Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: aku seorang CEO


Member

Status: Offline
Posts: 15
Date:
aku seorang CEO


Assalamualaikum. Ingin aku ceritakan sedikit tentang kisah hidup
aku.
>>Aku dilahirkan didalam sebuah keluarga yang sederhana. Kedua ibubapa
>>ku ialah guru.
>>Alhamdulillah..aku dianugerahkan oleh Allah akal yang cerdik. Dalam
>>usia
>>18
>>tahun aku telah mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke
luar
>>negara iaitu di negara matahari terbit, Jepun. Aku mengambil jurusan
>>Kejuruteraan...dalam masa beberapa tahun disana aku fasih bertutur
>>dalam bahasa Jepun.
>>
>>Selepas bertungkus- lumus hampir 5 tahun akhirnya aku berjaya
mendapat

>>segulung Ijazah. Aku tidak terus balik ke tanah air..sebaliknya aku
>>mengambil keputusan untuk terus menetap disini dan bekerja untuk
>>mengambil sedikit pengalaman.
>>Dalam usia semuda 23 tahun aku bekerja sebagai Eksekutif di sebuah
>>firma terkemuka Jepun.
>>Aku cepat menyerap segala ilmu yang dipelajari semasa bekerja
disini.
>>3 tahun lebih bekerja akhirnya aku mendapat kepercayaan pihak
>>pengurusan dan dinaikkan pangkat dari Eksekutif ke penolong pengurus
>>dan seterusnya menjadi Pengurus termuda didalam Firma tersebut.
>>
>>Hampir 6 tahun bekerja disana akhirnya aku diarahkan oleh majikan
aku
>>untuk pulang ke Malaysia.
>>Mereka telah melakukan pelaburan di Malaysia dan telah membuka
sebuah
>>Firma baru disini dan akulah orang yang paling layak untuk
>>mengendalikan firma mereka disini. Alahamdulillah...aku dilantik
>>sebagai Pengarah Urusan.
>>Aku bekerja siang dan malam...bertungkus lumus...dunia aku hanyalah
di

>>pejabat. Dalam keadaan kelam-kabut sempat juga aku mendirikan
rumahtangga.
>>Sekarang aku mempunyai 3 orang cahaya mata anugerah tak ternilai
dari
>>Allah SWT.
>>
>>Tahun demi tahun aku semakin sibuk dengan urusan kerja. Firma yang
aku

>>kendalikan telah bertambah maju dan akhirya disenaraikan di papan
>>kedua bursa saham Kuala Lumpur. Tidak sampai 7 tahun beroperasi
sekali

>>lagi kami telah disenaraikan ke papan utama BSKL. Hasil penat lelah
>>selama ini ahkirnya berbaloi....aku dilantik sebagai CEO tempatan
>>pertama di firma ini dengan bergaji sebanyak RM38 ribu bersih
sebulan
>>beserta 3 buah kereta mewah... Syukur Alhamdulillah.
>>
>>Dalam usia 46 tahun sebagai CEO....aku mula terasa kehilangan
sesuatu
>>!!!!!!
>>
>>Kebahagian keluarga.....
>>
>>Kesibukan aku menyebabkan aku serahkan segala tugas sebagai seorang
>>ayah kepada isteriku. Hubungan aku bersama keluarga renggang.
>>Anak-anak aku tak terurus...yang sulung dah tak macam orang...rambut
>>warna merah...bertindik di hidung. Apabila tiba waktu makan malam
>>sudah tidak bersama lagi.
>>Segalanya kucar kacir. Pelajaran mereka pun entah kemana...
>>Aku terlalu sibuk di pejabat. Meeting sana sini. Lunch pun nak
>>meeting....main golf pun bincang pasal kerja....dinner pun meeting
>>lagi !!!!...sampai tiada masa untuk bersolat!!
>>Setiap pagi aku kena periksa segala lapuran-lapuran eksekutif
>>aku...sebelah petang kena buat report pada Board of Directors.
>>Sembahyang 5 waktu aku tunggang terbalik....kekadang buat
...kekadang
>>terlupa...masyaallah !!!! Setiap hari ada temujanji bersama client
>>aku dari Jepun.
>>Aku mungkin kaya...tetapi jiwa aku kosong...kadang kala jiwa aku
>>tertekan !!!
>>Bila aku pulang ke rumah lewat malam aku bersolat....aku
>>menangis...aku memohon doa kepada Allah semoga diberikan ketenangan
>>jiwa. Semoga keluarga ku bersatu kembali.
>>
>>Selang seminggu aku bernekad...!!!!
>>Aku telah meletakkan jawatan ku sebagai CEO.
>>Aku tinggalkan gaji aku sebanyak RM38K sebulan dan aku pulangkan
>>kesemua kereta-kereta mewahku pada syarikat.
>>
>>Keluarga ku terkejut. Isteriku menangis....tetapi bukan menangis
>>marahkan aku meninggalkan jawatan sebagai CEO...tetapi menangis
kerana

>>gembira...mereka gembira akhirnya aku kembali kepada mereka..!!!
>>
>>Aku beritahu mereka aku ingin berniaga sendiri.
>>Buka gerai jual Kuew Tiaw Goreng..!!!!
>>Aku diketawakan oleh mereka....tak apa aku akan buktikan yang bekas
>>CEO akan lebih berjaya dengan berniaga kuew tiaw goreng !!!!
>>
>>Dengan sedikit pengalaman sebagai tukang masak (tukang masak tak
>>bertauliah) semasa belajar di Jepun dan sedikit duit simpanan aku
>>memulakan perniagaan pertama aku di sekitar Ampang...bersebelahan
>>dengan Citroen Showroom. Aku dibantu oleh anak sulung aku.
>>
>>Hari pertama berniaga aku mendapat untung RM170.00 sehari. Berniaga
>>dari jam 4 petang hingga 10 malam.
>>Hari Kedua dapat RM 120.00 sehari.
>>Hari ketiga dapat RM220.00 sehari....alhamdulillah.
>>Dan hari-hari seterusnya lebih kurang RM380.00. sehari.
>>
>>Anggaran kasar pendapatan aku sebulan lebih kurang RM9,880.00 untuk
>>satu gerai.
>>
>>Perniagaan aku bertambah maju dalam 8 bulan aku membuka satu lagi
>>gerai di Cheras...dari 2 gerai aku membuka 3..dan seterusnya
sehingga
>>sekarang aku memiliki
>>6 gerai makanan.
>>
>>Pendapatan bersih dari 6 gerai tadi aku memperolehi rezeki dari
Allah
>>dalam RM60,000.00 SEBULAN.
>>
>>Bayangkan pendapatan seorang CEO RM38K sebulan dan pendapatan dari
>>berniaga Kuew Tiaw sebulan RM60K.
>>
>>Kini aku bersenang lenang bersama-sama keluarga ku. Setiap bulan
kami
>>bercuti bersama. Kini aku telah dapat kembali keluarga ku yang
'hilang'.
>>Anak-anak aku memang malas nak meneruskan pelajaran mereka. Jadi aku
>>latih mereka berniaga. Merekalah sekarang yang menjalan perniagaan
tersebut.
>>Aku cuma memantau...atau lebih kurang jadi 'chairman'....dan
anak-anak

>>aku sebagai Directornya.
>>
>>Dan sekarang baru kusedar yang Nabi Muhammad SAW pernah
>>bersabda....9/10 dari kekayaan itu datangnya dari berniaga.
>>
>>Alhamdulillah.




__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard