Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Ganjaran RM10,000 menanti atlet terbaik Sukan SEA


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:
Ganjaran RM10,000 menanti atlet terbaik Sukan SEA


KUALA LUMPUR - Insentif wang tunai yang lumayan menanti atlet sukan negara yang mencapai keputusan cemerlang di Sukan SEA ke-23 di Filipina yang berlangsung dari 27 November hingga 5 Disember ini.

Selain ganjaran daripada pihak seperti Majlis Sukan Negara (MSN), para atlet berpeluang memenangi hadiah wang tunai melalui Anugerah Olympian MOM-Coca Cola bagi atlet lelaki dan wanita terbaik serta Anugerah Sukan SEA MOM-Manulife (yang sebelum ini dikenali sebagai John Hancock).

Anugerah Olympian MOM-Coca Cola menawarkan hadiah RM10,000 dan pingat bagi atlet lelaki dan wanita terbaik negara di Sukan SEA kali ini.

Malaysia akan menghantar kontinjen seramai 391 atlet ke Manila yang bakal beraksi dalam 36 daripada 41 jenis sukan yang dipertandingkan.

Skim ini, yang diperkenalkan dalam tahun 1993, adalah untuk para atlet yang menyertai pertandingan pelbagai sukan di bawah naungan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

Bagi 2005, hanya Sukan SEA merupakan pertandingan pelbagai sukan yang disertai oleh para atlet negara.

Tahun 2004 menyaksikan persaingan tiga atlet lelaki Ñ Josiah Ng (lumba basikal), Alex Lim Keng Liat (renang) dan Bryan Nickson Lomas (terjun) Ñ dicalonkan berdasarkan pencapaian di Sukan Olimpik 2004 di Athens.

Josiah dipilih sebagai pemenang. Tiada pemenang daripada atlet wanita.

Hadiah MOM-Manulife, yang diperkenalkan pada 1995 sebelum Sukan SEA ke-18 di Chiang Mai, disampaikan kepada atlet-atlet yang cemerlang dalam bidang masing-masing.

Pemilihan dilakukan oleh sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh wakil-wakil MOM dan Manulife.

Hadiah ini menawarkan wang tunai berjumlah RM35,000 yang akan dibahagikan antara pemenang-pemenang pingat emas Sukan SEA Ke-23.

Sehingga kini, 127 atlet dan enam pasukan telah berjaya menerima ganjaran di bawah skim ini dan jumlah hadiah wang tunai yang disampaikan telah mencecah RM240,000.

Hadiah-hadiah tersebut akan disampaikan pada 16 Dis ini, semasa Majlis Makan Malam Tahunan MOM kali ke-13 di Wisma MOM, Kuala Lumpur.

Turut akan disampaikan pada malam itu ialah Trofi IOC ``Sukan dan Permainan Bersih''. Ñ Bernama

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard