Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Singgah Sahur kongsi hidup mangsa tragedi


Member

Status: Offline
Posts: 20
Date:
Singgah Sahur kongsi hidup mangsa tragedi


Singgah Sahur kongsi hidup mangsa tragedi Oleh Serimah Mohd Sallehuddin


BERSEMANGAT: Ally Iskandar (kiri) dan Abdul Aziz yang
menerajui program Singgah Sahur.


SINGGAH Sahur cetusan idea Ketua Pegawai Eksekutif TV3, Datuk Farid Ridzuan, antara kempen Sentuhan Ikhlas yang dilancarkan sepanjang Ramadan untuk mendekati kumpulan dan individu terpilih bersahur.
 
Episod pertama lalu memaparkan kehidupan mangsa tsunami di Kota Kuala Muda, Kedah. Jika dalam program realiti amal lain, lazimnya hanya personaliti TV3 terbabit, tetapi dalam program ini pihak atasan TV3 turut menyertainya.

Seperti episod pertama, Farid turun padang melawat mangsa tsunami di penempatan transit mereka serta bersama menunaikan solat subuh.

Abdul Aziz berkata, 10 krew Singgah Sahur hanya mempunyai antara tiga hingga empat hari untuk menyiapkan dua episod rancangan itu yang ke udara pada Jumaat malam Sabtu, jam 12.40 pagi dan Sabtu malam Ahad, jam 12.35 pagi.

“Oleh kerana mahu program ini nampak semula jadi kami tidak memberitahu responden waktu kunjungan ke rumah atau premis. Mereka hanya diberitahu sehari atau petang sebelum krew ke sana.

“Responden pula dipilih berdasarkan tragedi menimpa mereka yang mendapat liputan program terbitan TV3 seperti Buletin Utama dan Malaysia Hari Ini. Matlamat kami mahu memaparkan kehidupan mangsa selepas tragedi itu,” katanya.

Aziz percaya program ini mampu menarik penonton biar pun disiarkan selepas tengah malam kerana pada hujung minggu kebanyakan orang tidak bekerja.

“Pemilihan waktu rasanya paling sesuai kerana tidak terlalu lewat. Kalau kita pilih jam 3 pagi mungkin penonton sudah tidur.

“Kami perlu melakukan sesuatu yang berbeza kerana sebagai stesen televisyen kami bertanggungjawab tampil dengan idea baru.

“Ketika berkunjung ke rumah sesebuah keluarga, kami bawa makanan bersahur kerana tidak mahu menyusahkan mereka.

“Dalam program ini juga kami bertemu mereka yang mencari rezeki pada waktu malam seperti pemandu teksi atau pekerja tol untuk memberi sedikit kegembiraan kepada mereka,” katanya.

Ally Iskandar pula berkata, walaupun program ini tampak ringan, tidak menafikan Singgah Sahur mencabar terutama untuk membuatkan penonton terus setia menonton program ini hingga ke episod akhir.

“Kalau kami paparkan responden yang kehilangan keluarga dan harta, kami perlu tampil dengan sesuatu yang berbeza supaya tidak terus menyiarkan modal yang sama.

“Biasanya ia membabitkan kreativiti penerbit, krew dan pengacara supaya program ini memberi kesan.

“Kami ke sana bukan hendak suruh orang menangis tetapi TV3 cuba membawa apa yang kami rasa baik kepada penonton. Bibit-bibit yang berlaku dalam program ini susah untuk dilakonkan. Ketika penggambaran kami rakamkan apa saja yang dilakukan responden dan ternyata ia berjaya menimbulkan sesuatu yang lebih natural.

“Contohnya, keluarga Zulkifli yang kehilangan lima anak dalam tragedi tsunami. Selepas 10 bulan peristiwa itu berlaku mungkin penonton ingin tahu apa yang dilalui keluarganya. Penonton dapat melihat perasaan Zulkifli ketika ini yang langsung tidak boleh melihat laut, sungai mahupun air terjun kerana masih trauma dengan tragedi itu,” katanya.

Fakta:


  • Singgah Sahur ke udara pada Jumaat malam Sabtu, jam 12.40 pagi dan Sabtu malam Ahad jam 12.35 pagi.


  • -- Edited by abuhanifah30 at 17:58, 2005-10-22

    __________________


    Senior

    Status: Offline
    Posts: 156
    Date:

    program media sebegini harus kita sokong dan beri penghormatan sebagai sebuah Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islam Malaysia.


    Saya saran Kanda Mas antar surat kenyataan sokongan kpd tv3 .



    __________________


    Guru

    Status: Offline
    Posts: 890
    Date:


    abuhanifah30 wrote:

    program media sebegini harus kita sokong dan beri penghormatan sebagai sebuah Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islam Malaysia.
    Saya saran Kanda Mas antar surat kenyataan sokongan kpd tv3 .




    hmm...baguih cadangan abu hanifah...tapi saya kalau sahur ni susah sikit...kadang2 tak sahur...tapi puasa mcm sakit sikit la sbb tak sahur...

    __________________
    Page 1 of 1  sorted by
     
    Quick Reply

    Please log in to post quick replies.

    Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


    Create your own FREE Forum
    Report Abuse
    Powered by ActiveBoard