Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: GAMBAR MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN ANAK YATIM PEKIDA WILAYAH


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:
GAMBAR MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN ANAK YATIM PEKIDA WILAYAH


Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerana majlis telah berjalan dengan tenang dan lancar.


Setinggi tinggi tahniah ke atas YB Dato Presiden, yang juga selaku Pengerusi Masjid Keramat serta Kekanda Gleme, Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan.


Turut Hadir dan menyampaikan ucapan dalam Majlis itu ialah YB Dato Hj Astaman, Pengarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, serta beberapa ayahanda Penasihat dan Abang Long Penyelia Pekida Malaysia.


Berita Penuh akan di sampaikan oleh kanda Zack Bikers sebentar lagi.


 


Gambar kenangan di alamat


www.pekida.org/sumbangan.htm


 



__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Senior

Status: Offline
Posts: 345
Date:

Alhamdulillah.Di bulan Ramadhan yg penuh dengan keberkatan ini di atas

keperihatinan dan juga tangggungjawab kita sebagai umat islam memang

wajarlah program seperti ini diadakan bagi meringankan beban anak2

yatim.Sesungguhnya Allah itu melihat apa yg kita kerjakan.Rasulullah s.a.w

sendiri menghabiskan harta yg ada pada dirinya untuk bersedekah.Apabila tiba

Ramadhan baginda memperbanyakkan lagi sedekah.Baginda tidak melepaskan

tangan yg meminta dgn tangan kosong.Insyallah segala `amalan kita diberkati

oleh Allah s.w.t

__________________
nor mazwan bin mazlan


Veteran

Status: Offline
Posts: 33
Date:

ya lah, kalau aktiviti sebaik ini kita beritakan berulang ulang, tentu tak ada sebab orang nak marah pada kita. Kalau ada pun yg nak mengata, pendengar akan pelan pelan menimbang, betul org yg mengata atau betul org yg di kata...


 


tahniah Pekida, tahniah Dato Presiden, Tahniah Kanda Gleme, Tahniah R&D... terima kasih kerana usaha kalian semua.


p/s: adik beradik sekelian tumpang gembira.



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 368
Date:

alhamdulillah... syukur ke hadratNya..

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 22
Date:

khir wrote:


alhamdulillah... syukur ke hadratNya..



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 742
Date:

Alhamdulillah pada 16 Oktober 2005 bersamaan hari Ahad pada jam 5 petang selepas solat Asar, telah berlangsung Majlis Penyampaian Derma untuk Anak-anak Yatim dan Ibu Tunggal Kariah Masjid Al-Akram Dato Keramat. Majlis yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) melalui Pekida Wilayah Persekutuan itu telah di sempurnakan oleh ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Astaman Abdul Aziz. Turut menyampaikan sumbangan dan ucapan ialah Presiden Pekida sendiri iaitu Senator Dato Dr. Hj. Fuad Hj Ahmad yang bertindak sebagai pengerusi Masjid Al-Akram. Bersama-sama mengiringi ialah Ayahanda Paduka Hj. Abd. Malek bin Ranting, Tuan Hj. Che Mat Che Ali Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kekanda Dr. Masjuki, Kekanda Hatta, Kekanda Glamey, serta adik-adik RND Pekida Pusat.


Setiap anak-anak yatim menerima buku simpanan bank dengan sejumlah wang serta makanan. Ini adalah bagi memupuk semangat menabung. Pekida juga turut menyampaikan sumbangan khas bagi ahli-ahli Pekida di mana salah seorang penerima merupakan anak allahyarham Ismail Din yang baru meninggal dunia baru-baru ini. Para ibu tunggal juga turut tidak dilupakan bagi menerima sumbangan.


Program seumpama ini yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) amat bermakna dan sejajar dengan tanggungjawab Pekida sebagai NGO prihatin dan sentiasa menjaga kebajikan kaum Melayu dan umat Islam khasnya. Tahniah kepada Presiden Pekida Dato Dr. Hj. Fuad Hj Ahmad dan individu-individu yang terlibat dalam usaha murni ini.


 


Zackbikers



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 221
Date:

Inilah trend aktiviti ramadhan yang harus di contohi...


bukan kumpul sahabat handai berlonggok kat hotel... buffet sana buffet sini buka posa... pas tu dok sembang berjam jam... lupa solat, lupa tarawikh... sembang entah apa apa jer...


Buang duit beratus ringgit utk buka posa... kononya siang menahan lapar utk rasa kedaifan si fakir... maghrib jer perabis duit sakan...


alangkah baiknya kalau di hulur sedekah pd si miskin...


 



__________________
surah 26. Asy Syu'araa' 214 "Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat"


Senior

Status: Offline
Posts: 286
Date:

Tahniah Pekida kerana turut menyumbang meringankan beban insan2 yg dihimpit sengsara............ada berkatnya tu..........

__________________
Mencari pangkaL akar, menemu hujung. Kita seperti roda......Berpusing saling mengambil tempat semula putaran.
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard