KAJANG: Gara-gara mahu mengutip duit haram, seorang samseng maut dibelasah beramai-ramai oleh 10 lelaki ketika cuba mengugut seorang pemilik kedai kopi di Jalan Batu 12, Kajang.
Dalam kejadian itu, mangsa berusia 47 tahun bersama dua rakan dipukul selain ditetak dengan parang oleh sekumpulan lelaki yang cuba membantu pemilik kedai terbabit.
Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 12 tengah malam kelmarin itu, mangsa yang mempunyai taraf penduduk tetap cedera parah di kepala, leher dan badan.
Menurutnya, mangsa bersama dua rakannya datang ke kedai kopi itu untuk meminta wang perlindungan sekiranya tidak mahu perniagaannya diganggu.
“Bagaimanapun, pemilik kedai itu enggan menghiraukan permintaan kumpulan samseng terbabit menyebabkan berlaku pertengkaran,” katanya.
Melihat keadaan itu, anak mangsa segera menghubungi rakannya meminta bantuan.
Sepuluh lelaki tiba dengan dua Proton Satria sebelum menyerang tiga samseng berkenaan dengan parang.
“Akibat kejadian itu, mangsa yang ditetak lima kali di kepala dan dua rakannya yang cedera ringan ke Hospital Kajang untuk rawatan,” katanya.
Bagaimanapun, mangsa dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur pada jam 4 pagi sebelum dilaporkan mati setengah jam kemudian.
Berikutan itu, polis menahan pemilik kedai terbabit yang berusia 40-an untuk tindakan lanjut selain memburu kumpulan lelaki yang menyerang mangsa.
Siasatan awal polis mendapati, mangsa, Junaidi Bujang, tidak mempunyai pekerjaan tetap.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kajang, Deputi Superintendan Abdul Fatah Ahmad, yang dihubungi mengesahkan kejadian itu.
SAMA SAMA KITA RENUNG, AMBIL IKTIBAR... DENGAR CITERNYE SAMA SAMA ORANG DALAM... SATU MAKRUF, SATU MUNGKAR...
dah takde kerja lain ker diaorang nie? Tuhan dah beri akal, sihat tubuh badan tapi kerja haram juga yang dibuat.. kan dah kena bunuh.. saja cari penyakit!!!
harap-harap takde sesiapa dalam jemaah kita yang buat kerja sebegini.. carilah pekerjaan yang halal...
tapi ini lah yg kita tak nak, sesekali menda tak terancang macam ni keluargak kat akhbar. Habis semua terpalit... cakap cakap kedai kopi jadi kenyataan... apa nak di kata lagi...
bila kita buat program baik dan keluar surat khabar, nanti puak puak ni marah pulak... padahal itu yg menjernihkan nama pekida di mata masyarakat...
semuga semua dapat pelajaran dan ambil iktibar dari musibah ini.
benda mcm nie patut dijadikan iktibar..jgn kita lakukan kerja yg terkutuk..mmg didunia kita tidak fikirkan azab neraka..tapi bila sampai masanya tlh terlambat utk berpatah balik..sepandai-pandai tumpai melompat,akhirnya jatuh ke tanah jua..amar makruf nahi mungkar mesti diingat..
Pasti ke dia ni org KITA? tapi kalau melalui cerita-cerita yg pastinya beliau org dalam yg satu lagi tu. Iya jon kajang urang awak nan juo, itu kita dgr cerita yang tak baik, ade juga cerita yang baiknya saudara jon ni, dia ni memang hormat org tua, dan sayangkan budak-budak. Apapun al-fatihah untuk beliau.
wassalam
__________________
"SALAM KASIH SAYANG DAN IKATAN MESRA PERJUANGAN" -
hurmm...surat khabar ni cerita lain...cerita sebenar di sebalik kejadian tu...rasa-rasanya lain kot...tp yg pastinya arwah tu mmg org 'dalam'..sama2 kita doakan kesejahteraan beliau...jgn duk tgk salah org je..yg baik nye kita x tgk...heheheh...
erm nak buat macamane sekarang ni allah bayar cash jer on the spot kene so yg ada niat nak wat camnie pikir la elok elok kat malasyia nie banyak kerja yg halal
__________________
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH KEMUKAKAN TANGGUNGJAWAB AMANAH (KAMI) KEPADA LANGIT DAN BUMI SERTA GUNUNG-GANANG (UNTUK MEMIKULNYA), MAKA MEREKA ENGGAN MEMIKULNYA DAN BIMBANG TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKANNYA, DAN MANUSIA SANGGUP MEMIKULNYA…."
saya rasa baik kita tutup jer la citer ni... amat mengaibkan. yang pergi biarlah pergi. yang hidup harap tak jadi pengganti kepada perbuatan macam ni... mari kita bina kehidupan cara sihat. bersihkan nama pekida malaysia.
cukupla takat ni...toksah sambung lagi..sokkabaq cucuk kita jgn cepat melatah...dia ada kata org dalam punya gheja ka...kalau takdak..baik diam....dr org tak tau ..org jadi tau...
AMAL YG MENYELAMATKAN KITA DARI API NERAKA ESOK IALAH DIAM...TAK TAU DIAM...MINTA TOLONG... kalau ada perkara sebegini terjadi lagi jgn utarakan disini...jgn buka pekung didada..yang merana PEKIDA KITA...
biaq padan ngan muka tu sapa suruh buat kerja camtuh...
yg dok tarik keta pun ingat2 skett....
aku mmg anti adik beradik jd penarik keta...
Dear Friends... We are never too old to learn and never too young to die Follow the step of ulama' to learn and follow the step of syuhada' to die So, Life For Islam
saLams..nih dah Lumrah kehidupan didunia!!~~sumer nak tunjOk POWER masing2..jgn saLah guna perkataan PEKIDA..jgn dada jLn depan mentang2 dah jadi ahLi PEKIDA!! kiter masuk PEKIDA ada tujuan dan bOkan utk bergadOh..amin
bLaCkPePPer wrote: saLams..nih dah Lumrah kehidupan didunia!!~~sumer nak tunjOk POWER masing2..jgn saLah guna perkataan PEKIDA..jgn dada jLn depan mentang2 dah jadi ahLi PEKIDA!! kiter masuk PEKIDA ada tujuan dan bOkan utk bergadOh..amin