SEMPENA MENJELANG AIDILFITRI INI.SAYA CADANGKAN KEPADA UNIT R&D PEKIDA SUPAYA MEMBUAT PENGAMBILAN AHLI-AHLI BARU ( YANG SAH,MEMPUNYAI KAD,TAG DAN SEBAGAINYA.SEKIRANYA CADANGAN INI DITERIMA.SILA NYATAKAN PERATURAN PENGAMBILAN AHLI BARU.SUPAYA TIDAK MENDATANGKAN KEMUSYKILAN ATAUPUN KESULITAN KEPADA SESIAPA YANG INGIN MENYERTAI PERTUBUHAN INI.SEKIAN TERIMA KASIH
setuju dengan jono...kena tapis dengan hati hati...takut banyak masalah kemudian hari...kalau dah buat masalah,org tanya sapa bawak budak nie...bro kafan...
Sebelum itu tanyakan kepada mereka apa tujuan mereka untuk menyertai perjuangan PEKIDA.Adakah sekadar ikut-ikut.Atau mahu membentuk satu kumpulan yg mungkin digeruni.Kalu ini tujuan mereka jgn mimpi hendak menjadi pejuang2 yg mana Allah janjikan syurga kepada mereka yg mana pejuang tersebut mahu memartabatkan Islam dan sedia bekorban untuk Islam
saya amat bersetuju dengan pendapat bro mazwan.. peraturan telah ditetapkan maka ikuti sahaja peraturan itu.. dan pengambilan baru bukan mudah seperti mana yang saudara kafan fikirkan.. mereka hendaklah mematuhi peraturan-peraturan yang telah termaktub.. dan pengambilan baru bukan boleh "tangkap muat " saja. jika tidak, akan berlakulah kesulitan dikemudian hari.. nasihat saya, kenali dulu adik beradik.. semoga saudara kafan faham. kalau tak faham, buat-buat faham dah ler..
sememangnya saya tahu akan tujuan pertubuhan kita ini tubuhkan.dan saya tahu motif pertubuhan kita ini.tetapi saya selalu dengar ramai ahli-ahli kita (kebanyakannya) tidak mempunyai kad ahli atau sebagainya.kad ahli ini digunakan untuk membuktikan yang kita adalah ahli berdaftar ( SEMUA AHLI YANG TELAH BERDAFTAR SECARA RASMI MEMPUNYAI KAD AHLI BERSERTA KAN NOMBOR SIRI )
oleh itu adalah menjadi kesulitan,jika mereka mendakwa diri mereka adalah ahli berdasarkan knowleadge (PENGETAHUAN) yang mereka ada.sedangkan mereka tidak mempunyai kad ahli yang rasmi dari pihak atasan.pengetahuan yang saya maksudkan diatas seperti yang kita sedia maklum,tak perlulah saya terangkan lagi.dan pengetahuan yang mereka ada (BUKAN SEMUANYA) boleh ditanya dari kawan-kawan,saudara mara,kenal kenalan yang telah menjadi ahli.bukankah ini boleh mendatangkan satu masalah penyamaran/penipuan yang kita sukar untuk membuktikannya.
oleh itu saya cadangkan,pengambilan ahli baru untuk pertubuhan ini mestilah mematuhi syarat dan peratuan yang telah ditetapkan.bukan main lantik sahaja.dengan itu saya cadangkan kepada kekanda-kekanda diluar sana,jika ingin melantik mereka sebagai ahli adalah menjadi kewajipan memberi mereka kad rasmi pertubuan.
sampai disini sahaja ingin saya utarakan.diharap janganlah sesiapa kecil hati atau marahkan saya dengan kenyataan saya ini.sepuluh jari saya susun dihari dan bulan yang penuh dengan keampunan ini,memohon maaf dari hujung rambut hingga kehujung kaki.sekian terima kasih
Pada hari jumaat 28hb oktober lepas saya telah pergi kesebuah pusat hiburan yang terkenal disebuah badaraya kuala lumpur.tujuan saya kesana bersama kawan saya kerana ingin melihat telatah mereka-mereka yang keluar dari pusat hiburan tersebut.dan seperti yang kami lihat,mereka keluar dengan keadaan yang mengaibkan.mabuk sehingga terhuyung hayang,berpelukkan antara yang bukan muhrim,berkucup kucupan lelaki dan perempuan.pada tekaan saya mereka yang berbangsa melayu dalam 80% yang keluar dari pusat hiburan tersebut.
semasa saya sedang leka melihat mereka hanyut "dilautan" kemaksiatan.saya dapati ada diantara mereka adalah AHLI PERTUBUHAN kita.ini sangat menyedihkan bagi saya melihat "adik beradik" kita menjadi seperti ini.saya dapat tahu yang mereka adalah ahli berdasarkan pelekat kereta yang mereka naiki,cara bersalam antara satu sama lain,mendabik dada (action),dan sangkaan saya boleh diperkuatkan lagi dengan kenyataan kawan saya yang bersama saya pada malam itu mengatakan yang mereka adalah benar-benar ahli kita.seringkali kawan saya melihat seorang lelaki berbadan tegap,datang kearah mereka.dan mereka tunduk bersalam dengan lelaki itu.dan kawan saya mendapat tahu yang lelaki itu adalah ABG LONG mereka!.dan bersama sama lelaki itu kadangkalanya memasuki pusat hiburan yang penuh dengan adengan kemaksiatan itu untuk berhibur.untuk pengetahuan anda semua kawan saya itu adalah salah seorang tenaga kerja yang bertugas secara sambilan dipusat hiburan tersebut.kawan saya memberitahu kepada saya.mereka sering bergaduh bila keluar dari pusat hiburan tersebut.
kesimpulannya,adakah begini caranya pertubuhan kita mengajar mereka?. sedangkan pertubuhan kita ini adalah pertubuhan yang berlandas kuat dengan ajaran AGAMA ISLAM. dan golongan seperti inilah yang menconteng arang ke atas muka kita sendiri.pekara seperti ini sungguh memalukan!.
dengan itu saya cadangkan,pihak atasan seperti KEKANDA MAS atau sesiapa yang berkenaan.membuat pemantauan terhadap ahli-ahli seperti ini.dan mengambil tindakan tata-terdib atapun dilucutkan keahlian mereka.pada saya orang seperti ini tidak layak menjadi ahli pertubuhan kita.kerana pertubuhan kita ini bukannya pertubuhan songsang!.
kalau begini ceritanya maka pihak atasan perlu mengambil tindakan tatatertib kepada mereka ini.. tidak kira siapa mereka.. berpangkat atau tidak.. kekanda atau adinda mahupun ayahanda..
jika mereka adalah dari pertubuhan ini maka wajarlah mereka dikenakan tindakan supaya pertubuhan ini tidak dipandang serong oleh orang lain... dan kepada bro kafan.. terima kasih atas info ini... kalau boleh bro kafan pastikan siapa mereka dan PM kan kepada kanda mas supaya perkara ini boleh diselesaikan secepat mungkin.
sampai begini manusia tergelumun dlm kemaksiatan..bagaimana saudara2 kita hendak mengajar pada generasi akan dtg??kalaulah ini kesimpulannya..mmg wajar kita sama2 mengambil tindakan yg sewajarnya..supaya perkara ini tidak menjadi ikut-ikutan..jgn kerana nila setitik rosak susu sebelanga..
ye laaa... ini bukan kali pertama kita dengar komen begini... saya sendiri pun dah jenuh memikirkan... yang pelik nyer... abang abang macam ni lah yang menjadi pujaan adik adik muda sekarang... abang macam ni la yg buat adik baru kembang dada... jadi sombong dan bongkak... kononnya ada backup baguiih punya...
Begitulah keadannya... nampak ada usaha baik macam yg rnd buat... banyak pulak orang sakit hati... kutuk sana kutuk sini... bukan nak berlumba lumba ambil peluang dan bersatu menjayakan...
tahu mengutuk dan memfitnah jerrr..
nasihat saya, jgn kita peduli semua anasir negetif, cari kaedah dan cara terbaik dan bersatulah mengatur program pembangunan...
ramai manusia bercinta, tapi tak semuanya berakhir dgn perkahwinan. begitu juga dgn penganmbilan ahli baru. ramai yg berminat untuk menyertai PEKIDA, tapi pastikah mereka dapat memegang janji sumpah yg melrka lafazkan? kena teliti betul2 perkara ni bro...........
perbezaan yg ketara antara KUALITI DAN KUANTITI.........................
Rasanya apa yang saudara kafan utarakan tu memang dah jadi kebiasaan terutama di KL. Apa nak buat. Inilah realitinya. Kalau nak harap abang long Dr. Mas nak handle dan kuatkuasakan, alamatnya silap2 kena attack hari2 la abang long kita tu. Sedangkan pabila abang Long Dr. Mas buat kursus dan tegur apa yang silap sikit dah kena serang. malah dengan ahli2 yang baru lahir, ini pula nak kuatkuasakan pada ahli2 yang dah lama hanyut dan pikun. Sabar..
Nasihat saya, sokong dan kalau boleh turut serta dengan aktiviti dan program bersih dan suci yang RND lakukan yang kita nampak makin lama makin teras menuju ke arah pembersihan nama Pekida. Jika RND mendapat sokongan ramai dengan usaha2 mereka mebersihkan nama Pekida, abang Long2 dan adik2 langsi itu akan tengelam dan malu sendiri. Kerana mereka semua telah hanyut dan mabuk dalam lautan arak, zina dan judi, perkara yang menjadi sumpah untuk kita jauhi dulu. Mereka akan malu sendiri apabila kita dengan RND terus kehadapan menaikkan dan membersih nama Pekida sedangkan mereka terus ketinggalan. Itu lah cara halus menangani masalah kita ini. Malah dengarnya Dato Presiden kita, Dato Fuad amanahkan RND Pekida Pusat bagi urusan pembersihan nama Pekida yang dah tercemar ni. Berita besar tu...
Citer bro kafan tu memang udah lama pun berlaku.Jadi saya syorkan mereka supaya bertaubat kepada Allah dgn sebenar2 taubat.Allah mengetahui apa yg kita lakukan di atas dunia ini.ABANG LONG pun manusia biasa jugak.Kalau sesuatu perkara maksiat berlaku di hadapan kita maka ubahlah dengan tangan.Kalau tidak mampu gunakan lidah.Akhir sekali jika tidak mampu benci dengan hati
akan ada tindakan.pihak atasan ada banyak lagi kes yg hendak diuruskan
__________________
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH KEMUKAKAN TANGGUNGJAWAB AMANAH (KAMI) KEPADA LANGIT DAN BUMI SERTA GUNUNG-GANANG (UNTUK MEMIKULNYA), MAKA MEREKA ENGGAN MEMIKULNYA DAN BIMBANG TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKANNYA, DAN MANUSIA SANGGUP MEMIKULNYA…."
Beginilah zaman moden skrang,makin senang makin malas,makin lemak,makin naik kepala..kalau nak diharapkan pihak atasan mmg susah perkara sebegini nak diuruskan kerana pihak atasan sentiasa sibuk dgn hal lain,bukannya satu kerja..mungkin ada 100kerja!!susah jadi org atasan..itu sebabnya ada org2 bawahan..org2 bawah2 ni la yg akan tolong org atasan menguruskan perkara2 yg lebih..dgn cara ini baru org2 atasan senang untuk menangani masalah begini..kita bersaudara,bersama kita teguh berpecah kita roboh,walaupun kita berlainan pangkat dan darjat tetapi perjuangan tetap sama,demi agama,bangsa dan negara..jgn pula ada yg menyongsang..kalau menyongsang orang juga akan memandang kita dgn cara songsang..fikirkanlah..
ya mmg macam macam ada.. tapi takkan takde tindakkan langsung dari pihak atasan? kalau kite biarkan bende ni terus berlaku akan memudaratkan kite semua.. fikirlah sahabat2 ku..
Assalamualaikum,
kekuatan yang hak perlu dipertingkatkan untuk mengalahkan yang batil...
Masalah akhlak/moral ni mungkin timbul akibat pengambilan yang tidak ditapis dahulu....mana mungkin seorang yang minum arak...maksiat..jejak disco..dangdut.....boleh dibaiahkan dahulu...
cuba kenang semula memori bagaimana kita dibaiahkan....ambil air sembahyang....memegang quran....berjanji......kalau saya dahulu...pengalaman tersebut sangat manis......apabila dijabat....hilang rasa takut....sedih....satu badan menggeletar.....umpama tamat persilatan.....sampai balik rumah pun tak boleh tido...jantung berdebar kuat....termenung...dan kata ayahanda....'bagus budak ni' pd saya dahulu...sampai sekarang teriang di telinga....jadi persoalahnya disini apa yang terjadi sewaktu mereka2 ini dibaiahkan dahulu....mana janji mereka kepada Allah SWT....bukan janji pada ayahanda....janji pada Allah...
memang betulah kata guru saya dahulu....tuhan kita ni 'lain-lain'....kalau manusia bertuhankan tuhan yang buta....pekak.....tuli......memang lah dia tak kisah...dan buat sewenang-wenangnya....kalau tuhan itu 'melihat'....'mendengar'....'berkuasa'....tentulah kita takut pasal tuhan kita berda dimana-mana.......
so...persoalan salahlaku....maksiat.....ini kena rujuk lah balik pada ayahanda yang membaiahkan kan mereka.........pokok pangkal sembahyang 5 waktu......
seorang islam harus tau jaga penampilannya....saya ulang seorang islam...bukan seorang melayu.......dibaiahkan dengan al-quran dan berpegang pada sunnah nabi.....bab pakaiannya......penampilan ahli jemaah pun kadang2 berantai emas......bergelang tangan besar.....berambut warna.....berambut panjang dan berekor.....mana mungkin musuh atau jiran kita bangsa lain akan hormat dan segan.....sekiranya ditakdirkan berlaku lah 13 Mei di Malaysia......gelang...rantai...rambut panjang itulah akan senjata rahsia pada musuh....bak kata org tua 'senjata makan tuan'....
mana mungkin kita mampu berjihad.....sedangkan iman tipis......mana mungkin kita mampu membina saf pertahanan kuning, hijau ,merah.....kalau hati ragu2 akibat arak, maksiat.....sekali repuh oleh musuh....hancur semua.......dan...mana mungkin kita kaya....mashyur dan hebat berniaga kalau rezeki anak adam itu disekat di tengah-tengah langit....sekali lagi akibat tipisnya iman.......senjata orang islam ini doa.....air sembahyang sebagai pelindung.....kalau tak sembahyang dimana nur cahaya muka?........resah gelisah....takut.......dan akhirnya rezeki tertutup.......sembahyang mencegah kemungkaran.......senipis-nipis iman pun kita hanya mampu menegur...ditakdirkan kita bergaduh.....ingatlah 'janji' kita dahulu........
bila saya baca post saudara abdulmalik terasa keinsafan dlm diri ini tetapi manusia ini kalah dari godaan syaitan kerana kekurangan ilmu agama dan iman yg lemah.Saya pun ilmu agama pun belum mencukupi dlm proses belajar..seperti juga adik-beradik saya sedang dalam proses mendalami ilmu agama.Apa yang saudara abdulmalik katakan lepas bai"ah malam tue susah nak tidur ,jantung berdegup-degup..:)..semoga adik-beradik kita berlandaskan ajaran islam.
Assalamualaikum wbt... saya berasa penuh keinsafan mengenangkan apa yang diluahkan oleh saudara-saudara saya dalam forum ini. Sama-samalah kita cuba cari jalan penyelesaiannya.
Pengambilan ahli seharusnya ditapis dengan teliti agar tidak menimbulkan masalah kemudian hari.
Kualiti dan Kuantiti.
Adalah menjadi kebiasaan Harakah Islamiyah mempelbagaikan cara dalam usaha meningkatkan mutu saff jama'ah dan memperbanyakkan ahli-ahlinya dengan cara-cara yang dibenarkan oleh Islam. Namun demikian kerja-kerja menghimpun atau memperbanyakkan ahli-ahli ini janganlah sampai ia menghimpun apa saja jenis manusia yang ditemui, kerana kualiti (mutu) itu lebih penting dari bilangan. Jama'ah selalunya berusaha berdakwah dengan bersungguh-sungguh mengorbankan tenaga dan waktu untuk mendapat seorang anggota baru dengan harapan anggota baru ini dapat memikul sebahagian dari tanggungjawab dan tugas jama'ah. Tetapi sekiranya diambil anggota secara sembarangan tentulah harakah tidak mampu menanggung beban dari anggota-anggota sedemikian sepanjang umur mereka. Jika ini terjadi rugilah tenaga yang dicurahkan dan sia-sialah usaha.
Seorang manusia adakalanya menjadi satu umat tetapi ada kalanya ia menjadi bebanan yang merosakkan orang lain malah tidak berguna sama-sekali. Orang seperti ini adalah lebih baik tidak diambil kira. Dalam hal seperti ini banyak pengajaran yang dapat dijadikan I'tibar. Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri." (Surah Al-Taubah 9: Ayat 25)
Sebenarnya bilangan yang banyak bukanlah menjadi perhitungan yang utama, tetapi yang utama ialah anggota yang benar-benar mengenal Allah, teguh pendirian dan benar-benar memperjuangkan kebenaran. Bilangan yang banyak ada kalanya menjadi sebab membawa kepada kekalahan kerana sebahagian yang ikut serta itu terdiri dari mereka yang tidak berpegang teguh dengan ajaran Islam. Apabila menghadapi saat-saat genting dan getir, pendirian mereka ini akan mudah goncang dan goyah. Dengan sifat demikian mereka ini menyebabkan kelemahan jiwa para anggota dan ketewasan di dalam medan jihad.
Oleh yang demikian membuat penilaian dan pembahagian terhadap anggota-anggota merupakan satu amalan yang membawa kebaikan kerana dengan cara itu jama'ah dapat menilai dan mengetahui sejauh mana kemampuan dan kemanusiaan para anggota sebelum sesuatu tugas itu dimulakan. Pembahagian yang dilakukan tidaklah bermakna harakah membiarkan sebahagian anggota yang lain, malah terhadap mereka juga harakah mestilah mengambil perhatian berat dengan cara memberi kesedaran dan tarbiah sehingga mereka juga akan menjadi individu-individu yang setia kepada jama'ah.
Masalah mcm ni mmg dah biasa kita dengar...Jawab lah nanti dgn Allah apa yg telah kamu lafazkan semasa baiah dulu...
Yg dah hanyut nak buat mcm mana...nak tegur dah besar panjang...nasihat pun tak nak dengar...Yang baru ni lah perlu dijaga agar tidak hanyut mcm yg lepas2...