Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: `Saya sunyi, sunyi...'


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:
`Saya sunyi, sunyi...'




http://www.utusan.com.my/pix/2005/1022/Utusan_Malaysia/Muka_Hadapan/mh_01_big.jpg

ABDULLAH Ahmad Badawi bersama keluarganya di pusara Allahyarham Endon Mahmood di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 21 Okt. - ``Saya sunyi, sunyi...'' Cukup perlahan kata-kata itu keluar dari mulut Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi apabila ditanya perasaan beliau sejak kepulangan isterinya, Datin Seri Endon Mahmood ke rahmatullah, semalam.

Bukan sekali, malah dua kali Abdullah menyatakan perasaannya itu, membayangkan betapa perpisahan dengan orang tersayang setelah hidup bersama selama 40 tahun adalah sesuatu yang amat memberi kesan dalam hidupnya.

Para pemberita dan jurugambar yang menunggu ketibaannya di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 pagi ini, turut tersentuh dengan luahan kesedihan pemimpin negara itu, lantas mereka tertunduk sayu.

Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Ternyata kesibukan Perdana Menteri menerima kunjungan orang ramai dan dikelilingi anak, cucu, saudara-mara dan rakan taulan sejak awal pagi semalam sehingga ke hari ini tidak mampu menandingi kehadiran Allahyarham Endon di sisi.

Menurut Abdullah, semua ahli keluarganya ada bersama beliau ketika ini dan banyak memberi sokongan kepadanya.

``Keluarga banyak memberi sokongan. Semua ada dengan saya, anak-anak dan cucu-cucu semua ada,'' katanya ketika ditemui pemberita semasa menziarahi pusara Allahyarham Endon, di sini hari ini.

Turut menemani Perdana Menteri ialah anak-anaknya iaitu Kamaluddin bersama isteri, Azrene Abdullah dan Nori bersama suami, Khairy Jamaluddin serta tiga orang cucunya.

Rakan karib Allahyarham Endon, Leela Mohamad Ali turut berada di pusara tersebut sebelum ketibaan Abdullah.

Ketika ditanya bagaimana beliau mampu menghadapi situasi tersebut, Abdullah dengan wajah yang cukup tenang berkata:

``Tak tahulah...boleh jadi fasal agama itu penting. Ajaran agama kita walaupun kita kehilangan seseorang ahli keluarga tetapi kita mesti banyak sabar.''

Beliau yang tiba di pusara itu kira-kira pukul 12.35 tengah hari, terus melambaikan tangan dan memberi salam kepada para pemberita dan jurugambar yang sejak pagi lagi berada di tanah perkuburan itu.

``Mari sini...marilah sini,'' Abdullah tenang memanggil para pemberita dan jurugambar yang berada agak jauh sebaik sahaja keluar dari keretanya.

Abdullah yang memakai kemeja coklat cair nampak masih sugul tetapi mampu tersenyum dan bersalaman dengan para pemberita dan jurugambar yang mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepadanya, selepas menyiram air mawar ke pusara isterinya.

Semasa di pusara, Abdullah dilihat memegang tangan cucu-cucunya dengan penuh rasa kasih sayang sambil bersama-sama menabur bunga.

``Saya masih lagi sibuk tetapi tidur awal semalam setelah dua malam saya tidak dapat tidur langsung,'' katanya apabila ditanya mengenai keadaan kesihatannya.

Abdullah memberitahu, beliau tidak bercadang untuk mengambil cuti rehat dan akan terus bekerja seperti biasa.

Allahyarham Endon, 64, meninggal dunia di Seri Perdana, di sini kira-kira pukul 7.50 pagi semalam setelah dengan sabar dan tabah bertarung dengan kanser payu dara sejak tiga tahun lalu.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir dengan tenang di sisi Abdullah, dua anak mereka, menantu serta empat cucu. Ibu Allahyarham, Datin Mariam Abdullah juga berada di sisinya.

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 281
Date:

Seberat mata memandang, berat lagi bahu memikul...


Tapi dalam majlis tahlil tadi, selama hampir 3 jam bersama Pak Lah, jelas kelihatan beliau tabah dan masih mampu senyum dan beramah mesra dengan tetamu...


PAK LAHHHH.... KAMI BERSAMA MU...



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 114
Date:

suluh30 wrote:


Seberat mata memandang, berat lagi bahu memikul... Tapi dalam majlis tahlil tadi, selama hampir 3 jam bersama Pak Lah, jelas kelihatan beliau tabah dan masih mampu senyum dan beramah mesra dengan tetamu... PAK LAHHHH.... KAMI BERSAMA MU...


ohhh aduuhhh... uhuksss sebak rasa nya... pilu tak terkata...


apa lah daya utk menolong Pak Lah yang dalam kesedihan... melainkan sekadar mendoakan bonda Endon Mahmud dicucuri rahmat saja...


AL FATIHAH.



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 345
Date:

Sekaya mana seseorang itu,sehebat mana sekali pun akhirnya pergi menghadap Allah.Kita tak tau bila.Redha

__________________
nor mazwan bin mazlan


Senior

Status: Offline
Posts: 368
Date:

daripadaNya kita datang dan kepadaNya kita kembali.


Dan buat Pak Lah.. kami semua ucapkan takziah dan semoga Pak Lah tabah menghadapi ujian ini.


Marilah kita bersama-sama menghadiahkan Al Fatihah buat Allahyarhamah Datin Seri Endon.


Al Fatihah.



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 511
Date:

Al-Fatihah...

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 296
Date:

kita doakan Pak lah tabah dan bsabar mghadapi dugaan...


Pak Lah kene kuatkan semangat...


musuh2 pak lah yg berada di dalam kabinet sedang cuba untuk mggunakan apa saja cara


untuk Pak Lah berundur....


cekal kan semangat...tak mustahil mereka akan mgunakan isu Arwah utk buat Pak Lah mengalah


 


p/s:U know who they are.....



__________________
||| Bercinta Tak Semestinya Memiliki,Menentang Tak Semestinya Membenci |||


Senior

Status: Offline
Posts: 393
Date:

al fatihah.

__________________
PEJUANGKAN APE YANG PERLU DIPERJUANGKAN...///
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard