Shahrizat pangku jawatan Menteri Wilayah Persekutuan
PUTRAJAYA: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dilantik memangku jawatan Menteri Wilayah Persekutuan berikutan peletakan jawatan Tan Sri Mohd Isa Samad, berkuat kuasa kelmarin.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, peletakan jawatan Mohd Isa sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail, semalam.
Perdana Menteri berkata, beliau sudah menerima surat peletakan jawatan itu kelmarin.
“Yang ganti dia buat masa ini ialah Datuk Seri Shahrizat... pemangku menteri. Eloklah, (kerana) Shahrizat faham Wilayah Persekutuan... dia pun wakil rakyat Wilayah Persekutuan (Parlimen Lembah Pantai).
“Saya percaya Shahrizat dapat jalankan tugas dan pangku Kementerian Wilayah dengan baik. Sistem kita tidak benarkan Timbalan Menteri memangku. Yang memangku adalah menteri lain,” katanya selepas melakukan lawatan kerja ke Biro Pengaduan Awam (BPA), semalam.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Osman pula mengesahkan surat peletakan jawatan Mohd Isa itu diserahkan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkarnain Awang kepada Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab, kelmarin.
Peletakan jawatan Mohd Isa dibuat selepas Majlis Tertinggi (MT) Umno pada mesyuaratnya 7 Oktober lalu menolak rayuannya terhadap hukuman penggantungan sebagai ahli selepas bersalah dalam politik wang.
Mengenai tempoh Shahrizat memangku jawatan itu, Perdana Menteri berkata: “Selagi kita tak ganti, dia kena pangkulah,” katanya menyedari wartawan cuba mengaitkan jawapannya dengan kemungkinan rombakan Kabinet.
“Saya tak fikir lagi (untuk merombak Kabinet). Anda tahu, saya tidak akan memberitahu anda, tak payah nak tanya. Bila tiba masanya, saya akan umumkan juga,” katanya.
Perdana Menteri berkata, beliau sendiri belum memberitahu Shahrizat mengenai pemilihannya memangku tugas baru itu.
Mengenai penyambungan tugas Datuk Mahdzir Khalid sebagai pemangku Menteri Besar Kedah, Abdullah berkata, ini kerana Datuk Seri Syed Razak Syed Zain masih belum sihat lagi.
Ditanya mengenai desakan lima kesatuan sekerja kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) supaya beliau tidak melanjutkan kontrak Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Zainol Abidin Abdul Rashid, beliau berkata, ia belum diputuskan.
“Nanti saya bincang dengan Ketua Setiausaha Negara. Kita boleh bincang bila-bila,” katanya ketika diberitahu bahawa kontrak itu akan berakhir hari ini.
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
Tidak ader lagikah khalifah-khalifah yg layak untuk memangku jawatan Menteri Wilayah Persekutuan...kurangkah calon calon khalifah yg berwibawa untuk mengantikan tempat dato Isa...Apa nak jadi bila sesebuah wilayah yg besar ditadbir oleh wanita ....dan dimana letaknya khalifah yg sepatutnya mentadbir alam....
performance syarizat di kementerian semasanya pun ditahap tak memuaskan... kenapa ditambah pula dengan satu lagi tanggungjawab? mungkin kementerian wilayah persekutuan adalah platform untuk membuang menteri yang tak perform
Tidak ader lagikah khalifah-khalifah yg layak untuk memangku jawatan Menteri Wilayah Persekutuan...kurangkah calon calon khalifah yg berwibawa untuk mengantikan tempat dato Isa...Apa nak jadi bila sesebuah wilayah yg besar ditadbir oleh wanita ....dan dimana letaknya khalifah yg sepatutnya mentadbir alam....
apakah tiada lagi khalifah dari kaum adam yang layak memangku dan mentadbir Wilayah Persekutuan?
pasal performance tu semua saya tak nak cakap ape ape kang tak pasal pasal kena ISA...
tak kan la setakat nak menilai mutu kerja diorang pun tak boleh... wakil rakyat kan hamba rakyat... pegang satu portfolio pun tak tersettle masalah rogol, gro, buang anak, cabul dll... tambah satu lagi
DENGAN NAMA ALLAH YG MAHA PEMURAH MAHA MENGASIHANI
assalamualaikum...
apa kabar kekanda2 yg dirahmati Allah sekalian? harap2 berada dlm keadaan sihat2 belaka. segala apa yg dinda tulis disini bukanlah bertujuan membangkang atau menjatuhkan seseorang tetapi ini hanya komen dr seorang hamba yg perlu byk didikan, tunjuk ajar, sokongan sama ada dr segi rohaniah dan jasmaniah.
pada pendapat dinda yg x seberapa ini, dinda rasa isu perlantikan datuk seri shahrizat sebagai menteri wilayah persekutuan satu perkara yg byk dan besar pengajarannya.
memang benar, satu wilayah yg besar tidak boleh ditakbir oleh wanita. tetapi persoalannya, adakah wanita yg fizikalnya memang wanita tidak boleh memimpin? bagaimana jika wanita itu berjiwa kental seperti seorang lelaki? malahan lebih kental dr lelaki yg sebenar? mcmane pula keadaan sesuatu wilayah jika ditakbir oleh lelaki tetapi berjiwa seperti wanita, lemah, lesu, mudah menyerah dan mcm2 lg? bolehkah lelaki itu mentadbir dgn baik? siapakah antara kedua2 kriteria yg tersebut yg akan menghasilkan satu perubahan atau dapat memimpin sesuatu kaum itu dgn lebih baik dan efisyen? lelaki yg berjiwa wanita atau wanita yg berjiwa lelaki?
perlantikan datuk seri shahrizat dinda rasa bukanlah satu perlantikan yg terburu2. cuba kita fikirkan, jika kita duduk di kerusi datuk seri abdullah ahmad badawi sanggupkah kita membuat keputusan yg akan menjatuhkan wilayah yg menjadi tulang-belulang negara kita iaitu malaysia? tanpa satu drpd tulang-belulang ini maka rapuhlah negara, bercerai-berailah isi didalamnya! sebagai seorang perdana menteri, datuk seri abdullah ahmad badawi adalah seorang yg berilmu dan berwibawa. beliau semestinya sentiasa memikirkan sesuatu yg terbaik utk ditonjolkan dan dibawa utk kesejahteraan negara. segala keputusan beliau sama ada yg dibuat oleh beliau sendiri atau yg telah dipersetujui oleh beliau mestilah ditaati oleh semua kerana didalam surah an-nisa' ayat 59 yg bermaksud "taatilah Allah, taatilah Rasul dan Ulil Amri dikalangan kamu dan jika kamu berselisihan pendapat tentang sesuatu perkara, berbaliklah kepada Al-Quran dan As-Sunnah...". keputusan yg akan dibuat dan yg telah dibuat mestilah tidak lari daripada Al-Quran dan As-Sunnah barulah keputusan itu boleh ditaati. jika dlm surah Al-Baqarah ayat 30 menyatakan Allah maha mengetahui kenapa dijadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi, siapakah kita dalam mempersoalkan siapa yg lebih layak memimpin dan siapa yg tidak layak?
tentang isu masalah yg sedia ada masih belom dapat ditangani bukanlah menjadi satu faktor utama dalam perlantikan beliau. isu ini sebenarnya melibatkan peranan setiap individu yg duduk dibawah satu bumbung, yang bernaung dibawah satu negara. siapakah individu2 itu? sedarkah individu2 itu tentang peranan mereka? dimana tanggungjawab individu2 itu bersama2 menyelesaikan masalah2 yg timbul? masalah2 sosial bukanlah menjadi tanggungjawab bg seorang individu atau menjadi tanggungjawab bg sesuatu kementerian tetapi masalah2 ini menjadi kewajiban bg setiap individu yg telah disebutkan tadi. mustahil masalah yg sebegini besar diletakkan bebannya dan ditudingkan jarinya hanya kepada seorang atau satu kementerian sahaja. sungguh tidak wajar. bukankah berat sama dipikul ringan sama dijinjing? bicara apakah itu? semestinya bicara jemaah.
kesimpulannya, jika kita sedar yg tampuk pemerintahan tidak boleh dipimpim oleh wanita, maka jadilah kita seorang yg boleh memimpin kerana rata-rata setiap jiwa yg membaca artikel ini semestinya dilahirkan sebagai seorang pemimpin maka, jadilah seorang pemimpin yg berilmu. jadilah seorang khalifah (pemimpin) yg betul2 sanggup bertanggungjawab melaksanakan tugas2 yg haq dgn baik, benar, amanah dan bijaksana. tidak mudah menyerah kalah, tidak lesu, tidak lemah dan sentiasa "berzikir" serta sabar. jadilah seorang manusia yg tidak hanya otek2 dlm memimpin dan hanya omong2 kosong. jgn kita menuding jari pada orang lain disebabkan kelemahan dan kesalahannya, kerana satu jari ditudingkan pada orang itu tetapi yg tiganya balik pada diri sendiri. ambil cermin, cermin diri kita sendiri, persoalkan diri kita sendiri. sudahkah diri kita ini melaksanakan tugas2 kita dgn baik? apakah sumbangan kita selama ini membantu dalam penyatuan umat dan penyelesaian masalah? atau kita tidak menyumbang ke arah itu? lihat balik amalan-amalan kita. bicara amal mesti ada hasilnya. tetapi dimanakah hasilnya?
"wahai pengaturku, bantulah kami yg lemah, yg dlm proses dididik dan dipandaikan. kami sedar kami baru tunduk dan kami sedar dimana bumi yg kami pijak!"
dinda mohon ampun dan maaf kepada semua kekanda2, sahabat2 dan saudara2 semua yg membaca komen adinda td. dinda tidak berniat mengajukan kepada sesiapa tetapi dinda ingin membuka minda semua. dinda berharap pemikiran kita jgn disempitkan. yang lemah datang dari dinda sendiri, yang baik datang daripadaNya.
saya memang seronok bila setiap kali membaca ulasan saudara kabus ribut... bernas dan teliti... tapi saya masih lagi teringatkan kata-kata syarizat diparlimen ketika ditanya tentang "pemakan siput babi" yang ditayang di tv 3 dalam rancangan bersamamu. "orang tu susah sebab dia sendiri yang mahu susah" dan dibantah oleh bung moktar. cara dia menjawab dan expression mukanya, tidak menonjolkan sifat "iron lady", jika dibandingkan dengan rafidah boleh nampak perbezaan... sebagai rakyat, kita mahu pemimpin kita perform sebab manfaatnya nanti akan kembali kepada kita... dan diharap syarizat tak terbeban dengan dengan portfolio tambahan itu nanti sehingga mengorbankan aset2 penting negara... tapi politik ni dunia yang penuh silap matanya...
waalaikumussalamwarahmatullah... saya memang seronok bila setiap kali membaca ulasan saudara kabus ribut... bernas dan teliti... tapi saya masih lagi teringatkan kata-kata syarizat diparlimen ketika ditanya tentang "pemakan siput babi" yang ditayang di tv 3 dalam rancangan bersamamu. "orang tu susah sebab dia sendiri yang mahu susah" dan dibantah oleh bung moktar. cara dia menjawab dan expression mukanya, tidak menonjolkan sifat "iron lady", jika dibandingkan dengan rafidah boleh nampak perbezaan... sebagai rakyat, kita mahu pemimpin kita perform sebab manfaatnya nanti akan kembali kepada kita... dan diharap syarizat tak terbeban dengan dengan portfolio tambahan itu nanti sehingga mengorbankan aset2 penting negara... tapi politik ni dunia yang penuh silap matanya...
agaknya Pak Lah pun dah pening dah. Letak lelaki banyak miss use power, rasuah dll. letak pompuan senang, kurang sikit rasuah dan salah guna kuasa. slow sikit tak per la, dia yang lelaki tolong bantu...
Apa pun harap cik puan Sharizat ni dapat la settlekan problem2 kat KL yang makin teruk sekarang ni. Baik Community or sosial problem. Big town tu KL. Betul x abang2 dan adik2 sekelian.
* Kekadang risau gak nak biarkan 'adik-adik' yg masih besekolah ni nak pegi KL jalan-jalan dgn kawan-kawan takut terjadi apa-apa yang tak diingini... Astagfirullah minta dijauhkan...
pendapat saya tak salah kita bagi peluang dulu pada pompuan untuk buat kerja lelaki tak semestinya perempuan tak bley buat keje lelaki yg penting kita lihat sejauh mana dia boleh membuat perubahan apabila mendapat amanat untuk mentadbir wilayah persekutuan...
__________________
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH KEMUKAKAN TANGGUNGJAWAB AMANAH (KAMI) KEPADA LANGIT DAN BUMI SERTA GUNUNG-GANANG (UNTUK MEMIKULNYA), MAKA MEREKA ENGGAN MEMIKULNYA DAN BIMBANG TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKANNYA, DAN MANUSIA SANGGUP MEMIKULNYA…."
akum ..bagi pendapat saya tak penting lelaki ka perempuan ka yg mentadbir sesebuah kawasan yg penting sejauh mana dia boleh membawa kepada perubahan yg positif terhadap kawansan yg ditadbir bagilah peluang dulu
__________________
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH KEMUKAKAN TANGGUNGJAWAB AMANAH (KAMI) KEPADA LANGIT DAN BUMI SERTA GUNUNG-GANANG (UNTUK MEMIKULNYA), MAKA MEREKA ENGGAN MEMIKULNYA DAN BIMBANG TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKANNYA, DAN MANUSIA SANGGUP MEMIKULNYA…."
1.Assalamualaikum .,.,.,Janganlah kita cepat berfikir yang bukan˛ jika perempuan mentadbir sesebuah kawasan.,.,.,ini bukan kerana tiada lagi khalifah yang boleh mentadbir tetapi hanyalah memberi peluang kepada kaum hawa untuk memimpin.,.,.,Jika kaum hawa itu gagal untuk mentadbir kawasan itu.,.,.,Cukuplah hanya sekali sahaja.,.,.,Kita harus berani mencuba.,.,.,Jika tak.,sampai bila kita tak kan tahu kemampuan seseorang perempuan.,.,.,mungkin dari segi tenaga mereka tak dapat menandingi kita.,.,.,tetapi dari segi pemikiran.,mungkin mereka boleh.,.,.,Oleh itu.,tak salahkan memberi peluang.,.,.,Sekian.,.,.,
akum ..bagi pendapat saya tak penting lelaki ka perempuan ka yg mentadbir sesebuah kawasan yg penting sejauh mana dia boleh membawa kepada perubahan yg positif terhadap kawansan yg ditadbir bagilah peluang dulu
errrr bukan ker dato syahrizat ni antara beberapa kerat pemimpin wanita yg dgn lantang dan keras membangkang poligami ker???hermmmm...poligami tuh bukan sunnah nabi ker???bukan ada dalam AlQuran ker????
