Tak lama dulu ada seorang melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi tu
dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina yang menjual ketam.
Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka? Cina: Ada...ada...lu mau ketam cina ka ketam melayu?
Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana
ketam melayu, mana ketam cina? Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup...ketam cina......sana dalam bekas tak ada tutup...ketam melayu la...
Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup...ketam melayu apek tak kasi tutup? Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar...yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.
Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka? Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi...jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar...yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.
Begitulah cerita ketam melayu dengan ketam cina. Hakikatnya, jika orang cina berniaga....cina lain tak kacau...dia tengok aje dan belajar macam mana boleh berjaya. Cina dah berjaya tu pulak, akan ajar cina lain agar berjaya jugak. Kalau orang melayu, bila satu melayu nak berjaya, melayu lain akan guna apa saja supaya melayu tu jatuh balik. Macam ketam melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last sorang pun tak dapat naik . Lepas tu mulala bergaduh sesama sendiri. Itulah hakikat sebenar sekarang ini. sebab tu melayu tak maju ....Nak maju kenalah ubah nasib kita ini supaya lebih competitive. Bukan semuanak kena 'spoon feed'. Mesti tunjuk usaha (EFFORT) yang betul. Otherwise , kita semua akan jadi bahan sejarah. Bak kata Karam Singh Walia ...'Ke langit tak cecah ke bumi tak sampai '
walaupun dah banyak kali diutarakan namun ramai yang buat tidak peduli... malah makin menjadi-jadi...
begitu lah adanya. apa pun, bagus jugak di keluarkan selalu sebagai peringatan semua. sekali keluar, mengurang sedikit hasad dengki tu sekejap pun jadilahhh...
kita kena ada niat yg betul baru boleh maju walau ape pun kerja yg kita lakukan..jgn kita mempunyai hasad dengki..jika kita tidak mengubah semua ini..siapa lagi akan ubah??kita sendiri kena renung2kan..yg penting niat mesti kena ada..
khir wrote: walaupun dakwah berterusan sekalipun, tapi jika yang mendengarnya tidak mahu mengambil ikhtibar maka dakwah itu akan menjadi sia-sia.. setuju ngan bro khir...
saya setuju sangat... so berdakwah hanya pada yang mahu saje laaa...
Ketam melayu dan ketam cina memang selalu diutarakan, tapi kenapa melayu masih tak berubah. mengapa melayu masih ramai yang hanyut dan ketinggalan, terutama anak2 muda. Kita harus ikut contoh cerita ketam bukan sekadar membaca saja. marilah kita bantu bangsa kita untuk maju dalam semua bidang.
Assalamualaikum wbt...Cerita KETAM ni ada messagenya, elok juga dipanjang-panjangkan. Mudah-mudahan timbul kesedaran dalam diri kita dan bertindak segera. Yang perlu dilakukan segera adalah tindakan dan perlaksanaan. Satu hati dan elakkan percanggahan. Kita bukan nak berperang, tapi kita bersaing menandingi mereka. 'BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH'.
Di sini adalah sedikit petikan dari buku 'MENGAPA SAYA MENGGABUNGKAN DIRI DALAM HARAKAH ISLAMIYAH', harap dapat sama-sama kita manafaatkan.
Sebenarnya penggabungan diri ke dalam Harakah Islamiah bererti seseorang itu mestilah mengorbankan seluruh kekuatan dan kemampuannya untuk JAMAAH, menyerahkan kepentingan diri untuk kepentingan jamaah, bukan sebaliknya. Inilah yang menambatkan AMAL DENGAN NIAT (seseorang). Intima' atau penggabungan dengan Harakah Islamiah adalah intima' dengan seluruh ruang lingkup gerak kerjanya. Oleh yang demikian tidak dapat tidak seseorang yang bergabung dengan Harakah Islamiah mestilah membersihkan (menyucikan) dan memurnikan diri dan jiwa mereka dari segala kepentingan yang rendah. Rasulullah s.a.w bersabda:
Yang bermaksud:
Sesungguhnya amalan-amalan itu hanya (dikira) dengan niat. Sesungguhnya (ganjaran) bagi setiap orang itu (diberi) berdasarkan apa yang ia niatkan. Malah sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya maka (balasan) hijrahnya (ialah pahala kerana) Allah dan Rasul-Nya dan sesiapa yang hijrahnya untuk dunia yang diingininya atau kerana wanita yang ingin dikahwininya maka (balasan) hijrahnya itu ialah mengikut apa yang dia niatkan.
(Muttafaqun Alaih).
2. Penggabungan Untuk Masa Depan.
Satu lagi perkara yang sepatutnya wujud di dalam penggabungan seseorang di dalam Harakah Islamiah ialah penggabungan masa depannya bersama masa depan jamaah dengan makna masa depannya (senang susahnya) mestilah terikat dengan jamaah dalam bentuk dan apa keadaan sekalipun.
Penggabungan tersebut mestilah tidak terikat atau terhenti dengan berakhirnya marhalah tertentu atau penggabungan dalam suasana tertentu, kemudian berhenti setelah berakhirnya suasana tersebut.
Penggabungan dengan jamaah juga mestilah tidak terbatas kepada zaman muda belia dan bujang sahaja, lalu berhenti setelah meningkat dewasa dan berumah-tangga.
Penggabungan ini juga mestilah tidak terbatas dalam keadaan kemiskinan, kesusahan dan kesempitan kemudian menghilang diri setelah kaya-raya dalam kehidupan dan kelapangan.
Penggabungan ini juga bukanlah terbatas di waktu keadaan aman damai, kemudian menghilang apabila ditimpa bala dan ujian.
Sebenarnya penggabungan ini mestilah penggabungan yang bersifat kekal abadi, tidak bercerai-berai, tidak berundur ke belakang dan tidak cabut lari sehingga ia kembali menemui Tuhannya dalam keadaan ia menggabungkan diri dengan Harakah Islamiah. Inilah yang dilakukan oleh para Salafussoleh bahkan inilah yang ditegaskan oleh sebahagian ayat-ayat suci Al-Quran.