Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: SCENARIO ZIARAH & PENGKEBUMIAN ALLAHYARHAM DATIN SERI ENDON


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:
SCENARIO ZIARAH & PENGKEBUMIAN ALLAHYARHAM DATIN SERI ENDON


Al-fatihah...


Semuga roh allahyarhamah dicucuri rahmat.


Alhamdulillah


R&D yang telah mendapat panggilan lansung dari JPM, di arahkan ziarah dan memberikan penghormatan terakhir, penuh istiadat hingga selesai upacara pengkebumian oleh Dato Presiden dan Dato Amat Ali JPM.


Gambar kenangan kami abadikan di alamat berikut (sila klik)


http://www.pekida.org/endun.htm


 



__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Guru

Status: Offline
Posts: 742
Date:
RE: SCENARIO ZIARAH & PENGKEBUMIAN ALLAHYARHAM DATIN SERI ENDON


Assalamualaikum...



Pada jam 9.00 pagi, 20 Oktober 2005, Pengarah RND Pekida Pusat Dr Hj Masjuki telah mendapat penggilan dari wakil JPM dan sekali lagi panggilan oleh YB Dato' Presiden Pekida Malaysia sejurus selepas itu beserta arahan untuk mewakili Pekida Malaysia ke Putrajaya bagi menziarahi dan memberikan penghormatan terakhir kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Endon Mahmood, yang meninggal dunia akiibat kanser payu dara.


Sehubungan itu, Jemaah RND Pekida Pusat telah mula di hubungi dan berkumpul di ibu pejabat RND Pekida Pusat sejak jam 1 tengahari lagi. Setelah solat Zuhur, rombongan Team RND Pekida Pusat bertolak ke Putrajaya dengan diketuai oleh Dr. Hj. Masjuki. Rombongan tiba di Kompleks Seri Perdana lebih kurang jam 2.30 petang. Dengan berpakaian seragam baju melayu hitam lengkap bagaikan sebahagian dari protokol atau istiadat majlis. Waktu itu diperuntukkan untuk lawatan VVIP, Duta Negara Asing serta raja-raja Melayu.


Cuaca mendung dan hujan renyai-renyai yang turun pada petang itu bagaikan mengiringi pemergian Allahyarham. Rombongan dipersilakan masuk dan terus melapor diri pada Presiden Pekida, Dato Dr. Hj. Fuad Hj Ahmad, yang kebetulan berada di sana bersama Kekanda Mazni, Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan dan Ali Boo. Selepas itu, rombongan RND Pekida Pusat memasuki Dewan Penghormatan bagi bertemu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan mengucapkan takziah kepada beliau. Beliau juga turut mengucapkan terima kasih pada rombongan Jemaah RND Pekida Pusat atas kehadiran.  


Di Seri Perdana, Jemaah RND Pekida Pusat juga sempat membacakan Yassin secara berjemaah untuk Allahyarham sebelum jenazah di bawa ke Masjid Putrajaya. Sebelum beredar, Pengarah R&D Dr Hj Masjuki berkesempatan mengabadikan ucapan dalam buku ucapan Takziah mewakili Seluruh Warga Pekida Malaysia. Seluruh anggota yang hadir turut menurunkan tandatangan.


Sejurus selepas itu, rombongan RND Pekida Pusat bergegas ke Tanah Perkuburan Islam di Presint 20. Di sana rombongan ditempatkan bersama-sama para VIP dalam kemah khas. Sambil menunggu jenazah tiba, rombongan sekali lagi membacakan Yassin secara berjemaah untuk Allahyarham.


Selesai upacara pengkebumian, Rombongan RND Pekida Pusat sempat beramah mesra dengan beberapa orang kenamaan seperti Menteri Besar Selangor Dato' Seri Dr. Mohd. Khir Toyo, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Azmi Khalid, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Tan Sri Dato' Seri Ramli bin Ngah Talib, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Datuk Seri Abd Ghani Othman, Dato' Seri Haji Idris Bin Jusoh, Dato' Seri Mohamad Hasan dan ramai lagi VIP yang tertarik melihat penampilan Team RND Pekida Pusat.


Turut berada di Kemah itu bersama Pak Lah ialah Tn Dr Mahathir, Mantan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri najib Tun Razak, Menteri-menteri Kabinet.


Di akhir majlis rombongan RND Pekida Pusat berbaris tanda hormat ketika keberangkatan pulang tetamu kehormat sebelum berangkat pulang. Kami sempat berbuka puasa beramai-ramai di ibu pejabat RND Pekida Pusat di Sg. Ramal, Kajang.


Akhir kata, takziah dari kami di RND Pekida Pusat. Semoga roh Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.


Al-Fatihah.


Wasalam.


ps: Untuk paparan gambar sila klik di http://www.pekida.org/endun.htm



-- Edited by suluh30 at 15:42, 2005-10-21

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 281
Date:
RE: SCENARIO ZIARAH & PENGKEBUMIAN ALLAHYARHAM DATIN SERI ENDON


Maaf Kanda Zack, sebab terpaksa edit sikit. Ada yg kurang tepat, takut kene fire nanti... jangan marah yerkk...?

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 77
Date:

Dari gambar nampak jelas kewibawaan pemimpin...


terasa sangat rugi tak dapat turut serta...


saya sedang menghadapi exam.. nak buat camner...


apa pun tahniah lah R&D... tak siapa boleh sangkal lagi yang r&d dah berjaya mengangkat martabat Pekida Malaysia.



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 79
Date:

ucapan takziah utk pak lah sekeluarga.


tahniah kepada r&d kerana mewakili adik beradik ziarah paklah sampai selesai pengkebumian.


al-fatihah.



__________________
Selamat Hari Raya Aidiladha dari cucu ADAM


Senior

Status: Offline
Posts: 114
Date:

HAFEEZ wrote:


Dari gambar nampak jelas kewibawaan pemimpin... terasa sangat rugi tak dapat turut serta... saya sedang menghadapi exam.. nak buat camner... apa pun tahniah lah R&D... tak siapa boleh sangkal lagi yang r&d dah berjaya mengangkat martabat Pekida Malaysia.


saya dapat merasakan kerugiannya...


apa pun takziah untuk Pak Lah...



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 345
Date:

Mohon maaf kerna tidak dapat turut serta.Tahniah rnd kerana telah melaksanakan salah satu fardu kifayah.

__________________
nor mazwan bin mazlan


Veteran

Status: Offline
Posts: 35
Date:
RE: SCENARIO ZIARAH & PENGKEBUMIAN ALLAHYARHAM DATIN SERI ENDON


Al-fatihah.......


Saya juga turut menziarahi arwah di kediaman sri perdana..tapi saya pergi dengan offismate...dan kami sampai jam 10.30 pagi, begitu ramai orang yang menziarah termasuk menteri2. dato'2,vip dan orang awam...sehingga keadaan tak terkawal di luar perkarangan sri perdana kerana ramai yang berasak2, berebut2, utk masuk kediaman PM, sehingga terjadi peristiwa lucu apabila menteri2 dan dato'2 masing2 mencari kasut, yang jumpa kasut ok la tapi yg tak jumpa terpaksa berkaki ayam naik kereta  .alhamdulillah setelah 2 jam bersesak2 di luar, dapat juga saya masuk menziarahi arwah dan bersalam dengan pak lah.Hujan lebat turut mengiringi pemergian arwah....balik jam 1.00 petang dan pakaian basah kuyup akibat hujan, nak masuk utk berteduh memang tak dapat sebab terlalu ramai orang..



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 368
Date:
RE: SCENARIO ZIARAH & PENGKEBUMIAN ALLAHYARHAM DATIN SERI ENDON


Kita kehilangan seorang wanita yang hebat, seorang ibu yang mithali... Banyak jasa yang telah ditaburkan oleh beliau kepada negara.... Kehilangannya amat dirasai oleh semua orang.


Al Fatihah.. Allahyarham Datin Seri Endon dalam kenangan..



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 71
Date:


Anom wrote:





Al-fatihah.......


Saya juga turut menziarahi arwah di kediaman sri perdana..tapi saya pergi dengan offismate...dan kami sampai jam 10.30 pagi, begitu ramai orang yang menziarah termasuk menteri2. dato'2,vip dan orang awam...sehingga keadaan tak terkawal di luar perkarangan sri perdana kerana ramai yang berasak2, berebut2, utk masuk kediaman PM, sehingga terjadi peristiwa lucu apabila menteri2 dan dato'2 masing2 mencari kasut, yang jumpa kasut ok la tapi yg tak jumpa terpaksa berkaki ayam naik kereta  .


alhamdulillah setelah 2 jam bersesak2 di luar, dapat juga saya masuk menziarahi arwah dan bersalam dengan pak lah.Hujan lebat turut mengiringi pemergian arwah....balik jam 1.00 petang dan pakaian basah kuyup akibat hujan, nak masuk utk berteduh memang tak dapat sebab terlalu ramai orang..





WAHHH... KAGUM DENGAN SEMANGT ANOM... SANGGUP BERHUJAN MENUNGGU GILIRAN DEMI BONDA TERCINTA... ENDON...


AL-FATIHAH.



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 23
Date:

kenapa gambar tak boleh buka

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 33
Date:

mungkin ada yg tak kene dgn komputer awak... saya baru buka lancar dia keluar...

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 156
Date:

mazwan wrote:


Mohon maaf kerna tidak dapat turut serta.Tahniah rnd kerana telah melaksanakan salah satu fardu kifayah.




__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 56
Date:

Abg Mail pun ada kontrol ensem...

__________________


Ahli Baru

Status: Offline
Posts: 3
Date:

SEMOGA ROH ISTERI PERDANA MENTERI KESAYANGAN RAKYAT MALAYSIA DICUCURI RAHMAT OLEH ALLAH S.W.T.


Saya tak berkesempatan untuk menziarahi semasa majlis pengkebumiaan, apa yang saya dapat lakukan adalah berdoa kepada Allah.S.W.T. agar memberikan hidayahNya kepada Allahyarhamah...dan memberikan kekuatan kepada Pak Lah...



__________________
sains..............


Senior

Status: Offline
Posts: 393
Date:

al fatihah


salam takziah dari hambo


ge gurlz de sauza...


 



__________________
PEJUANGKAN APE YANG PERLU DIPERJUANGKAN...///
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard