Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Sesuatu yg akan menemani kita


Senior

Status: Offline
Posts: 345
Date:
Sesuatu yg akan menemani kita


Ambik iktibar

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang
isteri.Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan
yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya.
Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga
dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri
ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang
kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya.
Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa
pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan
isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong
dan mendampingi suaminya melalui mas! a-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang
sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini.
Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami.
Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya.
Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun,
pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa
untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua
kehidupanindahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri.
Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya
pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun
dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau
mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu ! saja
tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa
berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada
pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun
mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah
kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab,
"Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati".
Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu
setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku
perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan
mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku...aku
tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke
liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kil! at yang menyambar. Si pedagang kini berasa
Putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku
akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu,
aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan
mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus.
Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang Lalu berguman,
"Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu,
tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja
Yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah,
semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada
keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita
meninggal, semuanya akan pergi kepada! yang lain.
Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat
hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita
selamanya.Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita.
Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan
peribadi.Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu
untuk Terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah.
Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak.
Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!...


__________________
nor mazwan bin mazlan
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard