Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Wajarkah ini boleh berlaku pada manusia...?


Senior

Status: Offline
Posts: 114
Date:
Wajarkah ini boleh berlaku pada manusia...?


Kes adik beradik bersekedudukan 22 tahun

Oleh: RADHUAN HUSSAIN


TEMERLOH 12 Okt. - Mahkamah Tinggi Syariah di sini mengeluarkan waran tangkap terhadap dua daripada empat saksi utama yang gagal hadir perbicaraan kes seorang lelaki berusia 47 tahun dan kakak kandungnya berusia 52 tahun yang didakwa bersekedudukan sejak 22 tahun lalu sehingga melahirkan enam orang anak.


Dua saksi yang dikenakan waran tangkap itu ialah bapa kandung mereka dan seorang saudara perempuan pasangan itu.


Sementara dua lagi saksi utama ialah dua anak perempuan pasangan terbabit berumur 18 dan 16 tahun. Kedua-duanya bagaimanapun tidak dikenakan waran tangkap oleh mahkamah.


Berikutan ketidak hadiran empat saksi utama itu, Hakim Syarie Abdul Rahman Md. Yunus turut memutuskan perbicaraan kes tersebut ditangguhkan kepada 21 dan 22 Disember depan.


Sebelum itu, Ketua Pendakwa, Abdul Rahim Jaafar memohon mahkamah supaya mengeluarkan waran tangkap kepada empat saksi utama dan menangguhkan perbicaraan disebabkan mereka gagal menghadiri perbicaraan hari ini.


Katanya, walaupun enam lagi saksi pendakwa hadir di mahkamah hari ini, perbicaraan tidak boleh dijalankan kerana empat saksi utama tidak hadir walaupun sapina sudah dihantar kepada mereka.


Permohonan Abdul Rahim bagaimanapun mendapat bantahan peguam syarie, Sazali Abdul Aziz dari Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam yang mewakili pasangan adik beradik itu.


Menurut Sazali, perbicaraan perlu diteruskan kerana enam saksi pendakwa lain hadir.


Sazali juga membantah waran tangkap dikenakan ke atas bapa dan dua anak perempuan pasangan itu atas alasan bapanya demam manakala sapina kepada dua anak pasangan terbabit tidak dapat disempurnakan.


Berdasarkan laporan, pada 26 Januari 2005, Unit Penguat Kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh menerima maklumat terdapat sepasang adik beradik yang hubungan mereka mahram telah bersekedudukan hingga melahirkan beberapa orang anak.


Berikutan itu, kira-kira pukul 11.25 malam pada tarikh yang sama, sepasukan penguat kuasa diketuai Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Muhammad Yusri membuat pemeriksaan ke atas sebuah rumah di Taman Tualang Indah Mentakab dan pasangan adik beradik itu ditemui di dalam rumah tersebut.


Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 147 (1) (2) dan (3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (pindaan 1987) yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-dua sekali dan sebatan tidak melebihi enam rotan.


Sementara pasangan perempuan yang juga kakak kandung lelaki terbabit didakwa mengikut Seksyen 147(3) enakmen yang sama dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM2,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-dua sekali.



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 368
Date:

na'uzubillahiminzaliq..


apa nak jadi dengan manusia hari ini?!!!! patut dikenakan dengan hukuman yang paling berat.



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 20
Date:

khir wrote:


na'uzubillahiminzaliq.. apa nak jadi dengan manusia hari ini?!!!! patut dikenakan dengan hukuman yang paling berat.


hanya haiwan saja yg boleh melakukan semua ini...


nanti kita kata dia macam haiwan dia nak marah...


 



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 338
Date:

Baru satu kes yg pihak berkuasa dan media nampak ! yg tak nampak punya ? ishhh... susah mau cite ini dunia sikalang.

__________________
Setulang Daing Bukit Rambai Melaka.


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

Apa punya manusia macam ni...Haiwan pun buat mcm tu sbb haiwan tak dak akal...tapi manusia...


__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 368
Date:

tongkat30 wrote:


Apa punya manusia macam ni...Haiwan pun buat mcm tu sbb haiwan tak dak akal...tapi manusia...

tapi manusia jenis ini memang takde akal. Hanya ada nafsu serakah semata-mata

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 174
Date:

inilah akibat hidup bertuhankan nafsu...

__________________
Ahli Jemaah Dungun TRG
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard