Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: ANTARA PUNCA GEJALA SOSIAL & ANAK KAWIN LARI


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:
ANTARA PUNCA GEJALA SOSIAL & ANAK KAWIN LARI


Bapa kenakan empat syarat kahwini anak
Oleh Betty Subaryati

PASIR MAS: Seorang bapa mengenakan empat syarat termasuk meminang mengikut adat serta bebas dadah kepada seorang pemuda yang berhasrat mengahwini anaknya dalam perbicaraan di Mahkamah Syariah di sini, semalam.











AdRevolver


Pemandu teksi, Othman Besar, 54, berkata selain itu beliau turut menetapkan supaya calon menantunya itu mempunyai pekerjaan tetap dengan asal usul keluarganya diketahui.

“Sebelum ini saya hanya menerima panggilan telefon daripadanya menerusi telefon anak, menyatakan hasratnya meminang anak saya dengan kata-kata: Pak Cik saya nak minang anak Pak Cik”.

“Saya menjawab: Anak saya masih sekolah... mu jange (jangan) cuba ganggu anak aku... dia masih sekolah,” katanya.

Othman memberitahu demikian ketika memberi keterangan ketika perbicaraan berhubung tuntutan anak perempuannya, Nurul Fadila dan teman lelakinya, Shah Rizan Sulaiman, 27, terhadap permohonan keengganan wali mengikut Seksyen 13(b) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kelantan.

Jun lalu, Nurul Fadila yang juga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, memfailkan permohonan mendapatkan wali hakim bagi membolehkan dia berkahwin dengan Shah Rizan berikutan keengganan bapanya menjadi wali.

Perbicaraan itu berlangsung di hadapan Hakim Mahkamah Syarie, Mohd Hazid Daud, manakala Othman diwakili Peguam Syarie, Othman Wahab, manakala plantif tidak diwakili.

Othman berkata, selepas menerima panggilan itu, kira-kira dua minggu kemudian Shah Rizan datang ke rumahnya di Kampung Danau, Pasir Mas, tempat tinggal beliau bersama Nurul dan isterinya, Rosnani Che Hassan, 51.

“Saya panas hati dan terkejut kerana Nurul sanggup membawa lelaki bukan mahram datang ke rumah.

“Saya meminta bantuan empat ahli keluarga menyiasat latar belakang lelaki itu. Apabila saya meminta slip gaji dan pengesahan tempat dia bekerja, Shah Rizan gagal memberinya pada saya.

“Jadi saya anggap beliau tidak serius serta mungkin menipu kerana ketika ditanya tempat kerjanya, keluarganya serta gajinya, plaintif tidak dapat membuktikannya,” katanya.

Othman turut memberitahu mahkamah, beliau menyiasat latar belakang teman lelaki anaknya dengan mengunjungi rumah sewanya di Kuantan dan mendapati dia seorang kaki bising serta sering pulang lewat malam menerusi keterangan jirannya.

Terdahulu, Nurul Fadila dalam permohonannya mendakwa, beliau membuat tuntutan itu di mahkamah kerana mendakwa bapanya seorang yang garang dan enggan berbincang berhubung perkahwinannya.

“Saya pernah memberitahu emak saya berhubung hajat kami untuk berkahwin, tetapi emak cakap abah tak bagi.

“Saya menafikan dakwaan abah, Shah Rizan seorang penagih dadah kerana dia bekerja sebagai pakar teknologi maklumat (IT) di Hospital Kuantan,” katanya.

Mohd Hafiz menetapkan 23 November ini sebagai tarikh keputusan berhubung tuntutan kes itu.



__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Guru

Status: Offline
Posts: 546
Date:
RE: ANTARA PUNCA GEJALA SOSIAL & ANAK KAWIN LARI


MAK BAAK GARANG SGT..ANAK2 LARI CARI KEBEBASAN DILUAR..PASTU JADI CAMGINI SAMPAI MASUK MAHKAMAH...


SEMUANYA KURANG AGAMA... LEMAH IMAN...LUMRAH HIDUP KITA SEMUA...



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 143
Date:

Assalamualaikum...

Pada pendapat saya, tak semua salah pada ibubapa atau pasangan tuh...

pada pihak ibubapa sudah pasti ingin yang terbaik untuk anak2 mereka...pada pihak pasangan pula mestilah mahu menikah untuk cinta sejati mereka...

tapi memang tebal muka mak bapak bila anak buat macam tu kat mereka...benda boleh dibawa berbincang...jgn lelaki tu kaki kelepet sudah...kejadian macam ni pernah berlaku dalam keluarga saya tapi tak sampai la mahkamah syariah...

ps: tenang, aman, damai, bertolak ansur... :smile :smile :smile

__________________
Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. Surah Al-Anfaal. Ayat 2


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:


hari ni kawin lari.......esok-esok tak laki / bini lak lari.


 



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 133
Date:

kalau ikutkan statement akhbar tu, tindakan si bapa itu wajar... sudah sepatutnya sebagai seorang bapa berhak buat tapisan, dalam proses pencarian bakal menantu... keturunan, harta, rupa dan agama... kalau si lelaki jujur, zahirkan diri... tak perlu berselindung... cuma teguran pada si bapa jangan garang sangat, sekurang-kurangnya si lelaki  berani datang berjumpa... yang pakai terus buang lagi ramai.

__________________


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:

tontoyo wrote:


kalau ikutkan statement akhbar tu, tindakan si bapa itu wajar... sudah sepatutnya sebagai seorang bapa berhak buat tapisan, dalam proses pencarian bakal menantu... keturunan, harta, rupa dan agama... kalau si lelaki jujur, zahirkan diri... tak perlu berselindung... cuma teguran pada si bapa jangan garang sangat, sekurang-kurangnya si lelaki  berani datang berjumpa... yang pakai terus buang lagi ramai.

satu pandangan yang baik.

__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Ahli Baru

Status: Offline
Posts: 3
Date:
RE: ANTARA PUNCA GEJALA SOSIAL & ANAK KAWIN LARI


cari psangan yg btol2 serasi....
dgr ckp ibu bpa..
restu merka pntig..

__________________
umie...##


Ahli Baru

Status: Offline
Posts: 3
Date:

btol tue,nk khwin kne mntk restu mk ayh dlu kn?blankstare

__________________
umie...##
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard