Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: ni satu lagi kes pelik!!


Senior

Status: Offline
Posts: 425
Date:
ni satu lagi kes pelik!!


Kes adik beradik bersekedudukan 22 tahun
Oleh: RADHUAN HUSSAIN

TEMERLOH 12 Okt. - Mahkamah Tinggi Syariah di sini mengeluarkan waran tangkap terhadap dua daripada empat saksi utama yang gagal hadir perbicaraan kes seorang lelaki berusia 47 tahun dan kakak kandungnya berusia 52 tahun yang didakwa bersekedudukan sejak 22 tahun lalu sehingga melahirkan enam orang anak.

Dua saksi yang dikenakan waran tangkap itu ialah bapa kandung mereka dan seorang saudara perempuan pasangan itu.

Sementara dua lagi saksi utama ialah dua anak perempuan pasangan terbabit berumur 18 dan 16 tahun. Kedua-duanya bagaimanapun tidak dikenakan waran tangkap oleh mahkamah.

Berikutan ketidak hadiran empat saksi utama itu, Hakim Syarie Abdul Rahman Md. Yunus turut memutuskan perbicaraan kes tersebut ditangguhkan kepada 21 dan 22 Disember depan.

Sebelum itu, Ketua Pendakwa, Abdul Rahim Jaafar memohon mahkamah supaya mengeluarkan waran tangkap kepada empat saksi utama dan menangguhkan perbicaraan disebabkan mereka gagal menghadiri perbicaraan hari ini.

Katanya, walaupun enam lagi saksi pendakwa hadir di mahkamah hari ini, perbicaraan tidak boleh dijalankan kerana empat saksi utama tidak hadir walaupun sapina sudah dihantar kepada mereka.

Permohonan Abdul Rahim bagaimanapun mendapat bantahan peguam syarie, Sazali Abdul Aziz dari Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam yang mewakili pasangan adik beradik itu.

Menurut Sazali, perbicaraan perlu diteruskan kerana enam saksi pendakwa lain hadir.

Sazali juga membantah waran tangkap dikenakan ke atas bapa dan dua anak perempuan pasangan itu atas alasan bapanya demam manakala sapina kepada dua anak pasangan terbabit tidak dapat disempurnakan.

Berdasarkan laporan, pada 26 Januari 2005, Unit Penguat Kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh menerima maklumat terdapat sepasang adik beradik yang hubungan mereka mahram telah bersekedudukan hingga melahirkan beberapa orang anak.

Berikutan itu, kira-kira pukul 11.25 malam pada tarikh yang sama, sepasukan penguat kuasa diketuai Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Muhammad Yusri membuat pemeriksaan ke atas sebuah rumah di Taman Tualang Indah Mentakab dan pasangan adik beradik itu ditemui di dalam rumah tersebut.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 147 (1) (2) dan (3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (pindaan 1987) yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-dua sekali dan sebatan tidak melebihi enam rotan.

Sementara pasangan perempuan yang juga kakak kandung lelaki terbabit didakwa mengikut Seksyen 147(3) enakmen yang sama dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM2,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-dua sekali.





__________________
|||BATU|||


Senior

Status: Offline
Posts: 241
Date:

Masyaallah...


apa lah nak jadi dengan orang zaman sekarang ni...



__________________
..."Bersatu Aman Sejagat"...


Veteran

Status: Offline
Posts: 35
Date:

Memang pelik biasalah dah akhir zaman segala yang pelik dah muncul......
so jadikan semua ini satu pengajaran supaya x terjadi kepada saudara mara kita semua....
Pelik.... Memang pelik......

__________________

Got something to advertise?
Come on get me..... I`ve got many hosting & template for ASP.Net
try your luck!



Senior

Status: Offline
Posts: 368
Date:

bila nafsu dah menguasai akal... syaitan pun bersorak riang.

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 345
Date:

Inilah yg dikatakan umat akhir zaman

__________________
nor mazwan bin mazlan


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

masya allah.........................



nak jadi binatang kot............



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 174
Date:

hidup bertuhankan nafsu...inilah jadinya...

__________________
Ahli Jemaah Dungun TRG


Guru

Status: Offline
Posts: 511
Date:

Tak tahu nak cakap laa yang tua-tua pun masih tak tahu nak guan akal fikiran apatah lagi nak bimbing yang muda-muda... "Panduan" dah ada tapi tolak tepi, lepas tu mulalah sesat...

__________________
Zee


Senior

Status: Offline
Posts: 467
Date:

manusia mudah lupa akan azab yg akan timpa pada diri mereka..manusia juga mudah lupe yg jika manusia membuat maksiat syaitan akan bergelak riang sedangkan manusia sedang masuk ke jalan yg sesat dan gelap..begitu juga dgn nafsu..mereka sanggup lakukan apa saja dan dgn sape saja kerana nafsu..inilah hidup bertuhankan nafsu..masyaallah..insaflah sebelum semua ini terlambat..

__________________
ManusiA DianugerahKan Akal Dan FikiRaN
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard