Oleh NAZARALI SAERIL nazarali@hmetro.com.my KUALA LUMPUR: Seorang siswi tahfiz al-Quran menjadi korban pemuas nafsu teman lelakinya berulang kali sejak awal tahun ini selepas sering diberikan minuman dicampur sejenis ubat khayal.
Siswi malang berusia 19 tahun itu berasal dari selatan tanah air dan kini masih menuntut di sebuah kolej dekat sini.
Walaupun sedar dia diperdaya dan dijadikan alat pemuas nafsu, siswi terbabit seolah-olah tidak berdaya menghindari perbuatan jahat teman lelakinya yang sentiasa mencari jalan untuk memberinya minuman dicampur ubat khayal.
Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (Perkid), Masridzi Sat, berkata teman lelaki siswi itu kerap membawanya bersiar-siar di kawasan sunyi seperti taman rekreasi sebelum diberikan minuman khayal.
“Selepas banyak kali diberikan minuman bercampur ubat khayal, siswi itu terpaksa membenarkan dirinya ditiduri.
“Bagaimanapun, ia mengundang padah apabila siswi itu akhirnya ketagih dengan perbuatan terkutuk itu dan sanggup melakukannya di mana saja, asalkan ada peluang,” katanya kepada Metro Ahad, semalam.
Masridzi berkata, akibat ketagih seks, siswi berkenaan sanggup datang ke kediaman teman lelakinya untuk memuaskan nafsu masing-masing yang memuncak.
“Disebabkan diperdaya teman lelaki yang memberinya minuman bercampur ubat khayal, hidup siswi berkenaan berubah. Dia mula berpakaian seksi ketika keluar malam bersama teman lelakinya.
“Nasibnya bertambah malang apabila teman lelaki yang puas menikmati tubuhnya memutuskan hubungan mereka tanpa alasan, awal Ogos lalu. Akibatnya, siswi itu yang mengalami ketagihan seks kronik mula bersikap liar.
Gerabak
“Walaupun masih bertudung labuh, dia sering menggoda mana-mana lelaki ditemuinya semata-mata untuk melakukan hubungan seks,” katanya.
Masridzi berkata, baru-baru ini siswi itu sanggup melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki baru dikenali tidak sampai 10 minit.
Katanya, kejadian berlaku ketika siswi itu berkenalan dengan seorang lelaki di perhentian Komuter Stesen Sentral Kuala Lumpur kira-kira jam 11 malam ketika dia dalam perjalanan pulang dari ibu kota.
“Ketika dalam komuter, mereka melakukan hubungan seks di gerabak belakang sebelum masing-masing beredar mengikut haluan sendiri sejurus tiba di stesen,” katanya.
Beliau berkata, masalah siswi itu bertambah serius apabila beberapa lelaki lain yang mengetahui sikapnya yang ketagih seks melalui bekas teman lelakinya mula mengatur langkah untuk menjeratnya.
Berikutan itu, siswi terbabit mula dihubungi beberapa lelaki melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) mengandungi mesej berunsur lucah yang bertujuan memerangkap siswi itu untuk mengadakan hubungan seks.
“Disebabkan ketagih seks, siswi itu sukar mengawal dirinya. Dia mudah terangsang apabila menerima SMS lucah dan terus mengikut lelaki yang menghubunginya ke mana saja untuk mengadakan hubungan seks.
“Selain itu, dia tidak boleh tinggal sendirian di kolej penginapannya. Setiap kali nampak pasangan kekasih lalu menaiki motosikal atau berpegang tangan, dia mula terangsang,” katanya.
Masridzi berkata, akibat bimbang dengan keadaan dirinya yang tidak terkawal, siswi berkenaan akhirnya menghubungi Perkid untuk mendapatkan bantuan supaya masalahnya dapat diselesaikan.
Katanya, berdasarkan keterangan siswi itu, keluarganya tidak mengetahui masalah dihadapinya dan dia juga takut untuk melaporkan apa yang berlaku kepada polis kerana bimbang perbuatannya diketahui keluarga.
“Siswi berkenaan sering menghubungi Perkid dan menangis kerana kesal dengan keterlanjurannya. Walaupun ingin berubah, dia masih gagal mengawal nafusnya kerana setiap kali bersendirian di kolej kediamannya, dia sering terfikir untuk melakukan perkara terkutuk itu dengan sesiapa saja ditemuinya,” katanya.
Masridzi berkata, Perkid kini membantu siswi berkenaan dengan memberikan pelbagai rawatan berbentuk rohani dan fizikal bagi memastikan dia dapat mengelak terjebak dalam kegiatan tidak bermoral.
eeemmm.... kalo cakap lebih2 karang ade yg marah... tp benda2 cam nih, org dh muak dh dgr... itu satu kisah yg keluar, tp di sebaliknya masih ade 1001 satu kisah lagi... setakat open crita nk dpt publisiti, nk nama, nk naik pangkat cepat... rentikanla... xde paedah pun...
bukan anak^seluang tak menyokong pendedahan mcm ni... tp mcm dh xde effect... nk selamatkn satu tp beribu lg yg terbiar... dh lama dh kita di sogok dgn benda2 mcm ni... kadang2 dh sampai bosan dh... sgt bosan...
xde ke satu benda yang bole di pelajari, di fahami dan seterusnya di ikuti n di taati... mmg ade dan dh lama ade... cuma kita je yg leka...
dgn nama allah yg maha pengasih lagi maha penyayang...