KUALA TERENGGANU 10 Okt. - Umat Islam di seluruh negara dijangka menyambut Aidilfitri tahun ini pada 3 November apabila usia anak bulan dianggap sudah matang pada petang hari rukyah, kata ahli Falak Syarie, Abdul Ghani Salleh.
Beliau berkata, mengikut hisab, pada petang hari rukyah iaitu hari Rabu, anak bulan sudah pun kelihatan di atas ufuk selama sembilan minit.
``Ketika itu matahari terbenam pada pukul 7.02 malam, manakala anak bulan pula pada pukul 7.11 malam dan ini bermakna anak bulan sudah berada di atas ufuk selama sembilan minit.
``Ini (juga) bermakna umur anak bulan pada waktu itu sudah pun matang iaitu sembilan jam 45 minit atau melebihi tempoh matangnya, lapan jam,'' katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.
Katanya ini bermakna umat Islam akan berpuasa hanya 29 hari tahun ini dan keesokan harinya iaitu Khamis dikira sebagai 1 Syawal 1426 atau Aidilfitri. - Bernama
puasa sebulan... jimat sebulan (tu pun siang je jimat sikit)...
bazirkan 12 bulan (not even 11 bulan pun)... infact kat bulan syawal tu pun dah lebih belanja nya... daripada apa yg di jimatkan semasa posa (itupun kalau ada).
puasa yg hanya dapat lapar dan dahaga... tiada penjimatan yang di puasakan... tiada sumbangan hasil penjimatan...
macamana Islam nak naik hasil puasa kita...??? puasa sebulan... jimat sebulan (tu pun siang je jimat sikit)... bazirkan 12 bulan (not even 11 bulan pun)... infact kat bulan syawal tu pun dah lebih belanja nya... daripada apa yg di jimatkan semasa posa (itupun kalau ada).