Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Ahli Parlimen ucap takziah


Veteran

Status: Offline
Posts: 71
Date:
Ahli Parlimen ucap takziah


Ahli Parlimen ucap takziah




SIMPATI: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat dan Ketua Dewan Pemuda Pas,
Salahuddin Ayub hadir memberi penghormatan terakhir.

KUALA LUMPUR: Seluruh warga Ahli Parlimen merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi atas kepulangan isteri beliau, Datin Seri Endon Mahmood ke rahmatullah, semalam.

Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Shahrir Abdul Samad, berkata Ahli Parlimen amat sedih dan mengucapkan takziah kepada Perdana Menteri dan semoga beliau bersabar.

“Saya tahu ini adalah kehilangan besar kepada keluarga Perdana Menteri kerana hubungan mereka rapat, lebih-lebih lagi karier politik Pak Lah disokong kuat isterinya,” katanya di Lobi Parlimen, semalam.

Serentak itu, persidangan Dewan Rakyat semalam ditangguhkan sehingga Isnin ini sebagai menghormati pemergian Endon.

Pengumuman dibuat Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib, sebaik persidangan dimulakan pada jam 10 pagi.

“Saya bagi pihak ahli Yang Berhormat dan pihak Parlimen seluruhnya mengucapkan setinggi-tinggi takziah kepada Perdana Menteri serta seluruh anggota keluarganya.

“Kita berdoa semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya di kalangan mereka yang salih dan salihah,” katanya.

Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang, berkata berita pemergian Endon amat mengejutkan pada saat rakyat berasa peluangnya untuk sembuh daripada penyakit barah yang dihidapinya amat tinggi.

“Walaupun sering tidak dapat menemani Perdana Menteri sebagai wanita pertama sepanjang dua tahun kebelakangan ini, beliau tetap mempunyai kesan mendalam di hati rakyat sebagai individu penyayang serta gemar membuat kerja kebajikan.

“Sifatnya yang tidak pernah mengalah dalam memerangi barah hingga ke akhir hayat patut dicontohi wanita lain di negara ini yang berdepan dengan nasib sama,” katanya.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata seluruh pimpinan Pas merakamkan ucapan takziah kepada Abdullah dan keluarga serta berharap beliau bersabar menempuhi ujian Allah.

“Semoga rohnya dirahmati Allah,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dikirimkan timbalannya, Nasharuddin Mat Isa, dari Makkah.

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 71
Date:

Lebih 50,000 rakyat beri penghormatan terakhir




SABAR: Orang ramai berpusu-pusu ke
Seri Perdana sebaik menerima berita
pemergian isteri Perdana Menteri.

PUTRAJAYA: Kompleks Seri Perdana di Presint 10 di sini yang sepi sekian lama menjadi tumpuan puluhan ribu rakyat apabila berita pilu pemergian isteri Perdana Menteri, Datin Seri Endon Mahmood, dihebahkan pagi semalam.

Hujan renyai-renyai yang sekali sekala lebat, tidak menghalang kira-kira 50,000 orang termasuk orang kenamaan, pegawai kerajaan, orang awam dan perwakilan asing untuk terus membanjiri kompleks yang tersergam indah itu.

Kehadiran begitu ramai rakyat menyebabkan laluan ke situ sesak dengan bahu di kiri kanan jalan dibarisi kenderaan sehingga lebih dua kilometer.

Walaupun laluan begitu sesak, kawalan lalu lintas yang dilakukan anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya, berjaya mengelak daripada menjadi tidak terkawal.

Orang ramai berjalan mendaki laluan berbukit ke bahagian utama kompleks kediaman rasmi Perdana Menteri itu dalam barisan yang tidak putus-putus - pemandangan yang kali terakhir dilihat ketika majlis rumah terbuka Aidilfitri di situ tiga tahun lalu.

Orang kenamaan pula tiba menderu dengan kenderaan masing-masing di luar anjung utama kompleks kediaman itu, menambahkan lagi kesibukan dan kebingitan yang semakin meningkat menjelang 10 pagi.

Pada satu ketika, suasana di anjung utama agak kelam kabut berikutan orang ramai berpusu-pusu mencari tempat berteduh apabila hujan. Anggota polis turut dikerah bagi mengelak menjadi tidak terkawal.

Di Dewan Besar bacaan Surah Yassin memenuhi ruang ketika barisan pengunjung bergerak perlahan memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Endon yang diletakkan di atas pembaringan dan diselimuti kain bersulam berwarna krim.

Anaknya, Kamaluddin dan Nori Abdullah, serta saudara mara duduk di sekeliling. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan menantu, Khairy Jamaluddin, pula berdiri berhampiran pintu untuk menyambut pengunjung dan menerima ucapan takziah.

Di surau di bawah dewan itu, isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, kelihatan duduk bersama sekumpulan wanita kenamaan lain sambil asyik membuat kalungan bunga melur.

“Kami mengikat bunga jasmin ini untuk menyelimuti keranda dan juga payung. Kami juga akan meletakkan bunga itu di pusara nanti,” kata Dr Siti Hasmah sebak.

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 71
Date:
Keluarga tenang ketika jenazah disemadikan


Keluarga tenang ketika jenazah disemadikan




PENGHORMATAN: Keluarga Allahyarham menabur bunga dan
menyiram air mawar di pusara Endon. Turut
kelihatan Abdullah dan Najib.

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tenang ketika jenazah isterinya, Datin Seri Endon Mahmood dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Selatan, Presint 20, di sini petang semalam.

Cuaca muram sejak pagi semalam sehingga hujan berhenti sejurus jenazah tiba di tanah perkuburan kira-kira jam 5.05 petang menimbulkan suasana syahdu, tetapi Abdullah kelihatan tenang sambil bersalaman dengan mereka yang menziarah.

Abdullah yang diiringi dua anaknya – Kamaludin dan Nori begitu tabah melalui detik menyedihkan – sesuatu yang sukar digambarkan dengan kata-kata kecuali riak wajah Abdullah yang penuh reda.

Ketika menyiram air mawar, Abdullah tenang dengan wajah reda dan berserah atas pemergian Endon selepas lebih tiga tahun menanggung derita penyakit barah.

Seperti bapa mereka, Kamaludin dan Nori juga tabah menatap jenazah ibu diturunkan ke liang lahad.

Bacaan talkin oleh Pemangku Imam Besar Masjid Putra, Abdul Manaf Mat melatari kesyahduan majlis pengebumian yang dihadiri lebih 1,000 kenamaan dan rakyat.

Selain Abdullah, Nori dan Kamaludin turut menyiram air mawar, termasuk menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor juga menyiram air mawar dan menabur bunga di pusara Allahyarham.

Majlis pengebumian Allahyarham dihadiri kenamaan asing termasuk Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah yang mewakili ayahandanya, Sultan Brunei, dan isteri Dayangku Sarah Pengiran Salleh Ab Rahaman.

Sementara itu, Kamaludin ketika ditemui selepas majlis pengebumian berkata, keluarganya terharu dengan kehadiran ramai kenalan serta rakyat dari dalam dan luar negara.

Katanya, semua ahli keluarga lega kerana sembahyang jenazah dan pengebumian lancar hingga selesai sepenuhnya kira-kira 6.30 petang.

Semua sanak-saudara terdekat berada bersama arwah sebelum ibu menghembus nafas terakhir pagi tadi (semalam)," katanya tenang.

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 71
Date:
Rakyat bersedih


Rakyat bersedih -- Kembalinya ke rahmatullah isteri PM, Endon Mahmood







ABDULLAH Ahmad Badawi menyiram air mawar ke pusara isterinya, Endon Mahmood di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 di Putrajaya semalam. - Gambar AZMAN GHANI.




KUALA LUMPUR 20 Okt. - Rakyat Malaysia bersedih atas kematian isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Datin Seri Endon Mahmood di Seri Perdana, Putrajaya pagi ini, setelah dengan sabar dan tabah bertarung dengan kanser payu dara sejak tiga tahun lalu.


Beliau berusia 64.


Kematian Endon pukul 7.50 pagi ini - kurang dua bulan selepas pasangan itu meraikan ulang tahun perkahwinan ke-40 - amat menyentuh perasaan semua pihak.


Abdullah-Endon disifatkan sebagai pasangan bahagia, ibarat isi dengan kuku, yang amat rapat dan jarang berpisah.


Suasana mendung dan disusuli gerimis di Lembah Klang, termasuk di Putrajaya seolah-olah turut merasai kehilangan wanita pertama negara itu.


Abdullah sering memanggil Endon sebagai ``Penyokong No.1''nya. Semasa ibunya meninggal dunia pada Februari tahun lalu, Abdullah menelefon Endon yang sedang menjalani rawatan di Los Angeles, Amerika Syarikat memberitahunya: ``Saya telah kehilangan seorang ibu dan saya tidak mahu kehilangan kamu pula.''


Namun Allah lebih menyayangi Endon. Abdullah kehilangan wanita yang paling disayangi - 10 hari sebelum genap dua tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia kelima.


Dalam ketenangannya, Abdullah dilihat tidak berupaya menyembunyikan sebaknya. Air mata Abdullah berlinangan ketika didakapi beberapa hadirin.


Endon menghembuskan nafas terakhir di sisi Abdullah, dua anak mereka, Kamaluddin dan Nori, menantu Azrene Abdullah dan Khairy Jamaluddin serta empat cucu. Ibu Allahyarham Datin Mariam Abdullah, berketurunan Jepun, juga berada di sisinya.


Allahyarham berkeadaan separuh sedar, tenang dan tidak berkata apa-apa semasa menghembuskan nafas terakhir, kata Kamaluddin kepada satu agensi berita.


Ribuan rakyat jelata daripada pelbagai kaum beratur panjang sejak 9 pagi untuk memasuki ke Seri Perdana bagi menatap buat kali terakhir wanita yang mereka kagumi itu. Kesayuan wajah-wajah mereka menggambarkan kedukaan.


Selain pembesar-pembesar negara dan rakan taulan, turut menziarahi ialah pembesar beberapa negara asing.


