Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Abdullah mahu negara Islam bangunkan modal manusia


Senior

Status: Offline
Posts: 114
Date:
Abdullah mahu negara Islam bangunkan modal manusia


Abdullah mahu negara Islam bangunkan modal manusia

PETALING JAYA 1 Okt. - Negara-negara Islam mesti memastikan pembangunan kapasiti, terutama usaha untuk membangunkan modal manusia, disepadukan sepenuhnya dengan inisiatif pembangunan ekonomi dan sosial, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.


Mereka juga mesti terus mengeratkan kerjasama menerusi perdagangan dan aliran modal sesama mereka, katanya.


``Kita sudah pun mula menyatukan tenaga dan sumber dalam membangunkan perniagaan dalam OIC (Pertubuhan Persidangan Islam),'' katanya dalam program cenderamata Forum Ekonomi Dunia Islam (WIEF).


Tanggungjawabnya terletak kepada umat Islam untuk bekerja bersama-sama ke arah peningkatan ummah, katanya Abdullah yang juga Pengerusi ke-10 Sidang Kemuncak OIC.


Abdullah tidak yakin masa depan ekonomi untuk dunia Islam terus suram kerana negara-negara Islam memiliki banyak kelebihan yang boleh digunakan untuk manfaat sendiri.


Abdullah berkata negara-negara Islam memiliki sumber semula jadi yang sangat luas yang secara kolektifnya dihuni kira-kira satu per empat daripada jumlah penduduk dunia.


Semakin ramai umat Islam diperakui pakar teknikal dalam bidang masing-masing, katanya.


``Kita memiliki kaedah dan peralatan untuk melaksanakan potensi dan kreativiti kita,'' kata Abdullah.


Oleh itu amat mengecewakan apabila melihat banyak negara Islam yang masih dibelenggu masalah asas seperti kemiskinan, perbezaan pendapatan yang ketara dan buta huruf, kata Perdana Menteri.


``Kecuali dan sehinggalah kita dapat tangani isu-isu ini, kita akan terus ketinggalan,'' katanya.


Abdullah berharap WIEF akan berjaya sebagai sebuah platform yang membolehkan rantaian diwujudkan, idea boleh dibincang dan tindakan konkrit boleh dilaksanakan. Forum tiga hari itu bermula hari ini dan Abdullah dijadual menyampaikan ucaptama pada majlis penutupan Isnin ini. - Bernama



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard