Bayi kritikal dipercayai didera KUANTAN: Seorang bayi lelaki berusia 45 hari dilaporkan kritikal kerana mengalami pendarahan otak yang serius dipercayai didera di Felda Jengka 9, Bandar Jengka, dekat Maran, sejak 3 Oktober lalu. berita penuh
Juruteknik dituduh bunuh bekas isteri MELAKA: Seorang juruteknik sebuah kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan membunuh bekas isterinya, seorang jururawat, Nor Azmah Ismail, 36. berita penuh
Tertuduh menyesal rogol emak saudara tiri PETALING JAYA: Seorang lelaki dipenjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas mengaku salah merogol emak saudara tirinya yang berusia 12 tahun di sebuah rumah, kira-kira dua tahun lalu. berita penuh
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
...emm...entahlah...patutnya abang2 la yang kena jadi contoh yg baik.. untuk jadi pedoman kami yg muda2 baru nak naik ni..... Tapi itupun jadi teladan untuk kami jugak...
yand baik jadikan teladan... yang buruk jadikan SEMPADAN...
KAJANG: Gara-gara mahu mengutip duit haram, seorang samseng maut dibelasah beramai-ramai oleh 10 lelaki ketika cuba mengugut seorang pemilik kedai kopi di Jalan Batu 12, Kajang.
Dalam kejadian itu, mangsa berusia 47 tahun bersama dua rakan dipukul selain ditetak dengan parang oleh sekumpulan lelaki yang cuba membantu pemilik kedai terbabit.
Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 12 tengah malam kelmarin itu, mangsa yang mempunyai taraf penduduk tetap cedera parah di kepala, leher dan badan.
Menurutnya, mangsa bersama dua rakannya datang ke kedai kopi itu untuk meminta wang perlindungan sekiranya tidak mahu perniagaannya diganggu.
“Bagaimanapun, pemilik kedai itu enggan menghiraukan permintaan kumpulan samseng terbabit menyebabkan berlaku pertengkaran,” katanya.
Melihat keadaan itu, anak mangsa segera menghubungi rakannya meminta bantuan.
Sepuluh lelaki tiba dengan dua Proton Satria sebelum menyerang tiga samseng berkenaan dengan parang.
“Akibat kejadian itu, mangsa yang ditetak lima kali di kepala dan dua rakannya yang cedera ringan ke Hospital Kajang untuk rawatan,” katanya.
Bagaimanapun, mangsa dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur pada jam 4 pagi sebelum dilaporkan mati setengah jam kemudian.
Berikutan itu, polis menahan pemilik kedai terbabit yang berusia 40-an untuk tindakan lanjut selain memburu kumpulan lelaki yang menyerang mangsa.
Siasatan awal polis mendapati, mangsa, Junaidi Bujang, tidak mempunyai pekerjaan tetap.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kajang, Deputi Superintendan Abdul Fatah Ahmad, yang dihubungi mengesahkan kejadian itu.
SAMA SAMA KITA RENUNG, AMBIL IKTIBAR... DENGAR CITERNYE SAMA SAMA ORANG DALAM... SATU MAKRUF, SATU MUNGKAR...
Lebih byk manusia membuat maksiat..syaitan akan lebih kuat mentertawakan manusia..iblis akan lakukan apa saja utk menyesatkan manusia supaya terlibat dgn maksiat..jgn biarkan ini berleluasa..bersatu kita teguh,berpecah kita roboh..amar makruf nahi mungkar..
Assalamualaikum, Lebih byk manusia membuat maksiat..syaitan akan lebih kuat mentertawakan manusia..iblis akan lakukan apa saja utk menyesatkan manusia supaya terlibat dgn maksiat..jgn biarkan ini berleluasa..bersatu kita teguh,berpecah kita roboh..amar makruf nahi mungkar..
kadangkala manusia yang melakukan keja2 bodoh cmni, terdiri daripada golongan yang berpendidikan tinggi, ada juga yang mempunyai pegangan agama yang baik, tetapi 'NAFSU' yang tidak dapat dikawal dengan baik, boleh merosakkan segala-galanya. Kita kena ingat, nafsu tidak boleh kita hapuskan dalam diri kita, tetapi ianya boleh dikawal dengan sebaik-baik mungkin jika kita benar2 menghayati apa yang diajarkan oleh Agama kita. Amar makruf, nahyil mungkar, satu ayat yg cukup bermakna, kita buat apa yang baik, kita hindar segala kemungkaran dengan bersungguh-sungguh, insyallah, apa yang kita perjuangkan boleh dicapai dengan sempurna...
kadangkala manusia yang melakukan keja2 bodoh cmni, terdiri daripada golongan yang berpendidikan tinggi, ada juga yang mempunyai pegangan agama yang baik, tetapi 'NAFSU' yang tidak dapat dikawal dengan baik, boleh merosakkan segala-galanya. Kita kena ingat, nafsu tidak boleh kita hapuskan dalam diri kita, tetapi ianya boleh dikawal dengan sebaik-baik mungkin jika kita benar2 menghayati apa yang diajarkan oleh Agama kita. Amar makruf, nahyil mungkar, satu ayat yg cukup bermakna, kita buat apa yang baik, kita hindar segala kemungkaran dengan bersungguh-sungguh, insyallah, apa yang kita perjuangkan boleh dicapai dengan sempurna...-- Edited by elie at 05:06, 2005-10-23
Astarghfirullahalazim..apa nak jadi ngan org2 skrang??harap2 mereka sedar kesalahan membuang bayi itu serupa seperti membuang agama sendiri..kerana bayi itu rezeki dan generasi kita..kalau semua lakukan begitu serupalah seperti mereka tidak ambil peduli tentang islam..inilah duniawi..mereka harus tahu.."Al-Islamu yaklu walayukla alaih... Islam itu tinggi dan tidak ada yang mengatasi ketinggiannya."..jadi fikirkanlah..