bila mengampu bijak beralas tangan. Melayu itu berani jika bersalah Kecut takut kerana benar, Janji simpan di perut Selalu pecah di mulut, Biar mati adat Jangan mati anak. Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya: Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau memang Melayu, Keturunan Acheh adalah Melayu, Jakun dan Sakai asli Melayu, Arab dan Pakistani, semua Melayu Mamak dan Malbari serap ke Melayu Malah muaŽalaf bertakrif Melayu Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan Melorongkan jalur sejarah zaman Begitu luas daerah sempadan Sayangnya kini segala kehilangan Melayu itu kaya falsafahnya Kias kata bidal pusaka Akar budi bersulamkan daya Gedung akal laut bicara Malangnya Melayu itu kuat bersorak Terlalu ghairah pesta temasya Sedangkan kampung telah tergadai Sawah sejalur tinggal sejengkal tanah sebidang mudah terjual Meski telah memiliki telaga Tangan masih memegang tali Sedang orang mencapai timba. Berbuahlah pisang tiga kali Melayu itu masih bermimpi Walaupun sudah mengenal universiti Masih berdagang di rumah sendiri. Berkelahi cara Melayu Menikam dengan pantun Menyanggah dengan senyum Marahnya dengan diam Merendah bukan menyembah Meninggi bukan melonjak. Watak Melayu menolak permusuhan Setia dan sabar tiada sempadan Tapi jika marah tak nampak telinga Musuh dicari ke lubang cacing Tak dapat tanduk telinga dijinjing Maruah dan agama dihina jangan Hebat amuknya tak kenal lawan Berdamai cara Melayu indah sekali Silaturrahim hati yang murni Maaf diungkap senantiasa bersahut Tangan diulur sentiasa bersambut Luka pun tidak lagi berparut Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan Selaga yang ada sanggup diberikan Sehingga tercipta sebuah kiasan: "Dagang lalu nasi ditanakkan Suami pulang lapar tak makan Kera di hutan disusu-susukan Anak di pangkuan mati kebuluran" Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu Masihkan tunduk tersipu-sipu? Jangan takut melanggar pantang Jika pantang menghalang kemajuan; Jangan segan menentang larangan Jika yakin kepada kebenaran; Jangan malu mengucapkan keyakinan Jika percaya kepada keadilan. Jadilah bangsa yang bijaksana Memegang tali memegang timba Memiliki ekonomi mencipta budaya Menjadi tuan di negara Merdeka
Melayu adalah rumpun... bukan milik mutlak sesuatu kaum etnik...
Melayu = bermakna LARI, di namakan melayu ketika pemerintahan wali songo (wali/wakil yang 9) dalam era pengembangan Islam di nusantara.
rumpun bangsa yang melarikan diri (hijrah) daripada HINDUISM kepada MUSLIM... FAHAM HINDU KEPADA FAHAM ISLAM/ALLAH.
Komposisinya ialah semua kaum nusantara yang sanggup memeluk Islam... terdiri dari Suku kaum - JAWA, MINANG, ACHEH, DELI, BANJAR, BUGIS, MAMAK, PATANI.
Yang tidak ikut Melayu (Hijrah kepada Islam) ini tidak di panggil melayu. Seperti Batak (lari ke bukit), Hindu (berkumpul di BALI), dan lain lain suku kaum termasuk di Malaysia ini... (tak perlu sebut.. sensitif)..
jadi dalam soal ini tak timbul Jawa, minang, bugis dll... yang ada ialah SUKU KAUM MELAYU JAWA, SUKU KAUM MELAYU MINANG DLL...

di petik dari fakta sejarah ...
wahhhhhhhh best la infor ni... baru den tauuu... camtu rupo ehhhh...
melayu byk berubah di zaman moden ni..mungkin kerana kekurangan didikan agama atau keimanan yg makin berkurang..kita kena sedar dan ubah dari sekarang..perjuangan masih jauh perjalanannya..
Melayu adalah rumpun... bukan milik mutlak sesuatu kaum etnik...
Melayu = bermakna LARI, di namakan melayu ketika pemerintahan wali songo (wali/wakil yang 9) dalam era pengembangan Islam di nusantara. rumpun bangsa yang melarikan diri (hijrah) daripada HINDUISM kepada MUSLIM... FAHAM HINDU KEPADA FAHAM ISLAM/ALLAH.
Komposisinya ialah semua kaum nusantara yang sanggup memeluk Islam... terdiri dari Suku kaum - JAWA, MINANG, ACHEH, DELI, BANJAR, BUGIS, MAMAK, PATANI. Yang tidak ikut Melayu (Hijrah kepada Islam) ini tidak di panggil melayu. Seperti Batak (lari ke bukit), Hindu (berkumpul di BALI), dan lain lain suku kaum termasuk di Malaysia ini... (tak perlu sebut.. sensitif)..
jadi dalam soal ini tak timbul Jawa, minang, bugis dll... yang ada ialah SUKU KAUM MELAYU JAWA, SUKU KAUM MELAYU MINANG DLL... di petik dari fakta sejarah ...
wahhhhhhhh best la infor ni... baru den tauuu... camtu rupo ehhhh...