Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Dunia Islam bersatu mampu jadi kuasa kuat


Senior

Status: Offline
Posts: 114
Date:
Dunia Islam bersatu mampu jadi kuasa kuat


Dunia Islam bersatu mampu jadi kuasa kuat

PETALING JAYA 1 Okt. - Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar menegaskan dunia Islam yang bersatu mampu menjadi satu kuasa yang kuat dan berpengaruh ke arah mewujudkan keadilan dan keamanan.


Katanya, namun demikian sebelum membolehkan perkara ini dicapai, masih banyak perkara yang perlu dilakukan.


``Contohnya, banyak negara Islam gagal menggunakan sumber mereka ke arah pencapaian ekonomi walaupun memiliki kawasan satu per lima keluasan dunia, menyediakan 70 peratus daripada tenaga dunia dan menyumbang 40 peratus eksport bahan mentah,'' katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Perasmian Forum Ekonomi Dunia Islam yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Pakistan, Shaukat Aziz di sini hari ini.


Forum selama tiga hari itu disertai kira-kira 400 peserta dari 40 buah negara yang kebanyakannya terdiri daripada ahli perniagaan dan tokoh korporat.


Ia dianjurkan secara bersama antara Kementerian Luar, Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI), Pusat Pembangunan Perdagangan Islam dan Dewan Perniagaan dan Industri Islam.


Menurut Syed Hamid, penyelesaian kepada masalah itu terletak pada tindakan secara kolektif bagi membina infrastruktur ekonomi untuk mengurangkan masalah masing-masing.


``Pelaburan sesama negara-negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) juga dalam hal ini amat perlu kerana mereka menyediakan potensi yang luas kepada para pelabur,'' jelasnya.



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 114
Date:

Pemimpin dinamik perbaharui ilmu Islam
PETALING JAYA 1 Okt. - Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah mahu masyarakat Islam memiliki semangat baru iaitu sifat ingin tahu dan terbuka.

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard