Maaf tidak dapat menghubungi semua dik beradik dalam jangkawaktu yg sangat singkat itu.
Apa pun, syukurlah kerana semuanya berjalan lancar.
r&d hadir bersama sekitar 20 anggota dengan pakaian lengkap suit melayu hitam bersongkok jalur. Berita penuh akan di sampaikan oleh zack bikers. gambar dah kami loadkan di galeri bergambar. atau terus saja ke
semoga roh Allahyarhamah Datin Seri Endon ditempatkan bersama-sama dikalangan orang2 yang solehah..
ucapan terima kasih kepada kanda mas serta r&d yang telah pergi menziarahi jenazah allahyarhamah kerana mewakili seluruh warga PEKIDA yang tidak dapat hadir..
Pada jam 9.00 pagi, 20 Oktober 2005, Pengarah RND Pekida Pusat Dr Hj Masjuki telah mendapat penggilan dari wakil JPM dan sekali lagi panggilan oleh YB Dato' Presiden Pekida Malaysia sejurus selepas itu beserta arahan untuk mewakili Pekida Malaysia ke Putrajaya bagi menziarahi dan memberikan penghormatan terakhir kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Endon Mahmood, yang meninggal dunia akiibat kanser payu dara.
Sehubungan itu, Jemaah RND Pekida Pusat telah mula di hubungi dan berkumpul di ibu pejabat RND Pekida Pusat sejak jam 1 tengahari lagi. Setelah solat Zuhur, rombongan Team RND Pekida Pusat bertolak ke Putrajaya dengan diketuai oleh Dr. Hj. Masjuki. Rombongan tiba di Kompleks Seri Perdana lebih kurang jam 2.30 petang. Dengan berpakaian seragam baju melayu hitam lengkap bagaikan sebahagian dari protokol atau istiadat majlis. Waktu itu diperuntukkan untuk lawatan VVIP, Duta Negara Asing serta raja-raja Melayu.
Cuaca mendung dan hujan renyai-renyai yang turun pada petang itu bagaikan mengiringi pemergian Allahyarham. Rombongan dipersilakan masuk dan terus melapor diri pada Presiden Pekida, Dato Dr. Hj. Fuad Hj Ahmad, yang kebetulan berada di sana bersama Kekanda Mazni, Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan dan Ali Boo. Selepas itu, rombongan RND Pekida Pusat memasuki Dewan Penghormatan bagi bertemu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan mengucapkan takziah kepada beliau. Beliau juga turut mengucapkan terima kasih pada rombongan Jemaah RND Pekida Pusat atas kehadiran.
Di Seri Perdana, Jemaah RND Pekida Pusat juga sempat membacakan Yassin secara berjemaah untuk Allahyarham sebelum jenazah di bawa ke Masjid Putrajaya. Sebelum beredar, Pengarah R&D Dr Hj Masjuki berkesempatan mengabadikan ucapan dalam buku ucapan Takziah mewakili Seluruh Warga Pekida Malaysia. Seluruh anggota yang hadir turut menurunkan tandatangan.
Sejurus selepas itu, rombongan RND Pekida Pusat bergegas ke Tanah Perkuburan Islam di Presint 20. Di sana rombongan ditempatkan bersama-sama para VIP dalam kemah khas. Sambil menunggu jenazah tiba, rombongan sekali lagi membacakan Yassin secara berjemaah untuk Allahyarham.
Selesai upacara pengkebumian, Rombongan RND Pekida Pusat sempat beramah mesra dengan beberapa orang kenamaan seperti Menteri Besar Selangor Dato' Seri Dr. Mohd. Khir Toyo, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Azmi Khalid, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Tan Sri Dato' Seri Ramli bin Ngah Talib, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Datuk Seri Abd Ghani Othman, Dato' Seri Haji Idris Bin Jusoh, Dato' Seri Mohamad Hasan dan ramai lagi VIP yang tertarik melihat penampilan Team RND Pekida Pusat.
Turut berada di Kemah itu bersama Pak Lah ialah Tn Dr Mahathir, Mantan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri najib Tun Razak, Menteri-menteri Kabinet.
Di akhir majlis rombongan RND Pekida Pusat berbaris tanda hormat ketika keberangkatan pulang tetamu kehormat sebelum berangkat pulang. Kami sempat berbuka puasa beramai-ramai di ibu pejabat RND Pekida Pusat di Sg. Ramal, Kajang.
Akhir kata, takziah dari kami di RND Pekida Pusat. Semoga roh Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.
Walaupun tak dapat ikut sama, tapi dari lapuran bergambar cukup membuatkan saya bangga jadi ahli pekida. Terima kasih kerana mewakili keluarga besar Pekida ...
ucapan takziah diucapkan dari saya untuk perdana menteri kita dan keluarga keatas kepergian Allahyarham Puan Sri Endon.. Marilah kita meyedekahkan Al-Fatihah