Bagi hamba2 Allah yg masih belum insaf dan bertaubat...... -Ya Allah ngerinye!!!- and takut!
Bacalah hadis-hadis Nabi yang telah disampaikan lebih 1400 tahun ini
dan buatlah persiapan untuknya ..
JANGAN TUNGGU LAGI. AJAL DATANG SEKELIP MATA.
Sabda Rasulullah SAW:
1) "Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak
dan mereka menamakannya dengan nama yang lain(bukan arak). (Mereka
meminumnya) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah SWT
akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan
menjadikan mereka seperti kera dan babi (setelah mati)".
(Hadis Riwayat Ibnu Majjah)
2) Drpd Anas bin Malik ra, Rasulullah SAWbersabda:
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu,
berlaku banyak kematian manusia secara mendadak" (Hadis riwayat
Thabrani)
3)Drpd Abu Hurairah ra, Rasulullah SAWbersabda:
"Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa
bumi" (Hadis Riwayat Bukhari)
4)Rasulullah SAW bersabda:
"Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat
menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi"
(Hadis riwayat Ahmad)
5)Daripada Ali bin Abi Thalib ra, RasulullahSAW bersabda:
"Apabila umatku telah membuat 15perkara, maka BALA pasti akan turun
kepada mereka, iaitu :
1. Apabila harta negara hanya beredar dikalangan orang tertentu sahaja
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
3. Zakat dijadikan hutang
4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat)
5. Anak derhaka terhadap ibunya
6. Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya.
7. Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Arak sudah diminum secara berleluasa.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan/didendangkan.
15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu). Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau GEMPA BUMI ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain"
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)
Wahai Muslimin Muslimat?. APA LAGI YG ANDA TUNGGU??!! BERINGATLAH!!
KEMBALILAH KEPADA ISLAM?
Janganlah kalian SOMBONG & EGO terhadapALLAH!!
Adakah kalian ingin menunggu maut datang di hadapan anda baru ingin bertaubat?? Sampai bilakah anda ingin MENUNGGU & TUNGGU, NANTI & NANTI,
TANGGUH & TANGGUH untuk berubah dan membuat persediaan diri?? Adakah anda tahu bila anda akan MATI?? Adakah anda boleh jamin yg anda akan hidup sehingga ke akhir hari ini??
Kalian yang tidak solat, TUNAIKANLAH SOLAT kerana SOLAT itu adalah perkara asas bagi seorang yg bergelar Muslim... dan ia adalah wajib!!!
Kalian yang tidak menutup aurat, atau menutup sebahagian tetapi membuka
sebahagian yang lain BERTAUBATLAH!!
TUTUPLAH AURATMU DENGAN SEMPURNA!!
HENTIKANLAH SEGALA BENTUK MAKSIAT!!
Hentikanlah mendengar muzik-muzik yang melalaikan!!
Tunaikanlah zakat dan haji bagi yang berkemampuan.
Tunaikanlah kewajipan kalian sebagai MUSLIM & PENDAKWAH !
Di manakah AKHLAK & ADAB ANDA SEBAGAI MUSLIM?
Bagi para Muslimin? DI MANAKAH SOLAT BERJEMAAH ANDA DI MASJID-MASJID,
SURAU-SURAU & RUMAH-RUMAH?.
Bagi para suami, para bapa, para isteri, para ibu ..DIDIKLAH ANAK-ANAK
KALIAN!! Kalian diberi amanah untuk menjaga dan mendidik, BUKAN
SEKADAR MELAHIRKAN mereka!! Jadikanlah mereka sebagai anak yang
SOLEH & SOLEHAH. Pada masa yang sama,KALIAN JUGA WAJIB MENUNJUKKAN CONTOH pada mereka sebagai MUSLIM, bukan sekadar menghantar mereka ke sekolah agama.
Amalkanlah ISLAM 100%, bermula dr rumah.
Subhanallah....semoga kita sentiasa beringat hendaknya...