Jika kita membuat dosa kita perlu memperbaiki kesilapan yang kita lakukan.. dengan bertaubat.. tapi bagaimana pula dengan tanggungjawab? contoh.. jika pasangan kekasih itu berzina perlukah mereka bertanggungjawab dengan melangsungkan pernikahan? bagaimana pula mangsa rogol? perlukah perempuan itu menikahi perogol itu? sedangkan hatinya tidak rela..
Jika kita telah betul-betul insaf, maka jalankanlah segala yang diperintahkan oleh Islam dan tinggalkan segala larangan. Kemudian bersegeralah bertaubat dengan menjalankan segala syarat-syaratnya:
1. Taubat itu hendaklah ikhlas kerana Allah SWT. 2. Taubat itu harus memenuhi syarat meninggalkan seluruh kemaksiatan dan benar-benar tidakakan mengulanginya lagi. 3. Bertaubat itu juga harus disertai penyesalan, ertinya menyesali atas semua kejahatan yang pernah lakukan dan berusaha untuk meninggalkannya. 4. Tidak mahu mengulanginya lagi kejahatan masa lalu.