Jenazah Allahyarham kemudian dibawa ke Masjid Putrajaya. Tiba di situ, azan Asar menyambut jenazah yang diusung perlahan-lahan ke ruang masjid, lalu disolatkan ratusan jemaah. Jenazah Endon dibawa ke Tanah Perkuburan Islam di Presint 20, Putrajaya dan selamat disemadikan pada pukul 5.30 petang.


Endon, atau lebih mesra dipanggil `Kak Endon' akan sentiasa diingati sebagai seorang wanita yang murah hati dan suka merendah diri.


Allahyarham mula dikesan menghidap barah payu dara pada 2003 setelah kakak kembarnya, Noraini meninggal dunia akibat penyakit itu pada tahun tersebut.


Sebagai pesakit kanser dan pejuang penyakit itu beliau pernah berkata: ``Seseorang pesakit kanser boleh diibaratkan sebagai `pemenang' kerana kekuatan, ketabahan dan semangat jitu mereka berjuang melawan penyakit tersebut.''



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 71
Date:
PM ucap terima kasih


PM ucap terima kasih







ABDULLAH Ahmad Badawi yang diapit oleh anak-anaknya, Kamaluddin dan Nori serta menantu, Khairy Jamaluddin memberi ucapan ringkas sebelum jenazah Endon Mahmood (belakang) dibawa keluar dari Seri Perdana untuk disembahyangkan di Masjid Putra dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 di Putrajaya semalam.




PUTRAJAYA 20 Okt. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan kesejahteraan isterinya, Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood sehingga ke akhir hayat beliau.


Perdana Menteri yang kelihatan sebak turut berharap semoga Allah berkati dan mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham.


``Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 7.50 pagi ini, saya berharap semoga bacaan Yasin dan doa oleh tuan-tuan semua diberkati Allah dan disampaikan kepada roh Allahyarham, mudah-mudahan nanti Allahyarham ditempatkan bersama para solihin di sisi Allah.


``Kalau ada apa-apa masalah hutang membabitkan isteri saya atau apa-apa (barangan) yang belum dipulangkan balik atau perkara yang belum selesai, berjumpalah dengan ahli keluarga kami,'' kata Perdana Menteri.


Abdullah berkata demikian ketika menyampaikan ucapan ringkas di hadapan kediaman rasminya di Seri Perdana sejurus sebelum jenazah Allahyarham dibawa masuk ke dalam van jenazah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk dibawa ke Masjid Putra di sini sebelum dikebumikan.


Beliau yang berdiri di samping anak-anak, menantu dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengucapkan terima kasih kepada para hadirin yang datang memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Allahyarham.


``Kepada semua yang hadir, saya, anak-anak dan ahli keluarga ucapkan berbanyak terima kasih kerana telah berdoa untuk Endon, sekian wassalam,'' katanya.



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 114
Date:
Biodata Endun


Biodata


Nama: Datin Paduka Seri Endon Datuk Mahmood


Tarikh Lahir: 24 Disember 1940


Keturunan: Melayu


Agama: Islam


Nama suami: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi


Jumlah anak: Dua orang (seorang lelaki dan perempuan)


Nama anak: Kamaluddin (berkahwin dengan Azrene Abdullah), Nori (berkahwin dengan Khairy Jamaluddin Abu Bakar)


Jumlah cucu: Empat orang (sehingga tahun 2003)


PENDIDIKAN


Sekolah Rendah: Sekolah Kebangsaan Methodist (dahulu dikenali sebagai Sekolah Anglo-Chinese), Kampar, Perak


Sekolah Menengah: St. Mary's Secondary Girls School, Kuala Lumpur


KARIER


Kerajaan:


- Berkhidmat dengan kerajaan sehingga bersara pilihan pada tahun 1976


- Kali terakhir berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Awam


Swasta:


- Memiliki kedai batik di Plaza Damansara


- Canselor Universiti Terbuka Malaysia (OUM) - Canselor pertama di OUM


- Pengerusi Yayasan Budi Penyayang Malaysia, Presiden Pertubuhan Kebajikan Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI)


AKTIVITI LAIN


- Membantu kerja-kerja amal, sosial dan kemasyarakatan khususnya kebajikan dan program membantu wanita serta kanak-kanak.


- Berjaya menerajui beberapa projek kebajikan contohnya Tabung Kebajikan Bosnia, Tabung Kanak-Kanak Korea Utara dan Tabung Kebajikan Kosovo.



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 217
Date:
RE: Ahli Parlimen ucap takziah



Pengarah RnD Pekida Pusat juga turut hadir memberi penghormatan terakhir.


Al-Fatihah ...



-- Edited by WanBos at 16:23, 2005-10-22

__________________

~Solat Tiang Agama~
wanbos@prihatin.com
0163233036


Senior

Status: Offline
Posts: 156
Date:

WanBos wrote:


Pengarah RnD Pekida Pusat juga turut hadir memberi penghormatan terakhir. Al-Fatihah ...-- Edited by WanBos at 16:23, 2005-10-22


abang wan, jemaah r&d pergi sama la, atas arahan Dato' Presiden dan JPM. bukan kanda Mas saja...


dok sebut nama pengarah jer, nak bodek ke aperrr...///... ???



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard