Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Renungan - Kelebihan solat berjamaah dari sudut


Senior

Status: Offline
Posts: 347
Date:
Renungan - Kelebihan solat berjamaah dari sudut


Assalamualaikum


para sahabat dan sahabiah adik beradik sekelian.
>
>Cerita ini saya dengar dari satu kuliah agama yang diceritakan oleh
>seorang ustaz (maaf, terlupa nama ustaz tu). Marilah kita bersama-sama
>renungkan pengajaran daripada cerita ini dan menyingkap sedikit ke dalam
>diri kita tentang sejauh mana kita cuba menuruti perintah agama dalam
>mencari kelebihan dalam setiap amalan kita, terutamanya solat
>(berjamaah).
>
>Diceritakan bahawa seorang profesor dalam bidang fizik di sebuah
>universiti di Amerika Syarikat, telah membuat satu kajian tentang
>mengapa disyariatkan solat berjamaah di dalam Islam dan kelebihan solat
>berjamaah tersebut dalam kehidupan umat Islam. Menurut profesor itu,
>tubuh badan kita (manusia) terdiri daripada dua cas elektrik iaitu cas
>positif dan cas negatif. Dalam perjalanan hidup manusia setiap hari,
>semasa kita bekerja, beriadah atau berehat, kita banyak menggunakan
>tenaga dan dalam proses ini banyak berlaku pertukaran cas-cas positif
>dan negatif yang menyebabkan ketidahseimbangan cas-cas tersebut di dalam
>tubuh badan kita. Ini menyebabkan kita merasa letih dan lesu apabila
>kita selesai menjalankan aktiviti-aktiviti harian kita. Cas-cas ini
>perlu diseimbangkan semula untuk memulihkan tubuh badan kita ke keadaan
>normal supaya kita kembali segar dan dapat menjalankan aktiviti-aktiviti
>lain tanpa gangguan.
>
>Berbalik kepada kaitan solat berjamaah, timbul satu persoalan di minda
>profesor ini mengapa dalam Islam, disyariatkan, malah sehingga ke
>peringkat diwajibkan bersolat secara berjemaah, dan mengapa solat lima
>waktu yang didirikan oleh orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang
>tidak sama ( Zohor - 4 rakaat, Asar - 4 rakaat, Maghrib - 3 rakaat, Isya
>- 4 rakaat, Subuh - 2 rakaat). Dari kacamata beliau, sebagai seorang
>bukan Islam yang mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidang berkaitan,
>beliau lalu menjalankan kajian tentang perkara ini dan mengaitkannya
>dengan aktivit-aktiviti harian kita yang memerlukan pemulihan cas-cas
>positif/negatif tadi.
>
>Pertama sekali beliau mengkaji kaitan jumlah rakaat dengan solat
>berjamaah dan fungsinya dalam pemyeimbangan cas-cas di dalam badan kita.
>Semasa kita melakukan solat berjamaah, kita disyariatkan supaya
>meluruskan dan merapatkan barisan (saf), bahu bertemu bahu dan tumit
>bertemu tumit. Dalam bergeseran tubuh kita dengan tubuh jamaah lain yang
>berada di kira dan kanan kita, tubuh kita mengeluarkan cas-cas yang
>berlebihan dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas yang berlawanan dalam
>tubuh badan rakan kita. Jamaah lain juga akan mengeluarkan cas-cas dari
>tubuh badan mereka dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas-cas yang
>berlawanan dari tubuh badan kita. Dengan ini berlakulah keseimbangan
>cas-cas positif/negatif. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin
>seimbang dan semakin segar tubuh badan kita.
>
>Menurut beliau, dalam kehidupan seharian kita, apabila kita bangun dari
>tidur, badan kita merasa segar dan sihat setelah berihat selama beberapa
>jam (tidur). Dalam keadaan ini, tubuh badan kita mengandungi cas-cas
>positif/negatif yang hampir seimbang. Jadi, apabila kita mendirikan
>solat Subuh berjamaah, kita hanya memerlukan sedikit pertukaran cas-cas
>dari dan ke dalam tubuh badan kita. Sebab itu mengapa solat subuh itu
>hanya dua rakaat.
>
>Seterusnya, setelah seharian kita bekerja bertungkus lumus, membanting
>tulang atau memerah otak, cas-cas ini tidak lagi seimbang dengan
>kehilangan banyak tenaga dari badan kita. Oleh itu kita memerlukan
>pertukaran cas-cas yang banyak dan solat berjamaah memainkan peranan
>untuk memulihkan keseimbangan cas-cas ini. Oleh sebab itu solat Zohor
>(berjamaah) didirikan empat rakaat untuk memberi lebih masa kepada
>pemulihan cas-cas tadi.
>
>Proses yang sama berlaku pada sebelah petang, apabila kita juga
>mengeluarkan banyak tenaga menyambung tugas-tugas kita dan kita
>kehilangan banyak cas-cas ini. Sekali lagi proses penyeimbangan ini
>berlaku apabila kita mengerjakan solat Asar (berjamaah) sebanyak empat
>rakaat.
>
>Selepas waktu Asar, setelah pulang dari kerja atau pada kebiasaannya,
>kita hanya melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak terlalu banyak
>menggunakan tenaga dan masa yang diperuntukan pula tidak terlalu lama.
>Oleh itu tidak terlalu banyak tenaga yang kita keluarkan. Seterusnya
>kita akan pergi ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib (berjamaah),
>banyak tiga rakaat. Pengurangan dalam rakaat ini berlaku kerana kita
>tidak kehilangan terlalu banyak tenaga dan penyeimbangan cas-cas ini
>berlaku dalam jangka masa yang agak kurang dari sebelumnya (Zohor dan
>Asar).
>
>Seterusnya timbul persoalan di fikiran beliau tentang mengapa solat Isya
>mengandungi empat rakaat. Secara logiknya, kita tidak melakukan banyak
>aktiviti pada waktu malam dan tidak memerlukan pengumpulan cas-cas yang
>banyak untuk tidur. Setelah kajian beliau lakukan, terdapat hikmah di
>sebalik jumlah rakaat ini. Seperti yang sedia kita maklum, kita umat
>Islam sangat-sangat digalakkan supaya tidur pada awal waktu malam dan
>bangun semula di sepertiga malam untuk menunaikan solat-solat sunat,
>terutamanya solat sunat Tahajjud. Malam amalan solat ini menjadi
>kewajiban bagi Nabi s.a.w. dan para sahabat-sahabat baginda serta para
>alim ulama. Terlalu besar ganjaran dan kelebihan solat Tahajjud ini
>(tidak perlu diterangakn di sini). Jadi, dari fakta ini, dapat beliau
>simpulkan bahawa, solat Isya (berjamaah) sebanyak empat rakaat dapat
>menyediakan penyeimbangan cas-cas dan pengumpulan tenaga yang secukupnya
>untuk kita bangun pada waktu sepertiga malam untuk menunaikan solat
>Tahajjud dan berqiam menghambakan diri kepada kepada Allah di waktu yang
>serba dingin dan sunyi.
>
>Dalam proses membuat kajian ini, beliau mendapati bahawa Islam adalah
>satu agama yang lengkap dan segala amalan dan suruhan Allah Taala
>mempunyai hikmah yang tersirat dan tersurat untuk kebaikan umat Islam
>itu sendiri. Beliau merasakan betapa besarnya pencipta segala yang ada
>di muka bumi ini dan betapa kerdilnya beliau. Pada waktu inilah, beliau
>telah diberi hidayah oleh Allah Taala untuk memeluk agama Islam.
>Subahanallah.
>
>"Maha suci Engkau ya Allah, sesungguhnya tidak Engkau jadikan sesuatu
>itu sia-sia, maka peliharalah aku dari azab neraka", maksud firman Allah
>dalam surah Ali Imran.
>
>Kesimpulan, hayati dan renungkan untuk kebaikan kita bersama.
>
>Walahu'alam.



__________________
mohd hawarie


Senior

Status: Offline
Posts: 221
Date:

huhhhh berpinau mata silau...


tapi bagus juga info ni... biar berputar mata punnn...



__________________
surah 26. Asy Syu'araa' 214 "Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat"


Senior

Status: Offline
Posts: 347
Date:

salam,


 


 Salam Abang sufian oii.... maaf bebanyak yeaa... kalau berputar bebenor..


  hehehehee:



__________________
mohd hawarie


Senior

Status: Offline
Posts: 368
Date:

waalaikumussalam..


tak pernah terfikir tentang kelebihan ini. Hanya tahu apabila kita solat berjemaah akan mendapat pahala yang lebih sahaja. Terima kasih atas info ini.


///



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

itulah kelebihan berjemaah, spt di dlm perjuangan juga. jika seorang............jika ramai.......




__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 53
Date:

alhamdulillah ...


tambah sikit ilmu hari niii...


 


tima kasih sijantung hati...



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 347
Date:

 


sama-sama farouq36,


amat luas ilmu Allah ini,


sama-sama kita bertukar pendapat apa yang tahu, bukan tukar pendapatan punnnn...


what you give , you will get back



__________________
mohd hawarie
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard