KOTA BHARU 12 Okt. - Anggota tentera, Lans Koperal Tuan Azman Tuan Ludin, 31, yang cedera parah disimbah asid oleh isterinya mengakui tidak dapat menahan sebak apabila melihat wajahnya di cermin dan terpaksa menerima hakikat kecacatan tersebut harus ditanggungnya seumur hidup.
Apa yang paling mengharukan katanya, kecacatan pada wajahnya itu menyebabkan rakan-rakan sekerja juga sukar untuk mengenalinya.
``Saya sedih apabila melihat wajah saya di cermin tetapi dalam masa yang sama saya bersyukur kerana masih mampu berjalan dan melihat walaupun saya sudah tidak seperti dahulu,'' katanya di sini hari ini.
Tuan Azman mengalami penderitaan tersebut kesan akibat disimbah asid oleh Siti Khalifah Sulong, 53, pada 31 Julai lalu, semata-mata kerana melahirkan hasrat untuk berpoligami.
Akibatnya, Tuan Azman yang merupakan jurulatih taekwondo di Kem Pengkalan Chepa di sini cedera parah pada bahagian muka dan badan.
Tuan Azman terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian bagi menjalani proses penampalan kulit.
Selepas kira-kira dua bulan ditahan di wad, Tuan Azman akhirnya dibenarkan keluar dari hospital petang semalam.
Peristiwa itu menyebabkan Siti Khalifah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada 30 Ogos lalu mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana melakukan kecederaan parah.
Wanita itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Tuan Azman berkahwin dengan Siti Khalifah yang merupakan seorang janda beranak sembilan ketika berumur 18 tahun dan dikurniakan seorang anak perempuan, Norsafida yang kini berusia 10 tahun.
Menurut Tuan Azman, akibat perbuatan isterinya itu, mata kirinya kini kabur serta sepet sebelah. Bibirnya juga tidak boleh ditutup rapat selain kesan parut pada muka dan badan yang sukar untuk dipulihkan.
Tuan Azman memberitahu, pada masa ini dia terpaksa bergerak seperti robot disebabkan kepalanya masih tidak dapat dipusingkan kerana ketegangan kulit.
Dia juga mengakui terasa pedih pada bahagian muka setiap kali ingin membuka mulut untuk makan.
Mengenangkan kecacatan dan penderitaan itu kata Tuan Azman, dia tetap dengan keputusannya untuk menceraikan Siti Khalifah dan meneruskan hasrat berkahwin dengan gadis impiannya, Normasalina Mohd. Noor, 22.
``Apabila keadaan saya sudah baik, saya akan menguruskan penceraian saya di Mahkamah Syariah dan mengaturkan perkahwinan saya dengan Normasalina. Lagipun keluarga saya sudah pun menemui ibu bapa bakal isteri saya itu,'' katanya.
ELOK2 HIDUP BERSAMA TERUS KENE CERAI... BERPOLIGAMI NI TAK SEMESTINYA RACUN DAN PEDIH... ADA KELEBIHANNYA JUGA... KENE TANYA SI SUAMI DULU MENGAPA PERLU BERPOLIGAMI... BUKAN MAIN SIMBAH ASID..
mmg brutal siot ler makcik nih....bukan aper dia nak lawan suami dia mesti pikiaq 2-3 kali...jurulatih taekwando tu bukan calang2,silap haribulan kena back hand...tu yg main simbah2 tu...tak kata ke dia laaa..pompuan semua mmg tak mo bermadu cumer tindakan makcik nih...dah over tahap cipan....dari laki dia suka pasni teruih meluat ..takpun takut balik teruih...aperra...makcik ...byk sabo lerrrr...pompuan kan terkenang ngan kesaboran nyerrr...kalo tak takler di suruh mengandung 9 bulan...sabo tahap cipan tu.....
__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice
Cerita dari pihak lelaki jer yang kuar paper...cuba dengar citer dari pihak perempuan...baru dikatakan adil...
Dia ni mesti ada gak salah sikit atau banyak...Kalau kena gayanya madu itu manis...Orang dulu2 kahwin empat, rumah sepanjang sungai jer...baik jer bertegur sapa...
Masalah zaman sekarang ni perempuan dah ramai, lelaki tak ramai...perempuan ramai educated banding dengan lelaki dari segi amaun...
ramai la yang jadi andartu n tak kahwin2...ada hikmah lelaki diberi kuota sampai 4 tapi kena la ikut kemampuan zahir dan batin bukan batin sahaja...
-- Edited by Rakoz at 22:02, 2005-11-01
__________________
Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.
Surah Al-Anfaal. Ayat 2
hmm..pelik2..manusia kan ada akal dan fikiran..kenapa tak gunakannya malah lebih rela mengikutkan nafsu??manusia2..inilah kelemahan mereka dizaman yg moden ni..sentiasa mengikut perasaan dan khabar angin..tak menafikan mmg byk khabar angin yg akan berlaku jika seseorang itu mempunyai PHD dan sanggup merosakkan rumahtangga orang..tapi ape2pun si isteri tersebut mmg tak patut lakukan sebegitu..derhaka namanya..masuk neraka jika menderhaka pada suami sendiri..kita yg ada ni patut menjadikan cerita sebegini sebagai pengajaran bagi kita..
perkara sebegini sepatutnya dibawa berbincang..dan jika tidak pun tanya elok2 mengapa berpoligami..tidak perlu kita mengambil asid dan simbahkan..
Madu itu bagus.. tapi bermadu itu susahle sikit.. mana ada pompuan nak kongsi kasih.. tetapi kekadang.. ia terjadi tanpa di undang.. sang isteri tak boleh le.. ikut rasa.. nanti binasa.. ikut hati nanti mati.. Orang lelaki adalah normal klau nak menikah lebih dari satu.. pasai tu dibenarkan.. tapi.. org lelaki kenalah belajar2.... contohnya...
Menghindari pertikaian. Setiap pihak perlu mempunyai sifat saling hormat-menghormati, saling menyayangi, ikhlas, bertanggungjawab dan semua pihak sanggup mengalah supaya suasana rumah tangga harmoni. Suami sebaiknya menjadi pemimpin (role model) kepada isteri dan anak.
Menyesuaikan diri dengan pasangan – suami mestilah dapat menyiapkan mental dan fikiran yang sesuai dengan tahap umur isteri-isterinya dan suasana kehidupan perkahwinan yang baru.
Suami harus pandai dan bijak membahagikan masa, menyesuaikan diri dan memahami kehendak dan keperluan isteri-isterinya.
“Kesimpulannya, adalah penting bagi masyarakat Islam memahami konsep berpoligami dengan baik agar ianya dapat memberikan kesan yang positif dari segi pembangunan keluarga sakinah dan masyarakat Islam yang cemerlang,”
x
Bagi yg nak kahwin cara senyap2... he..he..he.. ini panduannya.
In Songkhla, there are 25 kadis and their deputies who have been given tauliah (authority); in Yala, there are four. The lists (of authorised kadis) have been given to the Perlis Islamic Council.” A marriage by an authorised kadi would cost a fixed rate of 3,000baht (RM300), of which a registration fee of 1,400baht (RM140) would be handed to the province Islamic Committee,. hehehe.. mampus aku kaum hawa cari nanti....