Kanda ingin menarik perhatian para jemaah untuk memerhatikan situasi yang berlaku di dewan Negara sejak akhir akhir ini.
Beberapa isu hangat yang ditimbul dan di bahaskan di parlimen telah membuatkan para jemaah menteri, ahli dewan Parlimen dan Pembangkang bertindak sewenang wenang. Mereka berbahas dengan penuh perasaan sahingga melupakan peradaban yang harus di tunjukkan di dewan yang mulia itu sebagai sebuah institusi perundangan yang tinggi di Malaysia ini. Bahasa yang mereka gunakan, intonasi dan nada herdik yang mereka lontarkan sudah tidak lagi mempamerkan satu perbahasan yang sedang dilakukan oleh jemaah orang yang bertamadun, bertanggungjawab tinggi terhadap negara dan diri mereka.
Kita lihat bahawa arahan Yang Dipertua Dewan sebagai Pemimpin atau Pengatur Perbahasan tidak di endahkan. Mereka bangun bercakap tanpa izin, mencelah bicara anggota dewan yang lain tanpa izin, sehingga dewan sering menjadi kelam kabut dan tidak tentu arah tujuan.
Sementara itu, kita dapat lihat sesetengah anggota dewan mula berebut rebut mencari publisiti, mengutarakan isu yang remeh temeh untuk di perbahaskan. Sudahlah isu remeh di bahaskan, di sulami pula dengan bahasa yang amat kesat yang tidak seharusnya dikeluarkan di dewan yang mulia itu.
Dato' Presiden mengarahkan r&d memainkan peranan, menulis surat bantahan mengenai isu ini kepada YAB Perdana Menteri dan membuat kenyataan akhbar bagi menyuarakan bantahan ini.
Maklumbalas ahli forum sekalian amat kanda sanjung tinggi.
Selamat berpuasa. Selamat hari raya Aidilfitri.
Maaf zahir dan batin.
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
Kanda jemput adik beradik sekalian menulis artikel dengan bahasa sendiri untuk menyatakan bantahan yang berhemah kepada kerajaan. Jika merasa tidak yakin, dinda boleh PM kan atau emailkan kepada nick kanda atau pekida@hotmail.com.
Semuga usaha kita ini dapat membuka mata umum peri pentingnya menjaga kedaulatan institusi dewan negara atau perlimen yang sudah mulai berkecamuk sekarang ini.
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
SEBELUM KEMPEN BUDI BAHASA BUDAYA KITA DITERAPKAN KEPADA RAKYAT, KEMPEN NI PERLU DI TERAPKAN KEPADA BADAN EKSEKUTIF, BADAN PENTADBIRAN LEBIHH LEBIH LAGI KPD PEMBANGKANG..
Saya telah beberapa kali ditugaskan di Parlimen samaada Dewan Rakyat atau Dewan Negara sebagai pemerhati, apa yang Kanda Mas katakan memang itulah sebenarnya yang berlaku dan mungkin inilah sebabnya ia tidak dibenarkan disiarkan kepada umum.
Semua ahli parlimen merupakan tokoh-tokoh / ilmuan/ korporat dan wakil-wakil rakyat yang disegani dan dihormati segenap lapisan masyarakat namun apabila tiba masa untuk berhujah, adab, sopan dan adat ketimuran di letakkan ke tepi demi memperjuangkan hujah-hujah yang entah ke mana mahu dipertahankan. Tidak kira sesiapa sahaja, semuanya melepaskan das-das peluru kepada yang ditujukan, dan...yang menjawab soalan pula diselitkan unsur-unsur emosi yang boleh mencetuskan kegawatan dalam Dewan yang disusuli gelak ketawa, kata mengata dan ketukan-ketukan di meja.
Kadang-kadang ada juga rombongan sekolah yang dijemput untuk hadir ke Dewan melihat proses persidangan dijalankan, adakah contoh negatif itu yang kita nak tonjolkan kepada pewaris pemerintah negara?Perasaan hormat dan kagum kepada pemimpin juga akan lama kelamaan luntur disebabkan perkara ini.
Pohon Kanda Mas ambil tindakan sebagaimana yang disyorkan, kami semua menyokong dengan sepenuh hati demi agama, bangsa,tanah air.
ARTIKEL PERTAMA DARI HAIKAL... SILA EDIT SEMULA MENGIKUT PANDANGAN MASING MASING. PEDOMAN TULISAN... RINGKAS, PADAT, BANYAK FAKTA NOMBOR DAN NAMA (TEMPAT, ORANG DLL).
Beberapa isu hangat yang ditimbulkan dan di bahaskan di parlimen telah membuatkan para jemaah menteri, ahli dewan Parlimen dan Pembangkang bertindak sewenang wenang. Mereka berbahas dengan penuh perasaan sehingga melupakan peradaban yang harus di tunjukkan di dewan yang mulia itu sebagai sebuah institusi perundangan yang tinggi di Malaysia ini. Bahasa yang mereka gunakan, intonasi dan nada herdik yang mereka lontarkan sudah tidak lagi mempamerkan satu perbahasan yang sedang dilakukan oleh jemaah orang yang bertamadun, bertanggungjawab tinggi terhadap negara dan diri mereka. Dimanakah hilangnya kata-kata sepakat ”Budi Bahasa Budaya Kita”?
Kita lihat saja apabila arahan Yang Dipertua Dewan sebagai Pemimpin atau Pengatur Perbahasan tidak di endahkan. Mereka bangun bercakap tanpa izin, mencelah bicara anggota dewan yang lain tanpa izin, sehingga dewan sering menjadi kelam kabut dan tidak tentu arah tujuan. Inikah yang dikatakan pemimpin negara membangun?
Sementara itu, kita dapat lihat sesetengah anggota dewan mula berebut rebut seperti cendawan tumbuh selepas hujan mencari publisiti, mengutarakan isu yang remeh temeh untuk di perbahaskan. Sudahlah isu remeh di bahaskan, di sulami pula dengan bahasa yang amat kesat yang tidak seharusnya dikeluarkan di dewan yang mulia itu. Parlimen wajar dijadikan medan untuk menentukan hala tuju negara bukannya untuk sekadar menghangat perbincangan bagi mencuri tumpuan semata-mata atau sekadar mengejar populariti di media massa mahupun di dada-dada akhbar.
Pembaziran masa dan tenaga untuk membincangkan isu-isu yang remeh dan berunsur kontroversi hanya akan menyebabkan isu-isu yang penting gagal dibincangkan untuk kepentingan rakyat Malaysia. Malaysia tidak akan dapat mengambil langkah-langkah yang strategik dalam pembangunan negara jika ahli-ahli Parlimen lebih berminat mengenai isu-isu yang remeh dan sekadar mencari populariti. Ramai rakyat Malaysia di luar Parlimen mempunyai idea-idea yang bernas untuk memberikan cadangan kepada kerajaan tetapi wakil-wakil rakyat yang diberikan peluang untuk menyumbangkan bakti dan menyuarakan hujah mensia-siakan peluang yang diberi.
Lihat saja kepada isu kekecohan mengenai AP dan Lagu NegaraKu nyanyian Hattan menjadi topik bualan hangat di Parlimen. Datuk Seri Rafidah Aziz dan Hattan terus dipukul hebat dengan suara dan kritikan pedas daripada ahli-ahli Parlimen. Begitu juga nama Mawi yang hangat dikatakan di Parlimen. Pada hakikatnya rakyat tertanya-tanya kenapa isu yang remeh dijadikan perbualan hebat di dalam Parlimen sedangkan rakyat tertunggu-tunggu isu bernas yang membawa kepada kecemerlangan pembangunan negara.
Nama Hattan tiba-tiba mencuri tumpuan perbincangan kerana dikatakan menyanyikan lagu Negaraku silap tempo. Sepatutnya kerajaan memberi peluang terlebih dahulu kepada penyanyi Hattan untuk memberikan penjelasan berhubung dakwaan beliau menyampaikan lagu kebangsaan tidak mengikut versi sebenar semasa perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu lalu. Justeru, kita berpendapat dalam kes Hattan ini biarlah ia disiasat terlebih dahulu dan jika benar penyanyi terbabit mengubah versi asal dengan tujuan menghina lagu kebangsaan, kita turut menyokong agar beliau dikenakan tindakan mengikut Akta Lagu Kebangsaan. Tidak perlulah mengecam penyanyi itu sehingga menjatuhkan hukuman menghumban ke laut seperti yang dikatakan oleh salah seorang penyokong kerajaan. Sepatutnya ahli Parlimen berkenaan tidak terlalu beremosi di dalam membuat teguran sebelum mengetahui perkara sebenar kejadian tersebut.
Kenyataan Ketua Biro Hubungan Antarabangsa dan NGO DAP, Ronnie Liu Tian Khiew yang cuba menginterpretasikan sejarah mengikut sesuka hati dalam laman web rasmi parti berkenaan yang mendakwa bahawa buku-buku sejarah yang digunapakai di sekolah kita tidak memberi gambaran sebenar tentang kemerdekaan dan yang lebih mengejutkan kita ialah pemimpin UMNO bukan pejuang sebenar kemerdekaan juga tidak patut dijadikan isu dalam persidangan parlimen kali ini. Sudah habiskah isu-isu penting dalam negara Malaysia ini diutarakan hingga isu-isu sebegini yang perlu dibangkitkan?
