BAHASKAN UTK KENYATAAN AKHBAR & MAJALAH TAHUNAN PEKIDA
Tutup saja Proton: Dr M
PUTRAJAYA: “Kita tutup sajalah,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad secara sinis mengenai cara terbaik yang mungkin diambil untuk menyelesaikan masalah yang dikaitkan dengan Perusahaan Otomobil Nasional Bhd (Proton).
Bekas Perdana Menteri berkata, jika orang ramai berpendapat menutup Proton dapat meringankan beban rakyat kerana memberi subsidi kepada syarikat itu dan mempertahankannya, cadangan itu wajar dipertimbangkan.
Beliau yang juga Penasihat Proton meminta Lembaga Pengarah syarikat itu mempertimbangkan cadangan itu.
“Kalau mereka berpendapat ia cara untuk mengatasi masalah termasuk permit import (AP) dan sebagainya, satu daripada caranya ialah kita tidak ada Proton di Malaysia. Kita tutup sajalah,” katanya ketika mengulas pandangan orang ramai berhubung Proton selepas Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan, Datuk Shahrir Abdul Samad, mencadangkan Proton tidak perlu mempunyai 90 peratus komponen tempatan, sebaliknya 40 peratus sudah cukup seperti ditetapkan Kawasan Perdagangan Bebas Asean (Afta).
Dr Mahathir berkata, beliau membaca pandangan orang ramai mengenai isu itu dan mendapati, ada yang berpendapat penutupan Proton dapat meringankan beban rakyat.
Ditanya adakah beliau merajuk sehingga membuat kenyataan demikian, Dr Mahathir berkata: “Bukan merajuk... apa nak merajuk bukan saya punya. Saya tidak dapat satu sen pun lagi. Gaji pun tidak bayar, jadi penasihat percuma saja.”
Diminta mengulas tindakannya mendedahkan surat isu pengumuman status Naza Ria keluaran Naza Kia Sdn Bhd (NKSB) sebagai kenderaan nasional ketika ditemubual rancangan The Exchange TV3, Jumaat lalu, katanya: “Saya dedahkan surat saya, bukannya surat orang,”.
-- Edited by pekida at 19:30, 2005-10-18
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
mengenai isu proton ini memang perlu diperhatikan, diselesaikan dgn baik dan dijadikan teladan. benar seperti yg kanda abu hanifah katakan. sedih melihat satu-satunya projek kereta nasional kita ditutup. mcmane nasib pekerja-pekerja syarikat itu? dan bagaimana pula nasib keluarga dan anak-anak mereka? sebelum kita melontarkan pendapat atau keputusan, kita harus melihat apakah implikasi daripada pendapat atau keputusan yg telah dilontarkan atau yg telah dibuat sama ada membina (positif) ataupun menjatuhkan (negatif).
cuba kita renungkan. proton adalah satu-satunya projek kereta nasional yg malaysia sekaligus yg kita ada. bagaimana kita nak menzahirkan malaysia dimata asing jika satu-satunya projek kereta nasional negara ditutup? nah, disini menunjukan kelemahan malaysia. apabila malaysia dipandang lemah, semestinya pemimpin-pemimpin malaysia serta penduduk-penduduk malaysia dipandang sebegitu rupa. ianya akan menyebabkan pelabur-pelabur asing tidak akan dan tidak berminat hendak melabur dalam negara kita sekaligus menyebabkan pertumbuhan ekonomi negara terbantut. apabila pertumbuhan ekonomi negara terbantut sudah tentu kehidupan semua penduduk-penduduk malaysia juga terjejas. makin menjadi-jadilah masalah yg berkaitan dgn hidup akan timbul. contohnya, jika taraf hidup kita rendah, masyarakat ramai yg susah atau merempat. kes-kes kecurian, pembunuhan dan lain-lain lg masalah yg belum dapat dibendung sekarang ini akan menjadi lebih teruk dan tidak akan dapat dibendung terus. bila individu itu susah dan terdesak akan menyebabkan dia sanggup melakukan apa sahaja utk terus hidup termasuklah mencuri dan membunuh. jadi, adakah wajar dirasakan atau dikatakan dengan penutupan proton akan meringankan beban rakyat?
berjuta-juta dan berbilion-bilion wang, masa, tenaga dan sumbangan-sumbangan idea dihabiskan utk menghasilkan atau mewujudkan "anak" pertama malaysia dalam bahagian permotoran. patutkah ianya ditutup? tanda kita bersyukur, kita menghargai pemberian itu. dimanakah penghargaan kita kepada individu-individu yg terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam penghasilan proton?
majoriti masyarakat yg hidup di malaysia rata-ratanya beragama islam. tetapi, dimana islamnya jika mengabaikan atau tidak melihat nasib sesama saudara? dimana nak letakkan nama islam itu jika umatnya sendiri zalim terhadap sesama mereka? jadi, jika proton ditutup, bagaimana nasib beratus-ratus pekerja dan bagaimana nasib berjuta-juta ahli keluarga yg bergantung hidup dgn sumber pendapatan yg hasilnya mereka dapati daripada berkerah tenaga dgn proton? bicara islam adalah bicara kesejahteraan dan kesefahaman. tetapi adakah umat islam sekarang merasakan kesejahteraan dan kesefahaman?
masalah akan sentiasa timbul dan masalah juga bukan utk ditinggalkan tetapi utk diselesaikan. masalah yg dapat diatasi dan diselesaikan akan menjadikan sesorang individu itu cerdik, pintar, bijaksana, pandai dan matang. ianya juga akan melahirkan kaum yg berilmu, positif dan tidak pasif. bisikan, hasutan, iri hati dan segalabagai perbuatan-perbuatan yg menjatuhkan pastinya akan wujud. ianya adalah rempah-ratus dalam penghasilan individu atau "produk" yg berkualiti. mari kita renungkan penghasilan berlian. asal berlian adalah daripada batu. batu yg telah mengalami proses tekanan yg hebat dan lama. kemudian batu itu digali dan diproses. didalam proses menghasilkan batu kepada berlian memerlukan satu proses yg memakan masa, teliti serta rumit. jika tidak sabar, lemah, lesu serta tidak tekun, berlian pastinya tidak akan terhasil. jadi pengajarannya, masalah-masalah, tomahan-tomahan, kritikan-kritikan serta hasutan-hasutan yg dilontarkan kepada proton bukanlah utk menjadikan proton itu layu, tetapi ianya adalah asam-garam, rempah-ratus dalam menjadikan proton lebih unggul dimata rakyatnya sendiri malah dimata dunia! manusia kebanyakkannya hanya suka menjatuhkan dan bukannya ingin bersama-sama berjuang, sama-sama- melalui jalan yg mendaki lagi sukar, sama-sama melepaskan budak daripada diperbudakkan dan sama-sama membangun. mereka tidak merasakan sifat kasih-sayang, sifat-sifat kemurnian dan sifat-sifat keikhlasan. jika mereka tidak mendapat habuan atau balasan sudah pastinya mereka tidak akan turut serta.
proton membawa nama malaysia dan malaysia membawa nama negara islam yg boleh dikatakan maju, moden dan mempunyai daya saing yg setaraf dgn negara-negara asing berbanding negara-negara islam yg lain yg sudah hancur dan tidak ada benda yg boleh dibanggakan contohnya, palestin, iraq, syria, indonesia dan lain-lain lagi negara-negara islam yg ditindas. jika proses penzahiran malaysia sebagai satu negara islam yg maju, moden dan berdaya saing di runtuhkan oleh rakyatnya sendiri tidakkah sama seperti menjatuhkan dan meruntuhkan imej islam itu sendiri? tidakkah sama dgn meludah ke langit tetapi jatuh terkena muka sendiri?
sekali lagi ingin disarankan, janganlah dijatuhkan atau dirobohkan proses penzahiran malaysia melalui proton kerana jika proton berjaya dengan jayanya, malaysia juga yg akan mendapat nama dan jika malaysia mendapat nama, islam pun juga akan mendapat nama. barulah malaysia sebagai salah satu negara islam menjadi sebuah negara yg cemerlang, gemilang dan terbilang dimata dunia. jadikanlah pengajaran yg dapat dihadamkan dari isu ini sebagai satu pengajaran yg bukan hanya dikaitkan dgn isu proton tetapi dalam kehidupan harian. alhamdulillah.
projek kereta nasional dimulakan lebih kurang 20 tahun dahulu dan selama itu la rakyat malaysia berkorban untuk menjayakan projek itu baik secara langsung mahupun tidak langsung... jika saya tidak terlibat secara langsung didalam bidang automotif, nescaya saya akan menganggap cetusan idea projek kereta nasional adalah satu idea "genius" yang dapat meningkatkan ekonomi dan kepakaran di kalangan rakyat malaysia...
sebenarnya ianya hanyalah satu idea yang baik, yang perlu dijalankan dengan perancangan yang baik juga. ketika projek kereta nasional dilancarkan, malaysia masih belum bersedia dari segi industri sokongan seperti industri plastik, getah dan pembentukan logam. kemampuan pengurusan projek berskala besar juga ditahap yang mengecewakan dan berterusan sehingga kini. sama seperti pembinaan klcc, projek proton dijalankan dengan tergesa-gesa.
thailand sebagai contoh dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang besar tanpa melahirkan "anak"nya sendiri. industri automotifnya berkembang pesat dan kepakaran tempatan dapat dibina dengan meluas... dan jika sekarang, thailand nak mengeluarkan model negaranya sendiri, ia boleh melakukannya dengan mudah kerana industri sokongan yang mantap.
kehilangan pekerjaan dikalangan warga proton.
penutupan proton tidak la sepatutnya dilakukan secara mengejut... tidak seperti menimbus lubang... fasiliti dan tenaga kerja proton masih boleh diguna pakai jika ia diambil alih oleh syarikat lain. sebagai contoh, MIZAWA sdn bhd adalah berasal dari division proton stamping. masakan kita ingin kehilangan semua pelaburan kita selama ini...
kehilangan minat pelabur asing.
pelabur asing dalam bidang automotif memang mempunyai minat yang tinggi untuk melabur di malaysia kerana jika dibandingkan dengan thailand, kita lebih stabil dari segi politik dan tahap pendidikan rakyat kita adalah lebih tinggi. halangan terbesar mereka ialah proton dan perlindungan istimewanya. dengan itu mereka beralih ke thailand dan menaikkan thailand sebagai gergasi automotif.
maruah dan harga diri.
apakah maruah negara harus dipertahankan walaupun yang menjadi korban tu adalah seluruh rakyat malaysia? hasil minyak yang tidak patut digunakan untuk mengawal inflasi dan subsidi, tapi boleh digunakan untuk menyelamat proton... adakah warga proton berterimakasih atas pengorbanan seluruh rakyat malaysia?
sumpahan rakyat.
apakah nasib proton sekarang tidak berkait rapat dengan doa2 orang2 teraniaya? tidakkah ada jaminan dari allah doa orang teraniaya itu akan di makbulkan? apakah dengan penubuhan proton, rakyat malaysia tidak teraniaya? kita memberi subsidi kepada orang asing yang membeli kereta kita. kita mengeluarkan wang yang banyak dari hasil titik peluh kita untuk membayar harga kereta yang rendah mutunya.
saudara zulkifli dari Zul Design, yang pernah menggemparkan malaysia dengan pelbagai innovasi kejuruteraan tidak diambil untuk menyumbang idea dan kepakaran didalam sebuah syarikat negara... walaupun begitu apakah patut proton di tutup setelah 20 tahun perit jerih menatangnya?
tontoyo ni pelajar ekonomi ke? pidato kamu mmg berlndaskan ekonomi kecuali sumpahan rakyat... saya faham sbb saya penah belajar ekonomi
apa2 pon...saya setuju dgn apa tontoyo katakan
rakyat kehilangan pekerjaan menyebabkan pengangguran meningkat dan haraf hidup menurun. isi rumah tidak dpt membuat perbelanjaan dan penggunaan faktor pengeluaran dari firma kerana kurang pendapatan dan ini menyebabkan panawaran meningkat dan negara mengalami kemelesetan ekonomi...
pelabur asing byk melabur dalam sektor kedua dan ketiga.. jika proton ditutup...salah satu aset negara dari sektor kedua hilang dan menyebabkan pelaburan asing berkurangan. bila berkurang, perdagangan antarabangsa juga turut menurun kerana eksport barang nampak menurun dan jika import barang nampak melebihi eksport barang nampak,imbangan perdagangan akan menurun dan negatif.. jika negatifnya besar,boleh menyebabkan kemerosotan imbangan akaun semasa negara.
apabila perdagangan merosot,RM akan jatuh dan menyebabkan kadar pertukaran asing RM turut jatuh... dan jika proton memberi impak besar kepada ekonomi negara... segala2nya akan jatuh..
ekonomi yang saya tahu hanyalah dapat gaji, belanja ...
saya pernah menentang usul penutupan proton oleh parti-parti pembangkang berdasarkan masalah peningkatan kadar pengangguran... tapi perodua hidup juga walaupun bukan lagi under "malaysian control"
proton bermasalah sebab tidak mendidik ahli2nya... saya bekerja di kompeni US... ada etika yang tegas untuk tidak menghampiri budaya rasuah tetapi pegawai2 proton nak berbuka puasa pun kami supplier kena tanggung (siap bungkus untuk anak bini)... ramai pengkhianat negara kat dalam tu... yang layak dibawa melawat ISA... nak produk kita tak kena reject kadang2 kena rasuah dari operator ke atas... cara orang melayu ISLAM berniaga... patut la masalah sosial menjadi2... pekerjaan yang sepatutnya ibadah jadi punca rezeki yang haram...
fasiliti dan tenaga kerja proton masih boleh diguna pakai jika ia diambil alih oleh syarikat lain. sebagai contoh, MIZAWA sdn bhd adalah berasal dari division proton stamping.