__________________
||| Bercinta Tak Semestinya Memiliki,Menentang Tak Semestinya Membenci |||
errrr bukan ker dato syahrizat ni antara beberapa kerat pemimpin wanita yg dgn lantang dan keras membangkang poligami ker???hermmmm...poligami tuh bukan sunnah nabi ker???bukan ada dalam AlQuran ker????
ape pun keputusan dh dibuat oleh pemimpin kite sendiri....mungkin ade kelebihan yang difkirkannya yang membawa kepada kputusan mcm tu........harap2, sifat, pemikiran dan keadilannya sama dengan Khadijah isteri Rasulullah...itulah yg diharapkan........WALLAHUALAM........///
keputusan itu telah dibuat oleh perdana menteri kita,sudah semestinya beliau tahu ape yg dilakukan beliau sendiri,adapun kehadiran shahrizat menjadi menteri wilayah adalah satu penghormatan yg diberi untuk memikul tanggungjawab sebagai menteri wilayah,dan dari segi pemimpinan,shahrizat masih dibawah pimpinan pardana menteri,jadi itu cuma lah secebis dari ape yg memimpin dan ape yg dipimpin,
errrr bukan ker dato syahrizat ni antara beberapa kerat pemimpin wanita yg dgn lantang dan keras membangkang poligami ker???hermmmm...poligami tuh bukan sunnah nabi ker???bukan ada dalam AlQuran ker????
sunnah nabi,poligami,saya berminat nak beri pendapat sedikit,
tak silap saye,sunnah nabi,bernikah 4 isteri ialah untuk menyelamatkan isteri para tentera zaman itu yg mati syahid ketika perang daripada menjanda,setahu saya la,minta maaf kalau saya silap,
mrkolumpo wrote: errrr bukan ker dato syahrizat ni antara beberapa kerat pemimpin wanita yg dgn lantang dan keras membangkang poligami ker???hermmmm...poligami tuh bukan sunnah nabi ker???bukan ada dalam AlQuran ker???? sunnah nabi,poligami,saya berminat nak beri pendapat sedikit, tak silap saye,sunnah nabi,bernikah 4 isteri ialah untuk menyelamatkan isteri para tentera zaman itu yg mati syahid ketika perang daripada menjanda,setahu saya la,minta maaf kalau saya silap,
isu poligami nih adalah hukum drp allah taala... so yg depa pi kata undang2 poligami ni menindas kaum wanita tu apa halll??? besar sgt ka kita nih nk lawan hukum allah???poligami adalah hak lelaki itu yg penting... tp hak pun ada syarat2 dia plak bkn main hentam jer... apa2 pun aku tak sokong pimpinan yg membelakangkan hukum allah...
renung balik...kenapa khalifah Allah semuanya lelaki...ada sebab....pompuan boleh pimpin pompuan aje laki tak boleh.pasal tu ketua keluarga lelaki...itu aje ..faham yg tu isu ni tak timbul..ini..tak paham...so, inilah jadinya. hawa di cipta dari rusuk kiri Adam. rusuk paling bengkok..macam mana nak tadbir wilayah???!!!. kembali pada al quran dan hadith. rujuk lah ilmu Allah. allah bagi Al-quran kaji la!!! ni pakaiguna bila perlu aja..DIMASYAR NAK JAWAB APA DEPAN ALLAH!!!! HAH!!!!. KITA KAT DUNIA NI TAK LAMA DAH...NAK INSAF ...ALHAMDULILLAH....INGKAR...LANTAKLAH!!!!
renung balik...kenapa khalifah Allah semuanya lelaki...ada sebab....pompuan boleh pimpin pompuan aje laki tak boleh.pasal tu ketua keluarga lelaki...itu aje ..faham yg tu isu ni tak timbul..ini..tak paham...so, inilah jadinya. hawa di cipta dari rusuk kiri Adam. rusuk paling bengkok..macam mana nak tadbir wilayah???!!!. kembali pada al quran dan hadith. rujuk lah ilmu Allah. allah bagi Al-quran kaji la!!! ni pakaiguna bila perlu aja..DIMASYAR NAK JAWAB APA DEPAN ALLAH!!!! HAH!!!!. KITA KAT DUNIA NI TAK LAMA DAH...NAK INSAF ...ALHAMDULILLAH....INGKAR...LANTAKLAH!!!!
apalaaaa pimpinan2 kat atas tu fikir...
Dear Friends... We are never too old to learn and never too young to die Follow the step of ulama' to learn and follow the step of syuhada' to die So, Life For Islam