Assalamualaikum. Ingin aku ceritakan sedikit tentang kisah hidup aku. >>Aku dilahirkan didalam sebuah keluarga yang sederhana. Kedua ibubapa >>ku ialah guru. >>Alhamdulillah..aku dianugerahkan oleh Allah akal yang cerdik. Dalam >>usia >>18 >>tahun aku telah mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar >>negara iaitu di negara matahari terbit, Jepun. Aku mengambil jurusan >>Kejuruteraan...dalam masa beberapa tahun disana aku fasih bertutur >>dalam bahasa Jepun. >> >>Selepas bertungkus- lumus hampir 5 tahun akhirnya aku berjaya mendapat
>>segulung Ijazah. Aku tidak terus balik ke tanah air..sebaliknya aku >>mengambil keputusan untuk terus menetap disini dan bekerja untuk >>mengambil sedikit pengalaman. >>Dalam usia semuda 23 tahun aku bekerja sebagai Eksekutif di sebuah >>firma terkemuka Jepun. >>Aku cepat menyerap segala ilmu yang dipelajari semasa bekerja disini. >>3 tahun lebih bekerja akhirnya aku mendapat kepercayaan pihak >>pengurusan dan dinaikkan pangkat dari Eksekutif ke penolong pengurus >>dan seterusnya menjadi Pengurus termuda didalam Firma tersebut. >> >>Hampir 6 tahun bekerja disana akhirnya aku diarahkan oleh majikan aku >>untuk pulang ke Malaysia. >>Mereka telah melakukan pelaburan di Malaysia dan telah membuka sebuah >>Firma baru disini dan akulah orang yang paling layak untuk >>mengendalikan firma mereka disini. Alahamdulillah...aku dilantik >>sebagai Pengarah Urusan. >>Aku bekerja siang dan malam...bertungkus lumus...dunia aku hanyalah di
>>pejabat. Dalam keadaan kelam-kabut sempat juga aku mendirikan rumahtangga. >>Sekarang aku mempunyai 3 orang cahaya mata anugerah tak ternilai dari >>Allah SWT. >> >>Tahun demi tahun aku semakin sibuk dengan urusan kerja. Firma yang aku
>>kendalikan telah bertambah maju dan akhirya disenaraikan di papan >>kedua bursa saham Kuala Lumpur. Tidak sampai 7 tahun beroperasi sekali
>>lagi kami telah disenaraikan ke papan utama BSKL. Hasil penat lelah >>selama ini ahkirnya berbaloi....aku dilantik sebagai CEO tempatan >>pertama di firma ini dengan bergaji sebanyak RM38 ribu bersih sebulan >>beserta 3 buah kereta mewah... Syukur Alhamdulillah. >> >>Dalam usia 46 tahun sebagai CEO....aku mula terasa kehilangan sesuatu >>!!!!!! >> >>Kebahagian keluarga..... >> >>Kesibukan aku menyebabkan aku serahkan segala tugas sebagai seorang >>ayah kepada isteriku. Hubungan aku bersama keluarga renggang. >>Anak-anak aku tak terurus...yang sulung dah tak macam orang...rambut >>warna merah...bertindik di hidung. Apabila tiba waktu makan malam >>sudah tidak bersama lagi. >>Segalanya kucar kacir. Pelajaran mereka pun entah kemana... >>Aku terlalu sibuk di pejabat. Meeting sana sini. Lunch pun nak >>meeting....main golf pun bincang pasal kerja....dinner pun meeting >>lagi !!!!...sampai tiada masa untuk bersolat!! >>Setiap pagi aku kena periksa segala lapuran-lapuran eksekutif >>aku...sebelah petang kena buat report pada Board of Directors. >>Sembahyang 5 waktu aku tunggang terbalik....kekadang buat ...kekadang >>terlupa...masyaallah !!!! Setiap hari ada temujanji bersama client >>aku dari Jepun. >>Aku mungkin kaya...tetapi jiwa aku kosong...kadang kala jiwa aku >>tertekan !!! >>Bila aku pulang ke rumah lewat malam aku bersolat....aku >>menangis...aku memohon doa kepada Allah semoga diberikan ketenangan >>jiwa. Semoga keluarga ku bersatu kembali. >> >>Selang seminggu aku bernekad...!!!! >>Aku telah meletakkan jawatan ku sebagai CEO. >>Aku tinggalkan gaji aku sebanyak RM38K sebulan dan aku pulangkan >>kesemua kereta-kereta mewahku pada syarikat. >> >>Keluarga ku terkejut. Isteriku menangis....tetapi bukan menangis >>marahkan aku meninggalkan jawatan sebagai CEO...tetapi menangis kerana
>>gembira...mereka gembira akhirnya aku kembali kepada mereka..!!! >> >>Aku beritahu mereka aku ingin berniaga sendiri. >>Buka gerai jual Kuew Tiaw Goreng..!!!! >>Aku diketawakan oleh mereka....tak apa aku akan buktikan yang bekas >>CEO akan lebih berjaya dengan berniaga kuew tiaw goreng !!!! >> >>Dengan sedikit pengalaman sebagai tukang masak (tukang masak tak >>bertauliah) semasa belajar di Jepun dan sedikit duit simpanan aku >>memulakan perniagaan pertama aku di sekitar Ampang...bersebelahan >>dengan Citroen Showroom. Aku dibantu oleh anak sulung aku. >> >>Hari pertama berniaga aku mendapat untung RM170.00 sehari. Berniaga >>dari jam 4 petang hingga 10 malam. >>Hari Kedua dapat RM 120.00 sehari. >>Hari ketiga dapat RM220.00 sehari....alhamdulillah. >>Dan hari-hari seterusnya lebih kurang RM380.00. sehari. >> >>Anggaran kasar pendapatan aku sebulan lebih kurang RM9,880.00 untuk >>satu gerai. >> >>Perniagaan aku bertambah maju dalam 8 bulan aku membuka satu lagi >>gerai di Cheras...dari 2 gerai aku membuka 3..dan seterusnya sehingga >>sekarang aku memiliki >>6 gerai makanan. >> >>Pendapatan bersih dari 6 gerai tadi aku memperolehi rezeki dari Allah >>dalam RM60,000.00 SEBULAN. >> >>Bayangkan pendapatan seorang CEO RM38K sebulan dan pendapatan dari >>berniaga Kuew Tiaw sebulan RM60K. >> >>Kini aku bersenang lenang bersama-sama keluarga ku. Setiap bulan kami >>bercuti bersama. Kini aku telah dapat kembali keluarga ku yang 'hilang'. >>Anak-anak aku memang malas nak meneruskan pelajaran mereka. Jadi aku >>latih mereka berniaga. Merekalah sekarang yang menjalan perniagaan tersebut. >>Aku cuma memantau...atau lebih kurang jadi 'chairman'....dan anak-anak
>>aku sebagai Directornya. >> >>Dan sekarang baru kusedar yang Nabi Muhammad SAW pernah >>bersabda....9/10 dari kekayaan itu datangnya dari berniaga. >> >>Alhamdulillah.