Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: air, ayaq, ayor sejuk ais


Senior

Status: Offline
Posts: 347
Date:
air, ayaq, ayor sejuk ais


 


Air, Air Sejuk dan Ais
Air merupakan asal kejadian atau penciptaan semua unsur yang hidup di alam ini. Semua benda jika dikaji dari sudut sains adalah terjadi daripada unsur air. Semua benda itu pula amat alah dan akan kembali menjadi air. Air yang baik dan hidup ialah air yang mengalir. Jika air itu kaku disuatu tempat maka ia akan menjadi busuk dan kotor. Maka di situlah peranan pergerakan (sembahyang) amat penting dalam penjagaan kesihatan. Bagi air yang beku atau ais, ia sebenarnya memiliki struktur yang amat kukuh dan stabil dan inilah sebabnya kenapa mandian ais dan Seri Wajah juga akan memperbaiki struktur atom yang lemah atau longgar serta boleh meningkatkan kandungan Oksigen dalam tubuh


 


Air, udara dan angin merupakan unsur hidup yang bercas negetif atau elektron yang jika ini tiada didalam tubuh maka manusia yang mempunyai cas positif atau proton tidak dapat digetarkan atau meneruskan kehidupan. Tubuh manusia memegang kunci kepada rahsia tanah yang sebenarnya unsur mati yang tidak boleh tidak memerlukan unsur air dan angin sebagai tenaga luaran


 


Fakta Al-Quran mengenai peratusan air dan tanah bumi ini adalah sejajar dengan fakta saintifik. Ini terbukti Islam dalam pandangan Al-Quran menyebut sebanyak 32 kali tentang lautan (air) dan 13 kali tentang daratan (tanah). Jika ini dihitung maka peratusan air juga adalah memenuhi 71.111% ruangan tubuh. Iaitu 32 ditambah dengan 13 persamaan dengan 45. Maka peratusan air adalah 32/45 x 100 iaitu 71.111% dan tanah 13/45 x 100 bersamaan dengan 28.888%


 


Ini membuktikan air menguasai alam dan tubuh. Tubuh kita adalah penyimpan rahsia alam. Maka air adalah amat penting dalam konsep rawatan manakala tanah atau daratan pula amat penting dalam konsep mengenal kejadian atau penciptaan diri kita. Atas tamadun Islam inilah dijadikan titik tolak (panduan) kepada ahli-ahli sains untuk membuat pemerhatian dan kajian agar ilmu tetap membawa amal dan pengajaran yang menguntungkan


 


Air mengimbangi kawanan tekanan rendah
Orang yang kekurangan air adalah terdedah kepada gelombang yang memberi tekanan perasaan dan secara tidak langsung kemampuan otak untuk berfikir atau berfungsi menjadi lambat dan lemah. Dengan bekalan air yang sedemikian, maka air tadi akan dapat mengesan dan mengimbangi kawasan tekanan rendah yang dipenuhi dengan gas-gas lengai di dalam tubuh yang memberikan tanda-tanda sengal, kebas, bisa-bisa dan seumpamanya. Tubuh atau jasad adalah seumpama unsur yang mati jika kekurangan air. Jika ini berlanjutan, maka kita sebenarnya menuju ke arah kemerosotan nilai kehidupan.


Daya hidup yang mementingkan kebersihan belum dapat menentukan  medan tenaga di persekitaran tempat tinggal anda turut bersih. Faktor sudut dan perletakan barang, jenis barang hiasan, warna-warna, cahaya dan pengaliran udara juga mempengaruhi keadaan medan tenaga tersebut samada menjadi panas dan kering atau sejuk dan basah. Sejuk dan basah akan menceriakan atau mengharmonikan persekitaran tempat tinggal dan dapat meningkatkan tahap kesihatan seseorang ke tahap yang optimum. Bagi mendapatkan gelombang persekitaran sejuk dan basah tersebut, maka airlah yang memegang kunci tersebut


 


Kemulian Air Pada Pandangan Islam
Air juga adalah makhluk atau hamba Allah SWT seperti kita. Allah SWT menciptakan segala sesuatu yang hidup daripada air. Air  akan taat kepada perintah manusia yang sentiasa patuh kepada Allah SWT. Contohnya Saidina Omar Al-Khatab di zaman pemerintahannya pernah mengarahkan air sungai Nil supaya mengalir semula secara ‘vibration’. Ini boleh terjadi kerana ia mempunyai gelombang yang bertindak mengikut niat kita


 


Air dan niat
Air sebenarnaya mempunyai getaran gelombang yang bertindak mengikut niat kita. Ia dapat merakam mesej gelombang elektromagnetik dalam bentuk cahaya ke dalam tubuh melalui niat. Air adalah rahsia kerendahan diri atau rahsia bawahan yang tersembunyi segala rahsia mutiara diri manusia.


Angin dan air adalah unsur hidup kerana ia boleh diarah mengikut niat atau mengikut ukuran gelombang yang dirakam secara saintifik. Mereka sebenarnya sentiasa bertasbih kepada Allah. Begitu juga dengan mahluk-mahluk yang lain. Rahsia Kaabah yang mempunyai ‘signal’ yang paling kuat melalui penghantaran isyarat dari satelit (langit) yang juga memegang rahsia sejuk dan basah kerana adanya air zam-zam dan batu hitam (hajarul aswad) di tepinya. Hakikat niat yang dilakukan secara penyerahan adalah isyarat gelombang yang paling laju dan boleh mencapai ke dasar tubuh. Hembusan dari hidung yang mengeluarkan wap-wap air daengan kandungan karbon dioksida adalah cara memberi mesej kepada air untuk sesuatu tujuan atau niat


 


Rahsia kehebatan air sembahyang
Perawatan menggunakan air adalah sunnah nabi. Mengambil air sembahyang atau kerap mandi adalah rahsia insan yang sebenarnya dapat mengimbangi haba dan persekitaran tubuh yang tidak dapat diselubungi oleh aura yang buruk dan merugikan. Air sembahyang atau wudhu’ sebenarnya mengandungi rahsia yang maha hebat bagi tujuan kesihatan jasmani dan rohani. Mengekalkan air sembahyang atau wudhu’ dapat memelihara semua deria atau pancaindera kita daripada gelombang jarak jauh yang melalaikan. Air wudhu memegang rahsia penyucian diri dan iman. Keimanan inilah yang membuat seseorang menjadi ikhlas, syukur, sabar dan tenang (hening). Kuman atau unsur-unsur tenaga jahat dapat ditundukkan apabila kita cukup minum air, berwudhu dan mandi


 


 



__________________
mohd hawarie


Senior

Status: Offline
Posts: 347
Date:








Rahsia Air


Tidak pernah kita berfikir tentang air.....rahsia-rahsia yang air itu memegang, rahsia di sebalik rahsia, kekuatannya, faedahnya, dan lagi dan lagi dan lagi.......


Maha Suci Allah yang telah mencipta mahkluk yang bernama air ini....! Sesungguhnya ia adalah makhluk yang paling setia dan amat sekali peka dan menjalankan perintah Tuhannya!


Di dalam Al-Quran ada menyatakan peratusan Hydrogen (air) ini adalah 72% dan bakinya tanah adalah hanya 28% sahaja. Tubuh badan manusia adalah kekunci kepada rahsia air ini. Rahsia manusia ada jaluran elektrik yang dinamakan AURA atau SIRR atau Cahaya adalah kerana rahsia air ini juga! Lupakah kita sewaktu dalam kandungan perut ibu di dalam kandungan air semata-mata?


Air diperakui oleh saintis sedunia sebagai alat perakam terbaik sekali kerana ketepatannya apabila disukat pada dasarnya. Air sebenarnya boleh merakam setiap gema getaran yang dihadirkan baik dari bunyi termasuk dengan kata-kata dan juga dari hanya niat kita (tanpa kata-kata). Itulah keistimewaan air yang kita sangka hanya untuk pembersihan semata-mata.


 kita berfikir sejenak tentang kelebihan dan kebesaran air....Islam mendidik kita mengambil wuduk dengan air dengan niat, begitu juga dengan mandian dari hadas kecil ataupun besar yang harus di letakkan dengan niat. Tidakkah kita pernah terfikir air itu sedang merakam niat kita?





__________________
mohd hawarie


Senior

Status: Offline
Posts: 281
Date:

Persidangan air sedunia baru-baru ini di salah sebuah Universiti di Malaysia membuktikan segala fakta tentang air. Sewaktu persidangan itu, air dari merata dunia diambil dan diperiksa akan "kehebatannya". Kamera berfrekuensi tinggi berjarak jauh digunakan untuk melihat akan gambaran yang terjadi kepada air yang sedang di uji itu. Maka air dari Sungai Ganges dan juga termasuk Air Zam-Zam diuji dan dikenal pasti. Sesuatu yang nyata adalah Air Zam-Zam sahajalah air yang begitu kukuh dalam merakam segala perubahan pada kadar gelombang alam semesta ini dan strukturnya begitu kukuh (segi tiga). Keunikan Air Zam-Zam ini juga adalah strukturnya tidak berubah, ia tidak akan terjejas di dalam apa sekali pun tekanan yang sedang diberikan padanya. Ia tetap utuh sehinggakan seorang Professor dari Jepun memeluk agama Islam kerana keunikan Air Zam-Zam yang beliau ketahui hanya ada di Kaabah.


Lagi satu kehebatan air Zam-Zam ini adalah ia sahaja didapati boleh merakam dengan tepat gelombang warna alam yang sering bertukar pada waktu-waktu yang tertentu.


Rahsia kehebatan air begitu terserlah apabila rahsia di Kaabah disingkap. Di bawah 4 penjuru (4 segi) bentuk Kaabah ada terkadung rahsia air yang bersifat Alkali. Itulah dia Air Zam-Zam, air yang merakam segala niat jemaah-jemaah yang datang secara gema gelombang, penyerahan yang harus di tekad niatkan dan sebaliknya bukan niat yang negatif umpama menunjuk-nunjuk, angkuh-sombong, riak-takbur dan sebagainya. Betapa ramai yang telah kita dengar akan jemaah yang tersesat dari dapat keluar dari pintu Masjidil Haram, juga yang tersesat balik ke Hotel, juga hilang entah ke mana, hanya menyimpan niat yang negatif, maka terakamlah segala niat kita maka dimakbulkan akan permintaan tadi sebagai suatu ujian getir dan diterbalikan segala niat kita agar menjadi suatu peringatan supaya insaf dan sedar!


Hanya mereka yang benar-benar ingin mengambil tahu akan rahsia kehebatan air ini yang akan mendapat ganjaran kehebatan dan keunikan air ini. Di Kaabah, apabila niat kita benar-benar ikhlas, memohonkan ampun dan taubat, maka dengan sendirinya, kekuatan air iaitu Air Zam-Zam merakam niat jemaah tadi. Setelah ia melakukan tawaf  7 kali pusingan ke kanan, maka di situlah berlaku resonans (pusingan dengan geseran sesama manusia) maka penyerapan dosa-dosa itu terjadi, Insyaallah iaitu rahsia Kaabah yang memegang rahsia hitam serta Hajar Aswad yang juga hitam. Jemaah itu akan terasa begitu hening, tenang serta lapang jesteru akan terasa sebak lalu menangis teresak-esak kerana dapat merasakan kebesaran Allah SWT semata-mata.


Sebenarnya rahsia Kaabah dan Hajar Aswad ini adalah rahsia pada kejadian manusia di dalam perut. Majalah Medical Journal keluaran tahun 2000 ada menyatakan bahawa saintis mendapati apabila air mani dari lelaki memasuki ruang rahim wanita, berjuta-juta sperma berenang arah kanan ke kiri sebanyak 7 kali pusingan sebelum hanya satu sperma yang berjaya bercantum dengan telur maka persenyawaan pun terjadi (Alif  terbit) maka samalah dengan rahsia pusingan jemaah di Kaabah iaitu apabila penyerahan adalah bersungguh-sungguh, penyerapan dosa akan terjadi, ciuman Hajar Aswad seakan-akan kita baru sahaja dijadikan iaitu bersih dari segala dosa! Maha Suci Allah yang Maha Pencipta, Maha Pengasih, Maha Penyayang pada hamba-hambanya. Apa yang disangkakan alam yang besar di dunia ini rupa-rupanya hanyalah kecil sahaja kerana "alam pada diri manusia" itu jauh lebih besar dan memegang segala rahsia luaran dan dalaman. Maka benarlah kata-kata Rasullullah SAW marhumnya :-


"Kenalilah diri kamu rata-rata, barulah kamu kenal Tuhan yang nyata".


Cerita tentang kehebatan air baru-baru ini menjadi bualan sedunia iaitu kejadian TSUNAMI! Apakah ia suatu Malapetaka atau pun bencana semata-mata tujuan untuk menyusahkan hamba-hambaNya???


Mustahil jawapannya jika Allah berbuat demikian tanpa sesuatu Hikmah disebalik yang dijadikan!!! Cuba lihat petikan dari akhbar Harian Metro 13/1/2005 :-


 Katanya, ada dakwaan daripada penduduk Aceh mengatakan tsunami yang melanda Aceh satu musibah daripada sikap sesetengah pihak mengadakan tarian bogel sempena sambutan Krismas, baru-baru ini.

 "Berita itu cukup heboh diperkatakan orang di
sana (Aceh) dan saya diberitahu satu pesta arak diadakan di Pos Polis dekat Meulaboh dan polis disitu memaksa beberapa wanita Islam minum arak lalu mabuk dan menari tarian bogel.

 "Dakwaan penduduk Aceh itu mungkin ada kebenarannya tetapi apa yang datang itu sememangnya adalah kehendak dan ketentuan Allah namun saya tetap bersyukur kerana keluarga saya terselamat," katanya.

Petikan dari En Dannie Dahalan yang diwawancara wartawan.


Air adalah sumber penyucian. Ia berupaya merakam gema serta niat, umpama kita mengambil wuduk membaca niat, mandi wajib berniat dan sebagainya... Setiap tempat yang sudah pun Bertekanan Rendah, akan berlaku pelbagai istilah "musibah" yang "berbunyi" umpama taufan, ombak, gempa bumi dan pelbagai lagi untuk menyerap/seimbangkan semula gema/vibration kepada tahap tenaga asal tempat-tempat itu. Tidak lain tidak bukan Allah Maha Pengasih Maha Penyayang menghantar suatu "Isyarat" agar jangan kita "terbuai dan terhanyut jauh" oleh nafsu nafsi dan kembali ke pangkal jalanNya!


Cuba lihat tarikh Tsunami serta beberapa kejadian seumpama(bencana alam)berlaku iaitu pada 26th (8). Lapan  Kehancuran/Kemusnahan/Kematian/Jalan Mati.Semoga kita menjadikan istilah ini sebagai suatu pengajaran/keinsafan, InsyaAllah!
 


 



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 281
Date:

RE: berita air



banyak yg perlu di timbang dan di fikir tentang air...



any way... cukup baik info ni...



utk renungan dan tindakan ...



asal jgn asyik temenung sudahhhh... stu apa pun tak jadi...



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 33
Date:
AIR OH AIR...


BAGUS INFO NI...


BANYAK RUPANYA YG KITA TAK TAHU PASAL AIR NI...


TAMBAH SIKIT LAGI ILMU DI DADA...


THANKS BRO JANTUNG HATI...



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard