Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Majlis Penyampaian Derma Anak Yatim Pekida Wilayah Persekutuan


Guru

Status: Offline
Posts: 742
Date:
Majlis Penyampaian Derma Anak Yatim Pekida Wilayah Persekutuan


Alhamdulillah pada 16 Oktober 2005 bersamaan hari Ahad pada jam 5 petang selepas solat Asar, telah berlangsung Majlis Penyampaian Derma untuk Anak-anak Yatim dan Ibu Tunggal Kariah Masjid Al-Akram Dato Keramat. Majlis yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) melalui Pekida Wilayah Persekutuan itu telah di sempurnakan oleh ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Astaman Abdul Aziz. Turut menyampaikan sumbangan dan ucapan ialah Presiden Pekida sendiri iaitu Senator Dato Dr. Hj. Fuad Hj Ahmad yang bertindak sebagai pengerusi Masjid Al-Akram. Bersama-sama mengiringi ialah Ayahanda Paduka Hj. Abd. Malek bin Ranting, Tuan Hj. Che Mat Che Ali Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kekanda Dr. Masjuki, Kekanda Hatta, Kekanda Glamey, serta adik-adik RND Pekida Pusat.



 


Setiap anak-anak yatim menerima buku simpanan bank dengan sejumlah wang serta makanan. Ini adalah bagi memupuk semangat menabung. Pekida juga turut menyampaikan sumbangan khas bagi ahli-ahli Pekida di mana salah seorang penerima merupakan anak allahyarham Ismail Din yang baru meninggal dunia baru-baru ini. Para ibu tunggal juga turut tidak dilupakan bagi menerima sumbangan.



 


Program seumpama ini yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) amat bermakna dan sejajar dengan tanggungjawab Pekida sebagai NGO prihatin dan sentiasa menjaga kebajikan kaum Melayu dan umat Islam khasnya. Tahniah kepada Presiden Pekida Dato Dr. Hj. Fuad Hj Ahmad dan individu-individu yang terlibat dalam usaha murni ini.



 


 



 


Zackbikers



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 345
Date:

Sokong 100% setiap perkara yg membawa kebajikan kepada agama,bangsa dan tanahair

__________________
nor mazwan bin mazlan


Member

Status: Offline
Posts: 22
Date:

alhamdulillah.


Setinggi tinggi tahniah ... syukur Pekida kini telah menjadi NGO yg unggul mendokong kebajikan dan dakwah kepada masyarakat...


Terima kasih bro Zack kerana cepat dan cekap memanjangkan berita. Semuga usaha zack dan r&d dapat mengikis pandangan serong masyarakat terhadap pekida malaysia.


amin.



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 193
Date:

assalamualaikom..syukur alhamdulilah  semuanya berjalan lancar....ada info kat dalam website ke ???? hari2 nengok website tak ada info pun.nak juga join sekali untuk beri sumbangan....dah selesai program baru dapat tahu..tapi tak apa janji nama PEKIDA ada tahniah atas program yang dijalankan...........selamat berpuasa...

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 546
Date:

Alhamdulillah...


betol gak kata Olin.. kalau ada info awal.. dapat gak beramal jariah bulan puasa ni...



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 48
Date:

Alhamdullilah :)


 Harap dimasa masa akan datang akan banyak lagi majlis camni...baru penduduk di kawasan berkaitan akan terbuka mata akan wujudnya satu organisi yg bersungguh sungguh untuk bangsa dan agama dan bukan hanya menharap bantuan kerajaan semata mata.



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard