Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Mati pun nak kelentong lagi..


Senior

Status: Offline
Posts: 368
Date:
Mati pun nak kelentong lagi..


 Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama Hj.Teepo.
Apa
saja nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan
Hj.Teepo
adalah sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam
bisnes. 
 
Sahamnya berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah beribu hektar, pun
hasil tipu. Wang beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya
memberikan kaunseling agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak
dihiraukannya. 
 
Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam
(orang
belanja of course), exercise tarak, satu hari Hj.Teepo disahkan oleh
doktor mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa
sebulan. Maka teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia
ini,
tambah pula mengenangkan segala aktivitinya selama ini. 
 
Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. kain yang dah
buruk,
koyak pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa
kemewahan
didunia ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat," jelas
Hj.Teepo dengan genangan air mata "Kenapa begitu bang?" tanya
isterinya.
"Saja aku nak merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi. 
 
Isterinya terdiam, tapi hatinya berbisik, "Syukurlah, walau dah
agak
terlambat, ada juga kesedaran dan keinsafan dihati suamiku." 
 
Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul,
Hj.Teepo berbaring dikamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan
terkoyak
sana sini telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, siisteri
menghampiri Hj.Teepo. 
"Bang", bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abang
meninggalkan kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan
kain
yang dah buruk. Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah
abang
telah insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?" 
 
Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, "Baiklah,
mari
rapat kepadaku" Isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan
nada yang sedih Hj.Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu, terlalu
banyak
dosa yang I lakukan selama ini. Berapa ramai orang yang dah I
kelentong.
Jadi cukuplah kemewahan yang I rasakan.Biarlah I dikebumikan dengan
kain
buruk saja." Isterinya masih ragu-ragu. 
"Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan
berkain
kapan yang buruk begitu?" tanyanya lagi. 
 
"Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk,
nanti
Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga
akan
fikir abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi
selamatlah abang...." 
 
"Astaghfirullah hal 'aziiiiiiiiiim" isteri Hj.Teepo terus
terlentang
kerana terkejut berok dengan penjelasan suaminya. 
 
P/S: Mati pun nak kelentong. Ambik le iktibar....

__________________


Ahli Baru

Status: Offline
Posts: 2
Date:

wakakakaka... lawok~!!! :P

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

Mati pun nak kelentong malaikat...

__________________


Mahaguru

Status: Offline
Posts: 1097
Date:

heheh...


macam2 ada la ni...



__________________
[ I|I BERSATU I|I AMAN I|I SEJAGAT I|I ]


Senior

Status: Offline
Posts: 149
Date:

memang kaki kelentong betull..ahahahahaha

__________________
Zee


Senior

Status: Offline
Posts: 467
Date:

aik..cam tu pun bleh ee??apa la hj.teepo nie..tak insaf2..keje mengelentong jer..



__________________
ManusiA DianugerahKan Akal Dan FikiRaN


Senior

Status: Offline
Posts: 350
Date:

kelentong kuat la

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

kelengtong tak leh, rasuah boleh.................


rasuah ngan amalan dan zikir...............baru selamat




__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 492
Date:

ingat leh lepas kot

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 70
Date:

ceh nama dia pun tuan Haji Shukar Teepo


__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 393
Date:

wakaka...

__________________
PEJUANGKAN APE YANG PERLU DIPERJUANGKAN...///


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:



__________________
alllang


Veteran

Status: Offline
Posts: 46
Date:

hahahahah.memang kaki tipu la.

__________________
tiada halangan untuk menuju ke tangga kejayaan.


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:



__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard