para sahabat dan sahabiah adik beradik sekelian. > >Cerita ini saya dengar dari satu kuliah agama yang diceritakan oleh >seorang ustaz (maaf, terlupa nama ustaz tu). Marilah kita bersama-sama >renungkan pengajaran daripada cerita ini dan menyingkap sedikit ke dalam >diri kita tentang sejauh mana kita cuba menuruti perintah agama dalam >mencari kelebihan dalam setiap amalan kita, terutamanya solat >(berjamaah). > >Diceritakan bahawa seorang profesor dalam bidang fizik di sebuah >universiti di Amerika Syarikat, telah membuat satu kajian tentang >mengapa disyariatkan solat berjamaah di dalam Islam dan kelebihan solat >berjamaah tersebut dalam kehidupan umat Islam. Menurut profesor itu, >tubuh badan kita (manusia) terdiri daripada dua cas elektrik iaitu cas >positif dan cas negatif. Dalam perjalanan hidup manusia setiap hari, >semasa kita bekerja, beriadah atau berehat, kita banyak menggunakan >tenaga dan dalam proses ini banyak berlaku pertukaran cas-cas positif >dan negatif yang menyebabkan ketidahseimbangan cas-cas tersebut di dalam >tubuh badan kita. Ini menyebabkan kita merasa letih dan lesu apabila >kita selesai menjalankan aktiviti-aktiviti harian kita. Cas-cas ini >perlu diseimbangkan semula untuk memulihkan tubuh badan kita ke keadaan >normal supaya kita kembali segar dan dapat menjalankan aktiviti-aktiviti >lain tanpa gangguan. > >Berbalik kepada kaitan solat berjamaah, timbul satu persoalan di minda >profesor ini mengapa dalam Islam, disyariatkan, malah sehingga ke >peringkat diwajibkan bersolat secara berjemaah, dan mengapa solat lima >waktu yang didirikan oleh orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang >tidak sama ( Zohor - 4 rakaat, Asar - 4 rakaat, Maghrib - 3 rakaat, Isya >- 4 rakaat, Subuh - 2 rakaat). Dari kacamata beliau, sebagai seorang >bukan Islam yang mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidang berkaitan, >beliau lalu menjalankan kajian tentang perkara ini dan mengaitkannya >dengan aktivit-aktiviti harian kita yang memerlukan pemulihan cas-cas >positif/negatif tadi. > >Pertama sekali beliau mengkaji kaitan jumlah rakaat dengan solat >berjamaah dan fungsinya dalam pemyeimbangan cas-cas di dalam badan kita. >Semasa kita melakukan solat berjamaah, kita disyariatkan supaya >meluruskan dan merapatkan barisan (saf), bahu bertemu bahu dan tumit >bertemu tumit. Dalam bergeseran tubuh kita dengan tubuh jamaah lain yang >berada di kira dan kanan kita, tubuh kita mengeluarkan cas-cas yang >berlebihan dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas yang berlawanan dalam >tubuh badan rakan kita. Jamaah lain juga akan mengeluarkan cas-cas dari >tubuh badan mereka dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas-cas yang >berlawanan dari tubuh badan kita. Dengan ini berlakulah keseimbangan >cas-cas positif/negatif. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin >seimbang dan semakin segar tubuh badan kita. > >Menurut beliau, dalam kehidupan seharian kita, apabila kita bangun dari >tidur, badan kita merasa segar dan sihat setelah berihat selama beberapa >jam (tidur). Dalam keadaan ini, tubuh badan kita mengandungi cas-cas >positif/negatif yang hampir seimbang. Jadi, apabila kita mendirikan >solat Subuh berjamaah, kita hanya memerlukan sedikit pertukaran cas-cas >dari dan ke dalam tubuh badan kita. Sebab itu mengapa solat subuh itu >hanya dua rakaat. > >Seterusnya, setelah seharian kita bekerja bertungkus lumus, membanting >tulang atau memerah otak, cas-cas ini tidak lagi seimbang dengan >kehilangan banyak tenaga dari badan kita. Oleh itu kita memerlukan >pertukaran cas-cas yang banyak dan solat berjamaah memainkan peranan >untuk memulihkan keseimbangan cas-cas ini. Oleh sebab itu solat Zohor >(berjamaah) didirikan empat rakaat untuk memberi lebih masa kepada >pemulihan cas-cas tadi. > >Proses yang sama berlaku pada sebelah petang, apabila kita juga >mengeluarkan banyak tenaga menyambung tugas-tugas kita dan kita >kehilangan banyak cas-cas ini. Sekali lagi proses penyeimbangan ini >berlaku apabila kita mengerjakan solat Asar (berjamaah) sebanyak empat >rakaat. > >Selepas waktu Asar, setelah pulang dari kerja atau pada kebiasaannya, >kita hanya melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak terlalu banyak >menggunakan tenaga dan masa yang diperuntukan pula tidak terlalu lama. >Oleh itu tidak terlalu banyak tenaga yang kita keluarkan. Seterusnya >kita akan pergi ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib (berjamaah), >banyak tiga rakaat. Pengurangan dalam rakaat ini berlaku kerana kita >tidak kehilangan terlalu banyak tenaga dan penyeimbangan cas-cas ini >berlaku dalam jangka masa yang agak kurang dari sebelumnya (Zohor dan >Asar). > >Seterusnya timbul persoalan di fikiran beliau tentang mengapa solat Isya >mengandungi empat rakaat. Secara logiknya, kita tidak melakukan banyak >aktiviti pada waktu malam dan tidak memerlukan pengumpulan cas-cas yang >banyak untuk tidur. Setelah kajian beliau lakukan, terdapat hikmah di >sebalik jumlah rakaat ini. Seperti yang sedia kita maklum, kita umat >Islam sangat-sangat digalakkan supaya tidur pada awal waktu malam dan >bangun semula di sepertiga malam untuk menunaikan solat-solat sunat, >terutamanya solat sunat Tahajjud. Malam amalan solat ini menjadi >kewajiban bagi Nabi s.a.w. dan para sahabat-sahabat baginda serta para >alim ulama. Terlalu besar ganjaran dan kelebihan solat Tahajjud ini >(tidak perlu diterangakn di sini). Jadi, dari fakta ini, dapat beliau >simpulkan bahawa, solat Isya (berjamaah) sebanyak empat rakaat dapat >menyediakan penyeimbangan cas-cas dan pengumpulan tenaga yang secukupnya >untuk kita bangun pada waktu sepertiga malam untuk menunaikan solat >Tahajjud dan berqiam menghambakan diri kepada kepada Allah di waktu yang >serba dingin dan sunyi. > >Dalam proses membuat kajian ini, beliau mendapati bahawa Islam adalah >satu agama yang lengkap dan segala amalan dan suruhan Allah Taala >mempunyai hikmah yang tersirat dan tersurat untuk kebaikan umat Islam >itu sendiri. Beliau merasakan betapa besarnya pencipta segala yang ada >di muka bumi ini dan betapa kerdilnya beliau. Pada waktu inilah, beliau >telah diberi hidayah oleh Allah Taala untuk memeluk agama Islam. >Subahanallah. > >"Maha suci Engkau ya Allah, sesungguhnya tidak Engkau jadikan sesuatu >itu sia-sia, maka peliharalah aku dari azab neraka", maksud firman Allah >dalam surah Ali Imran. > >Kesimpulan, hayati dan renungkan untuk kebaikan kita bersama. > >Walahu'alam.