Parlimen telah menyediakan platform yang luas dalam sistem demokrasi di negara ini kerana di sinilah mereka bebas memberikan idea, berbincang dan mengemukakan pendapat. Rakyat mengharapkan agar ahli-ahli Parlimen dapat membuat syor yang bernas dan ‘futuristic’ yang terus releven sepanjang perbahasan di Parlimen. Justeru itu ahli-ahli Parlimen perlu mengunakan kesempatan dan peluang ini untuk mengemukakan cadangan demi kepentingan rakyat dan negara. Janganlah gunakan masa perbahasan yang singkat di Parlimen semata-mata untuk faedah politik dan diri sendiri. Sesiapa sahaja ahli-ahli Parlimen yang sayangkan negara dan rakyat seharusnya mengenepikan kepentingan peribadi dan mementingkan kebajikan mesyarakat. Sesungguhnya tugas ahli-ahli Parlimen ini amatlah berat kerana mempunyai peranan untuk menentukan hala tuju negara pada masa depan.
PASTEKAN SEMULA GUNAKAN NICK ANDA UTK TATAPAN UMUM.
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
DIHARAP AGAR GABUNGAN PANDANGAN BERNAS KITA DAPAT MEMBENTUK SATU ARTIKEL YANG PADAT DAN BERMUTU DAN BOLEH DITERIMA PAKAI OLEH SEMUA GOLONGAN MASYARAKAT
Panas juga topik ni......macammana pun sesiapa ynag ada idea yang bernas diharap luahkan lah demi negara kita jangan main hentam aje..ok teruskan perjuangan
bukan runtuh.......... parlimen adalah dewan rakyat. tempat wakil berhujah, cuma kekadang kureng berdisiplin. mungkin terover dgn sesuatu isu, maka jadilah haru biru.
kalau kedaulatan parlimen runtuh, maka akan punah imej, identiti, maruah dan apa sajer yg berkaitan negara kita ini. kalau ini berlaku, ia akan menjejaskan lagi keaadaan senario politik negara kita ini, yg mana sekaranng ini aman damai. cuma 2/3 porg yg patut di kurantinkan jika di pikirkan perlu.................................
kalau kat korea.....................siap gaduh lagi, pecah kepala ooooooooooooooooooo
Assalamualaikum ! tumpang lalu sambil tu minta mencelah sikit... nie semua bukan masalah "brother" masjuki, takkan tak tau... (buat-buat tak tau ler konon) rombakan cabinet tahun depan kan nak letak "barisan pekida", barisan nasional dah tak laku dah... tak caya? kita tunggu dah lihat!-- Edited by Lan_Dragon431 at 00:19, 2005-12-23
ade care ke nk elak sume tu?......klau dh yg dipertua dewan x diendahkn, apatah lg kate2 org sekeliling....haiii....bile dh bckp ikut nafsu, habis semua dilanggar.prinsip pn hilang......sy sokong tindakan diambil kande mas.....tp utk btul2 mengubah, kite perlu brain storming dari lbih ramai profesional dlm pekida.....Wallahualam.......///
kedaulatan zaman MELAKA boleh dijadikan ukuran...kalau pembesar ada rankingnya begitu juga ahli parlimen..yg dipertua perlu diberi lebih kuasa tetapi jgn tanpa pantauan...bagai bendahara pabila sultan keluar atas urusan negara...seandai mana2 pembesar melakukan onar bendahara boleh menjatuhkan hukuman TETAPI setelah sultan kembali. kumpul segala bukti dan bertindak...HUKUMAN wajib dijatuhkan agar menjadi PENGAJARAN pada yg lain..mana yg masih ingkar hukum BUANG NEGERI, jebat rasa ramai yg faham...tapi bendahara perlulah lebih TEGAS....tikus kalau kucing hilang gigi menari sakan la depa.... tapi kadang2 jebat fikir...tak perlu keudarakan di tv ....ini melibatkan maruah org atas....rakyat jelata sekarang cerdik2 belaka...bukan apa takut rakyat jelata menyesal pilih wakil mereka ke dewan yg serba mulia tu...nanti di buat nya pilih org lain...sapa nak jawab tu....
JEBAT RASA... kedaulatan zaman MELAKA boleh dijadikan ukuran...kalau pembesar ada rankingnya begitu juga ahli parlimen..yg dipertua perlu diberi lebih kuasa tetapi jgn tanpa pantauan...bagai bendahara pabila sultan keluar atas urusan negara...seandai mana2 pembesar melakukan onar bendahara boleh menjatuhkan hukuman TETAPI setelah sultan kembali. kumpul segala bukti dan bertindak...HUKUMAN wajib dijatuhkan agar menjadi PENGAJARAN pada yg lain..mana yg masih ingkar hukum BUANG NEGERI, jebat rasa ramai yg faham...tapi bendahara perlulah lebih TEGAS....tikus kalau kucing hilang gigi menari sakan la depa.... tapi kadang2 jebat fikir...tak perlu keudarakan di tv ....ini melibatkan maruah org atas....rakyat jelata sekarang cerdik2 belaka...bukan apa takut rakyat jelata menyesal pilih wakil mereka ke dewan yg serba mulia tu...nanti di buat nya pilih org lain...sapa nak jawab tu....