saya nak bertanyakan orang2 yang arif, fasal peradaban di waktu orang nazak/kematian.
Ada sekali tu, waktu melawat orang nazak(mungkin juga dah meninggal waktu sampai), kitorang geng2 koboi ni mengikut kaum perempuan di situ,..nak baca Yasin.
Tapi belum pun start, kami di tegah oleh pihak tertentu.
Soalannya, adakah salah membaca Yasin kepada orang nazak/mayat baru meninggal?
Semoga yang berpengetahuan dapat contribute knowledge.
Surah Yasin adalah salah satu dari 114 surah yg Allah s.w.t turunkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.Yasin juga dikatakan sebagai hati Al- Quran yg mana ianya cukup besar hikmah bagi orang yg membaca dan mengamalkan apa yg terkandung di dalamnya.Allah akan mengkabulkan doa orang yg membaca Yasin yg berhajat kan sesuatu.Tidak salah kita membaca Yasin kepada orang yg sedang menghadapi sakaratul maut kerana ketika itu bukan sahaja para malaikat yg hadir menyaksikan kematian namun juga syaitan akan membisikkan perkara2 yg mampu menggungat iman kita.Maka dengan banyakkan membaca Al-Quran maka ia mampu mengingatkan kembali orang yg berada dalam keadaan nazak itu kepada Allah dan memohon ampun kepadaNya.
saya nampak bernas perkara yang di kata... tima kasih bro mazwan..
yang nazak pasti tak mampu nak berkata-kata dan tak mampu untuk bergerak dan tak mampu untuk melihat dengan terang ...yang pasti mereka mahu mendengarnya ....
yassin Hati -al quran
membaca Al-Quran maka ia mampu mengingatkan kembali orang yg berada dalam keadaan nazak itu kepada Allah dan memohon ampun kepadaNya.
supaya yang nazak itu hatinya tidak sombong meminta ampun kepada tuhannya.
Jika saja setiap orang sudah mempunyai hati yang penuh kesombongan dan kedengkian, maka kedamaian dan ketenangan tidak akan pernah tercipta. Padahal agama kita membawa kedamaian dan rahmatan lil-'ālamīn. Pangkal dari segala penyakit hati itu adalah kesombongan.