Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: PDRM tidak lindungi anggota salah guna kuasa


Senior

Status: Offline
Posts: 281
Date:
PDRM tidak lindungi anggota salah guna kuasa


PDRM tidak lindungi anggota salah guna kuasa

KUALA LUMPUR 9 Okt. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan melindungi atau berkompromi dengan anggota atau pegawai polis yang didapati menyalahguna kuasa.


Dalam satu kenyataan hari ini, Penguasa Perhubungan Awam PDRM, Bukit Aman Supritendan Mohamad Daud berkata, pucuk pimpinan polis sentiasa memandang serius setiap perbuatan salah laku di kalangan anggota dan pegawai, baik di peringkat negeri mahupun ibu pejabat.


Sehubungan itu, Bukit Aman mengucapkan terima kasih kepada pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Najmi Kamal Amir yang tampil membuat laporan, mendakwa dipukul semasa dalam tahanan, di lokap Ibu pejabat Polis Daerah Klang.


Najmi, 21, mendakwa dipukul sepasukan anggota polis atas kesalahan yang tidak dilakukannya serta menerima kejutan elektrik semasa dalam tahanan pada 5 Oktober lepas.


Pelajar itu ditahan kerana disyaki mencuri.


Bukit Aman memberi jaminan bahawa siasatan terperinci akan dijalankan dan berharap Najmi akan memberikan kerjasamanya untuk mempercepatkan proses siasatan supaya mereka yang terlibat dapat segera didakwa.


Mohamad berkata, Najmi dan anggota keluarganya perlu bersabar dan memberi kepercayaan sepenuhnya kepada PDRM untuk menjalankan siasatan. - Bernama



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 50
Date:

ini lah yang di harapkan...


perubahan kepimpinan dan semangat telus anggota pdrm...



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 74
Date:

Harap-harap perkara mcm ni dapat dilaksanakan bukan hanya gimik je....

__________________
PEMIMPIN sentiasa MEMBERI yang TERBAIK untuk anak buahnya............ manakala PEMERINTAH sentiasa MENGHARAPKAN yang TERBAIK dari anak buahnya.............


Member

Status: Offline
Posts: 20
Date:

Polis cuba seludup mercun
Oleh Betty Subaryati

Penyeludup lari meninggalkan kereta penuh bunga api bernilai RM15,000

RANTAU PANJANG: Seorang anggota penguat kuasa undang-undang yang bertugas di sempadan dikesan cuba menyeludup mercun dan bunga api bernilai kira-kira RM15,000 di sini petang kelmarin.












AdRevolver



AdRevolver


Lelaki berusia 40 tahun yang dipercayai anggota polis itu melarikan diri ketika Bahagian Pencegah Kastam Rantau Panjang memintas kereta yang dipandunya di Kampung Bukit Lata dekat Pasir Mas, kira-kira jam 4.40 petang.

Lelaki itu memberhentikan keretanya sebelum melarikan diri ke dalam semak berhampiran sempadan, meninggalkan kereta Proton Saga yang sarat dengan mercun dan bunga api.

Ketua KDRM Rantau Panjang, Ahmad Fadhil Che Muda, berkata dua anggotanya ditugaskan membuat intipan sebaik menerima maklumat penyeludupan menerusi pangkalan haram Kampung Derdap, di Sungai Golok.

Ketika intipan, mereka mengesan lelaki itu sedang memunggah bahan berkenaan ke dalam keretanya tetapi memecut keretanya sebaik menyedari diintip.

"Anggota kastam kemudian mengejar kereta itu selama 30 minit sebelum berjaya memintasnya di Kampung Bukit Lata. Lelaki itu menghentikan keretanya sebelum melarikan diri dalam semak ke arah sempadan," katanya semalam.

Ahmad Fadhil berkata, kereta yang ditinggalkan mengandungi pelbagai jenis mercun dan bunga api di bahagian tempat duduk belakang dan but.

Siasatan kes dibuat mengikut Seksyen 135 kerana melakukan kesalahan menyeludup mengikut Perintah Kastam Larangan Mengenai Import 1988.

Kes turut disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum denda sehingga RM10,000 atau 10 kali ganda harga yang mana lebih rendah.

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 193
Date:

HEMMMMMMMMMMMMM MACAM-MACAM PERANGAI....CEGAHLAH DARI BERLARUT...

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard